Jumaat, 13 Oktober 2017

NICE - National Innovation and Creative Economy EXPO '17



Assalamualaikum...


Serius excited nak bercerita. Yela baru khamis lepas (12 Oktober 2017) sertai event NICE. Untuk event ni, ada 3 tempat yang korang boleh lawat.

  • Taman Teknologi Malaysia
  • Planetarium Negara
  • Pusat Sains Negara (PSN)

Dan kami pilih untuk pergi ke Pusat Sains Negara (PSN). Dah seharian kat sini pun, masih tak puas dan tak habis explore wokeh. Banyak sangat Section dia.





Muka waktu baru nak masuk. Dah masuk, habis semua
tak kenal mama papa


Mula-mula masuk tu dah nampak banyak ikan terhidang. Eh ni bukan hidang macam nak beli kat pasar tau. Ikan-ikan semua dalam akuarium dan kolam. Haa yang dalam kolam tu boleh kalau nak sentuh-sentuh main dekat air pancut. Tapi jangan pergi buat aksi "Just Kidding" plak. Kuyup nanti.




Kat akuarium kecil, cik Kasih la excited. Kat akuarium besar,
adik dia melopong tengok ikan besar-besar


Lepas tu kami masuk bahagian Wonderspark. Sini explore pasal tenaga. Siap ada macam-macam eksperimen yang kita boleh try. Harus la yang mama papa ni lebih teruja. Al maklum zaman belajar dulu, bila kelas makmal je standby la batang mancis nak tongkat mata.




Kat sini mula semua tak kenal mama papa.
Berlari nak cuba apa yang ada




Ada ruang untuk selfie sebab kawasan sini kurang sikit pencahayaan


Kat area ni juga ada Laser Maze. Kami tak masuk sebab busy hunting cop hadiah hahaha. Lagipun ada anak kecil kan. So kalau parents yang teringin, boleh gilir-gilir dengan pasangan. Kitorang mungkin next trip akan cuba juga. Dah dapat tempo sama nak jaga anak2. Lagipun hadiah dah dapat haha. So boleh la nak enjoy game.


Bahagian lepas tu, nama apa ntah tapi pun menarik. Yang ingat ada pasal nombor, bunyi dan pergerakan Sini la anak2 kami lupa mama papa dorang. Habis berkeliaran nak sentuh setiap games yang ada. Sebenarnya dekat ground floor sahaja banyak sangat benda yang exciting.




Anak siapa la sampai terbaring-baring tu hahaha




BabyD charge tenaga dulu 




Sini memang mata mama papa harus melilau. Takut nanti ada yang penyet




Eh kelibat papa je. Anak-anak mana?



Memang akan leka bila pulun nak cuba eksperimen dan games yang ada. Kat tingkat 2 pun laku keras kat #SurviveTheBunker. Siap adik fasi tu kata rugi tak cuba. Kena bincang dengar Mr.H dulu la nak gilir-gilir jaga anak hahaha. Bagi peminat robot, Ahad ni final Robot Tempur. Tengok live macam tengok filem "Real Steel" ooo.


Pusat Sains Negara ni luas. Ada 4 tingkat. Untuk NICE, sampai tingkat 3 sahaja. Tingkat 4 adalah Surau. Kawasan sangat luas. Kalau mama ada baby, tak perlu risau. Tak rasa bersesak pun kat sini. Lapang!! Ground floor pun ada Baby Room.


Cuma dinasihatkan bawa la carrier atau stroller. Dan tak lupa juga makanan minuman untuk si manja. Memang sini ada food truck dan cafe tapi risau incase tengah enjoy main, dah bergegas kena cari makanan.





Kat tingkat 3, kami DIY buat robot. Dah siap, boleh bawa
balik hasil eksperimen tu



Oh tak lupa juga. Luar pun ada bahagian-bahagian yang best tau. Antaranya Taman Rama-Rama yang ada 500 spesies. Ada juga tempat mandi kanak-kanak. Taman PraSejarah yang banyak replika Dinasour hahaha. Memang yang besar pun jadi kanak-kanak ribena bila datang sini.


Untuk famili kami, event ni memang 5 bintang. Fasilatator baik dan berinformasi. Tahu keadaan tempat sekitar PSN walaupun baru je datang untuk jaga event tu semata-mata. Parking pun ok cuma kena menapak banyak juga untuk sampai kat main building. Bukan selalu kan. At least terbakar juga lemak-lemak yang manja itu.


Apa lagi ea nak cerita?
Oh ya, untuk event ni masuk ke PSN adalah PERCUMA bagi semua tempat yang ada.
Bermula pukul 10 pagi - 6 petang tapi kaunter tiket beroperasi sampai pukul 5 petang sahaja.
Walaupun FREE, dorang provide tiket untuk kira berapa jumlah pengunjung.


Tapi kan, kalau korang pun suka hadiah. Nak hunting cop di setiap section NICE PSN, pastikan sebelum pukul 4.30 petang wokeh. Lebih pada waktu tu, maaf. Tak dapat dilayan. Eh macam hakak plak fasi untuk #NICEmosti2017 hahaha.


Tak lupa juga nak pesan kat kaum bapa dan ibu. Sebelum datang ambil la sumber Kalsium, Magnesium dan Vitamin D secukupnya. Dah balik pun kena topup juga. Kalau tak, harus kena serangan kejang di kaki, betis dan juga tapak kaki.



Kut kalau tak tahu nak ambil sumber dari mana, boleh try consume OsteMatrix. Belum ada lagi?
Klik je button kat bawah.









Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

 Hasil carian: 
#justscienceit 
#psnscifest17 
#pusatsainsnegara 
#psn #SciFest17 #mosti
ostematrix sains teknologi dan inovatif 
robot tempur
expo sains dan teknologi