Selasa, 8 Ogos 2017

Resepi Tempoyak Goreng

Mak Kak Af pesan, kalau orang kita sayang sebut pasal makanan usaha la buat tanpa bertangguh.



Akibat Mr.H dah seru waktu dia bersembang dengan mak masa di kampung, maka jadi la menu untuk tengahari ni TEMPOYAK GORENG.



Dapat ni, hadap seorang nasi seperiuk pun boleh habis


Walaupun pusuk segar takde, kita tukar bahan utama. Janji jadi dan sayup-sayup dengar ada request macam nak lagi haha.



Bahan-bahan

Bawang
Bawang Putih
Ikan Bilis
Cili Padi
Carrot
Cili Besar
Garam Gula
Tempoyak



Cara Kak Af tumis bawang dan cili padi yang dah ditumbuk sampai wangi. Masukkan carrot yang selamat dah potong dadu. Masukkan juga hirisan cili besar. Perasa dengan garam gula (kalau ada ikan bilis, tak perlu garam). Akhir sekali tambah tempoyak dan gaul sampai tukar warna gelap sikit. Siap!!



Pss.. dolu pernah buat dah. Versi pusuk dan petai. Tu pun terbaik untuk tambah selera huhu. Bagi golongan kayangan puteri emas permata, pastikan guna bahan2 yang tak melanggar akta ok.




Selesai makan, basuh pinggan jangan lupa telan omega guard. Boleh juga dia bantu jaga paras gula dalam darah. Dah nama pun Omega "Guard" kan.








 Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com