Selasa, 20 Disember 2016

6 nutrisi penting ketika hamil

saat hamil adalah satu masa momen yang sangat indah. saat ini la permulaan dalam menyayangi & melindungi. naluri keibuan pasti meningkat dari hari ke hari dengan membesarnya baby di dalam kandungan.

semua ibu inginkan yang terbaik dari hari pertama kehamilan lagi supaya hidup baby bermula dengan baik dan potensinya berkembang secara menyeluruh. langkah pertama yang perlu diambil adalah melalui diet yang berkhasiat.

diet si ibu semasa hamil mempengaruhi kepada tumbesaran dan perkembangan baby sejak dari dalam perut sehinggalah baby berjumpa dunia. si ibu perlukan diet yang pelbagai dan SEIMBANG dalam kuantiti yang diperlukan. jadi aspek-aspek zat yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:


1. PROTEIN
ia untuk menyokong pertumbuhan & perkembangan baby, si ibu memerlukan lebih banyak sumber protein. selain itu, protein baik untuk si ibu bagi menyokong dalam membina & membaiki tisu-tisu badan seperti uterus & plasenta. dan paling penting cari la sumber protein yang selamat untuk dimakan. boleh refer link di sini untuk rujukan.


2. ASID FOLIK
3-4 bulan sebelum hamil badan si ibu perlu pengambilan asid folik yang cukup. kekurangan asid folik dalam badan boleh menyebabkan baby mengalami kecacatan tulang belakang, Spina Bifida. kecacatan genetik ini risiko tinggi terjadi kepada ibu yang TIDAK MAKAN sayur-sayuran.


3. ZAT BESI
zat besi adalah komponen hemoglobin di dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh bahagian badan si ibu & juga baby melalui plasenta. semasa hamil, jumlah darah dalam badan si ibu meningkat 50%. jadi apabila si ibu kurang pengambilan zat besi maka mudah sangat untuk mengidap hb rendah.


4. VITAMIN C
vitamin C sangat membantu dalam meningkatkan kadar penyerapan zat besi yang diambil oleh ibu hamil. selain itu, vitamin ini juga membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. antibodi yang kuat boleh mengelakkan si ibu dari mudah terkena serangan demam, selsema, alergik mahupun alahan. ia juga membantu penghasilan kolagen. maka dapat mengelakkan si ibu mengalami stretch mark ataupun rekahan pada perut.


5. KALSIUM
ketika hamil si ibu sangat memerlukan kalsium yang tinggi kerana sumber kalsium membantu dalam pembentukan tulang & gigi baby. jika keperluan dari sumber makanan tidak mencukupi, kalsium dari badan (tulang, gigi, otot)  si ibu akan diambil untuk diserap pada baby. subhanallah besar pengorbanan si ibu kan.


6. DHA
zat penting DHA adalah asid lemak yang berguna untuk fungsi & perkembangan minda yang normal.


Kaya dengan Omega-3 termasuk EPA & DHA


pengambilan nutrisi yang lengkap juga sangat membantu ibu-ibu hamil dalam keadaan bertenaga & sihat. Ibu-ibu dekat luar sana, memang nampak supplement semua ni macam banyak tapi percayalah ianya sangat berbaloi untuk anda dan baby yang dikandung. Semua ibu mesti nak yang terbaikkan since anak dalam kandungan lagi? Setakat ni Set Shaklee memang set paling lengkap untuk yang mengandung.








salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782

afzan6r@gmail.com

Ahad, 11 Disember 2016

resepi minum petang: Kastard Crepe

Bila tengok ni rasa lapar la plak. Dah tengah2 malam ni ops... mulut kena tahan nafsu. Mental pun kena kuat. Kalau tak nanti kena babap hahaha. Rosak azam nanti.

Ceritanya Kak Af nak cari resepi untuk Apam Tokyo tapi biasa la. Bila di dapur ni kita suka la nak bereksperimen kan. Hasil daripada carian google, gabungan 2 blog maka terhasil la Kastard Crepe. Sedap tau. Bukan Kak Af kata tapi Mr.H yang puji hehe. Bangga jap hakak.


hmmm gebu lembut manis2 buah gitu


Untuk lebih mudah kita sediakan INTI dulu sebab perlu disejukkan.




INTI KASTARD
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula (akak guna soft brown sugar)
1 1/3 cawan susu segar (boleh juga susu cair)
2 sudu teh marjerin/butter
1 sudu teh esen vanila



Campur semua bahan ke dalam periuk KECUALI 
-- Marjerin
-- Esen

Kacau sebati dulu. Kemudian baru letakkan atas api yang perlahan & kacau sampai tekstur pekat likat. Tutupkan api. Masukkan marjerin & esen dan kacau sampai semua sebati. Ketepikan dan biar inti sejuk.


tekstur dah mula likat



dah tutup api, masukkan marjerin & esen



KULIT CREPE
4 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 cawan air kosong
Pewarna

BLENDER (wajibul ghunnah untuk senang kerja)




Mudah sangat. Masukkan semua bahan ke dalam blender & blender sebati. Panaskan pan dan oleskan minyak pada pan. Bila pan dah panas, sendukkan bancuhan, tuang. Biarkan dia masak sampai kulit tepi terangkat.


nampak tak kulit tepi tu lekang pada pan?


Tak perlu terbalikkan. Just angkat buh dalam pinggan. Ready untuk menggulung. Siap!


Selamat mencuba.


yummy... lembut je bila gigit. hidang sejuk2 peti ais pun sedap

Sabtu, 10 Disember 2016

4 BARANG WAJIB UNTUK ELAK BABY RUAM LAMPIN

Kesian baby yang kena ruam lampin. Tidur mesti tak lena. Mesti selalu menangis sampai semua orang keliling salah anggap susu ibu tak cukup la, ada gangguan lain la @ yang sewaktu dengannya. Bagi papa & mama pula runsing nak cari diapers yang sesuai untuk kulit gebu bontot anak.

Kulit di kawasan celah kangkang baby sangatlah sensitif. Ditambah bisa wap lembap air kencing & berak, lagi cepatkan proses kulit untuk merah, melecet & merengsa.


Baby selesa, mama papa pun gembira!


Masa ni pakaikan baby diapers paling mahal pun tetap tak selesaikan masalah. Jadi Kak Af nak berkongsi di sini petua yang Kak Af amal dari mula baby sulung Kak Af lahir sampai la ke adik dia. Alhamdulillah, babies Kak Af tak pernah alami ruam lampin sampai sekarang.


Baby tidur lena bila tiada kerengsaan pada kulit



1. TISU BASAH (WET TISSUE)

Ni benda asas yang wajib ada waktu nak salin diapers baby. Tak kira la salin baby kencing semata2 ataupun baby dah poo poo. Lapkan kulit bontot baby sampai bersih dari kotoran. Sediakan juga tisu basah pek kecil dalam beg mama atau beg jalan2 baby.


2. SPRAY AIR

Kadang mama2 tak terfikir baby kita sebenarnya perlu dibilas dengan air. Basah daripada tisu basah tu tak cukup untuk bersihkan kulit baby dengan baik. Jadi selepas selesai lap dengan tisu basah, maka spray air di kawasan bontot baby.


3. TISU KERING

Biasanya mama2 standby tisu kering untuk lap mulut kita lepas makan kan... so sekarang dah ada baby, maka fungsi tisu bertambah. Untuk pastikan kulit baby betul2 kering sebelum pakai diapers. Lap & dap2 kan di celah2 pelipat untuk pasti tiada sisa air.


4. MINYAK GAMAT

Haaa yang ni rare. Kak Af sendiri dapat petua ni daripada kakak sulung Kak Af. Minyak & air kan tak ngam. So sapu nipis2 sahaja di kulit, pelipat & bontot baby macam losyen. Selesai sapukan minyak, baru pakaikan diapers pada baby. Pastikan minyak gamat yang mama2 guna bukan jenis yang panas hangat tu tau. 


wajibul ghunnah barang2 ni dalam beg travel baby



Kak Af pakai jenis Minyak Gamat PLUS. Memang tak panas cuma bau je pure.


Bagi mama2 ibu2 ummi yang baby dah kena ruam lampin, boleh rawat dulu dengan Herbal Blend. Pengalaman kisah benar pengasas The Walking Beauty (TWB), Puan Ainul cerita kat kami semasa beliau bawa anak2 bercuti di Shanghai, baby kecil beliau lambat ditukarkan diapers. So jadi merah merengsa di kawasan pelipat & punggung. Dalam handbag beliau hanya ada Herbal Blend (HB) je waktu tu. Jadi beliau ikhtiar sapu HB pada kulit baby beliau & alhamdulillah sangat ok. 


Testimoni dari pengasas TWB



Ibu2 mama2 ummi jika berminat untuk cuba Herbal Blend ni, boleh hubungi Kak Af. Harga sangat berbaloi, bawah daripada RM50 kut untuk 1 tiub 113g. Siap boleh sapu 1 badan lagi. Pelbagai guna hehe.






salam cantik & mesra

afzan noor
FB: Afzan Noor
SID: 1223117

019-5225 782


afzan6r@gmail.com