Apa itu kentut VAGINA?
===================
Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.
Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.
Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup dan kempis dan tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan seorang wanita itu mempunyai masalah fistula (lubang penyambung), antara rektum (usus besar) dan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar dapat memasuki faraj.
Otot Peranakan Lemah Selepas Bersalin
Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan masalah pengawalan pundi kencing.
Sangat bahaya jika dibiarkan tanpa dirawat. Ini boleh mempengaruhi hubungan antara suami & isteri. Ambil tindakan awal seperti buat senaman kegel dan juga jaga pemakanan di samping amalkan makanan tambahan yang sesuai dengan masalah.
salam cantik & mesra
afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA
019-5225 782
afzan6r@gmail.com