Musim MCO #StayAtHome ni, habis semua resipi keluar. Tapi yang mudah-mudah je la. Baru laku semua pakat nak buat.
Mr.Kekandaku pun tak berkecuali. Mencemar duli uli doh buat biskut susu. Bosan lettew ke sana ke sini nampak dinding aje.
![]() |
Sedap. Lepas habis bakar, ini je yang tinggal. |
Bahan-bahan serta cara nak buat:
200g tepung jagung (kira-kira setengah peket)
200g susu pekat
1 sudu besar membukit marjerin
**option : Pewarna makanan
**option : Pewarna makanan
1. Masukkan susu pekat ke dalam tepung. Uli sampai jadi doh & sebati.
2. Kemudian masukkan marjerin. Kalau doh lembik, boleh ejas tambah sikit2 tepung. Jangan panik. Bubuh sikit-sikit, tak efek keras lembik cookies.
**ni option: Kalau nak buat 2 warna, boleh bahagi 2 doh tu. Satu doh, letak warna kesukaan & uli bagi sebati.
3. Ready untuk buat bentuk. Kalau ada acuan semperit, picit je. Tapi kalau macam kami yang serba nak cepat, buat bulat-bulat then penyet dengan garfu.
**ni option: Kalau nak buat 2 warna, boleh bahagi 2 doh tu. Satu doh, letak warna kesukaan & uli bagi sebati.
![]() |
Pakai sudu je uli. Penuh kasih sayang wokeh. Uli atas riba tu. |
3. Ready untuk buat bentuk. Kalau ada acuan semperit, picit je. Tapi kalau macam kami yang serba nak cepat, buat bulat-bulat then penyet dengan garfu.
![]() |
Lagi 1 sebab ada assistant cilik yang sangat rajin nak tolong. Time ni Mr.Kekanda jadi ketua chef ler. |
4. Dah penuh atas plate yang sedia oles marjerin, bakar dalam oven suhu 130° selama 15 minit.
![]() |
Beginilah kejadian bila dah siap bakar. Selamat mencuba. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan