Isnin, 7 Jun 2021

RESEPI SAMBAL BELACAN VIRAL : TAHAN 3 BULAN TAU

dah buat ayam kunyit, mestilah ada partner dia. kalau tak, makan tak terangkat la hehe.



actually resepi ni dapat dari group makan-makan di facebook. tapi kami olah sikit untuk makan famili kecil macam kami.



kang buat banyak, dok mengulang itu ler sampai 3 bulan kan. alhamdulillah. walaupun first time buat, bigboss kata lulus. hancur diet diaπŸ˜‚πŸ˜



maafkan kami naaa.
bukan selalu dapat makan berjemaah 1 famili di rumah dengan masakan ala-ala di kedai ni.






SAMBAL BELACAN VIRAL


Bahan-bahannya :

2 cili besar merah
Segenggam cili kampung
3 biji limau kasturi
Belacan
Air asam jawa
Garam gula



CARANYA :

1. masukkan semua dalam blender.

2. cili kampung tu, pilih dalam 4-6 biji bersama tangkai. selebihnya potong tangkai pun takpe. ni tips elak sakit perut.

3. buang biji limau kasturi & perah jusnya. kulitnya pun masuk blender. kami taruk 2 biji saja.

4. air asam jawa bancuh dengan air suam. tapis habuk2 tu.

5. nak tambah sedap, belacan tu bakar. tapi kami skip tang ni sebab nak cepat huhu.

6. perasa dengan garam gula. kami masukkan 1 sudu kecil gula & 1/2 sudu garam.

7. blender jangan terlalu halus. taraaa siap!



haa gini memang makan tatang pinggan ler



memang sedap makan dengan ayam goreng kunyit. potong timun, celur bendi ke, serius bertambah lagi padu♥



Tips :
1. untuk tahan lama, boleh simpan dalam bekas kedap udara dalam fridge. nak makan, boleh senduk dalam mangkuk dan selebihnya simpan.



SELAMAT MENCUBA!

Jumaat, 4 Jun 2021

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT ALA KEDAI TOMYAM

satu kenikmatan bila kita siap masak, semua berebut nak cuba. pakej licing plak tu. best kan.



bersalut tu yang buat ramai terkam



selama ni asal pergi kedai tomyam je mesti minta menu ni. tapi memandangkan MCO kan, kita buat dia kat rumah jer. jamin lepas rindu korang nak makan kat luar hehe.


Bahan-bahannya :


1 mangkuk ayam (bahagian dada)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari
garam

**gaul bahan-bahan tersebut & perap seketika

carrot (potong panjang)
kacang panjang (kami guna kacang buncis)
bawang holland
daun limau purut
hirisan cili merah

CARANYA :

1. panaskan minyak penuh kuali.

2. masukkan ayam yang dah perap tadi. kacau dengan senduk untuk elak dia berketul. masukkan juga daun limau purut.

3. bila dah garing sedikit, masukkan sayur-sayur & bawang.

4. kacau sehingga bawang layu.

5. masukkan hirisan cili. godek-godek sikit. dah boleh angkat. tos dulu tau baru tutup api untuk elak ayam tu serap minyak banyak.

ready untuk dimakan.
serius kena jaga portion. takut berulang makan nanti.



TIP LAIN :
1. daun limau purut tu potong dulu tengah dia. ni nak elak dari terasa pahit.


2. kena pastikan minyak banyak & kuali betul-betul panas. baru ayam masak cantik.




SELAMAT MENCUBA.