Isnin, 6 Jun 2022

Bestnya Trip Ke Genting Highlands Walaupun Last Minute Plan

 

lama tak buat coretan kat sini. kita start balik la memandangkan phone dah mula menjerit. so here we are, last minute trip ke genting highlands.



awalnya hampir cancel sebab Mr.H kena kerja pagi sabtu. tapi ntah macam mana dia kawtim, alhamdulillah, finally we make it happen. kalau tak, kami tukar destinasi dah. seronok anak2 sebab rasa lama sungguh tak pergi jalan2. dah la baru habis kuarantin 2 minggu hfmd (kakak & mama kena serang). jadinya kena biasakan diri ye anak2 dengan terkejut trip😄



sebab last minute, semua booking on da spot. rezeki kami, ke sini takde masalah bab sold out even cuti sekolah😁 oh tapi make sure tambah tahap kesabaran level kayangan.



1 jam beratur tunggu untuk naik sebab cuti sekolah



masuk je cable car, sengih! hilang jemu dia



paling excited. melilau tengok bawah siap berjalan sana sini lagi


TIKET CABLE CAR

kami online purchase guna klook. RM18 per head return ticket. confirmed within half an hour. sambil ondaway layan jammed tau buat. senang sangat & paling best tak perlu nak pegang card. janji bateri hp mencukupi.



boleh je walk in tapi beratur agak panjang. dah la minggu cuti sekolah. so skip the que but still waiting in line untuk turn ride. 1 jam juga la. cuma kalau nak skip semua, purchase express line RM16 one way.



kami beli kat kiosk. berbaloi if anak2 masih belum cukup tinggi


TIKET MAIN GAME

target game indoor je. masuk skytropolis tak perlu bayar. terus pergi ke kaunter tiket, ya rabbi... berderu manusia. nasib mulut ringan bertanya. so kami beli di kiosk. jangan risau, kat situ ada staff yang tunggu membantu.



memandangkan tak stay sampai malam (indoor theme park close at 9pm), kami beli per ride. pilih game child & family friendly game sahaja. RM9 per head per game.



game ni terbahagi 3 types. child, family & adventure. harga per ride pun berbeza. kalau ambil UNLIMITED ACCESS, RM62 - main la berapa kali nak repeat. sesuai yang datang terpacak start 2pm hingga malam.



cik kasih enjoy semua cuma tea cups dia tak gemo coz benda tu pusing2 buat dia pening😂 adik plak paling happy dapat drive bumper car walaupun dok berlanggar kuk situ jer. oh ya, make sure anak2 tinggi lebih 90cm. seronok dia dapat main banyak. anak2 kami pun dah berbunyi nak repeat. in sha Allah ada masa murah rezeki umur panjang, korang bertambah ketinggian, boleh ler.


naik benda alah ni tak boleh peneman.
kena cukup tinggi juga



seronok dapat pilih car sendiri, drive sendiri



TIPS BERHARGA

BOTOL MINERAL KECIL 

kalau korang jenis tak kisah wipe pakai tisu, tak perlu hiraukan tips ni. tapi kalau sejenis pentingkan keselesaan, bawalah. kami ni sebab babyD memang ratu toilet. singgah kat awana ke, kat area theme park ke memang takde paip. hanya tersedia tisu & tong sampah kecil. so boleh la isi air kat sinki & nikmati mencebok😁



muka kelaparan tapi kalah dengan anak2



POWERBAR

anak2 kami lebih pentingkan main dari pikir perut yang lapar. so sebagai mama yang prihatin, memang sediakan ni untuk alas perut dorang sambil beratur ambil turn. papa dorang pun terpaksa mengalah hahaha. dari tak makan coklat, telan la juga.




bye bye skytropolis.


begitu serba sedikit short vacay kami. turun masa maghrib, dengar azan berkumandang seluruh puncak tu. masa nak turun, que setengah jam je. alhamdulillah semua smooth. sampai kat awana stesen, menapak cari parking kereta. hampir sesat la juga tapi nasib ada ambil gambar parking.



kat sini guna TnGo. masa punch out, dia cas RM24. ok, nasib reload lebih. kalau tak, ada adegan tersangkut hehe. syukur jalan balik kl tak jammed. jadi kami sampai rumah relax2 & papa berjaya masuk kerja & meeting before time (10pm). siap sempat singgah beli lemang juga coz risau anak2 lapar. mee goreng yang dorang order kat atas pedas 😂




singgah makan kat absolute thai. kalau nak banyak pilihan, boleh naik level stesen cable car. harganya? hehehe



nasi goreng belacan sedap!



3 layer tea sedap sangat. oh babyD tengah excited cerita game yang dia dah naik



dah jadi parents, kerja memang cari duit untuk cipta memori indah bersama keluarga. semoga Allah berkati & jadi kenangan masa akan datang.



harap boleh jadi panduan bagi sesiapa yang teringin nak pergi atau rasa theme park yang baru😍