Pernah tak, nak derma tapi tak tahu nak salur kat mana?
Tak pun, nak derma tapi tak jumpa-jumpa tabung derma.
Lagi geram, dah la tak jumpa. Alih-alih niat baik terkubur begitu je. Tambah-tambah kalau hari Jumaat kan. Teringat plak time nak masuk waktu Asar dah. Mesti frust sangat.
So sini afzan nak share, cara paling mudah nak derma. Yang penting kena ada internet & online banking.
Afzan guna CIMB. Alhamdulillah sangat mudah, cepat & selamat.
Log in je macam biasa. Lepas tu korang akan nampak ada 3 line kat sebelah kiri tu kan. Klik yang tu. Dan pilih "Pay & Transfer".
Nampak "Pay Bills" kan. Klik yang tu.
Step 1 |
Akan keluar 1 form. Kat "Enter New Biller...", korang boleh taip la badan-badan kebajikan ni. Macam afzan suka taip keyword. Dia akan keluar banyak sangat pilihan.
Contoh:
- zakat
- charity
- anak yatim
- kebajikan
- tabung amal
- Islam
Contoh nak cari |
Katakan dah jumpa 1 badan untuk korang derma. Macam afzan suka ambil badan yang aktif macam Islamic Relief Malaysia. Dia akan keluar lagi form. Korang isi je apa yang diminta.
Details asas je. Takde apa-apa pun |
Scroll bawah, korang pilih akaun mana yang korang nak pakai, berapa amaun nak derma. Untuk date tu kan... korang boleh pilih dan juga boleh je nak konsisten derma tau.
Klik kat kalendar tu |
Pilih la sekonsisten mana nak menderma |
Mudah kan. Setel semua, tekan je "Make Payment".
Siap! Dah tak perlu dah nak lupa ke, pening cari nak bagi kat siapa, berapa amaun nak bagi... sendiri-sendiri je hadam. Janji nawaitu kita jaga. Aamiiinnn.
Sama-sama kita beramal. Kalau rasa entri ni bermanfaat, panjang-panjang kan la ya. Klik je button share. Afzan pun tahu dari orang lain juga. Sayang rasanya kalau tak simpan kat sini. Lupa nanti, dah tak tahu mana nak cari hehe.
Salam Cantik dan Mesra
afzan noor
Owner of ATB Spa
afzan6r@gmail.com