Selasa, 19 April 2016

kenapa kita perlu ambil makanan tambahan (suplimen)?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
waalaikumussalam

ada orang tanya, perlu ke ambil suplimen ni? badan sihat je. makanan harian yang diambil pun cukup ikut piramid makanan.
tapi bila kita tanya balik, kenapa zaman sekarang banyak sangat penyakit. yang mana dulu2 masa tua baru kita dengar kena sakit tapi sekarang budak kecil pun ada yang dah kena kencing manis, sakit jantung & pelbagai penyakit baru? terdiam terfikir kan?



zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu...

mari kita sama2 spend masa & kaji betul ke tidak...

1. zaman sekarang banyak sangat pencemaran. tak kisah la secara sengaja ke tidak. contohnya kandungan garam galian dalam tanah sekarang tak sama dengan zaman dulu sebab air hujan sekarang tercemar dengan asap kenderaan, asap kilang. zaman dulu mana ada asap kilang yang banyak dan pembuangan sisa toksin ke dalam sungai...



2. zaman sekarang banyak pengubahan genetik pada tumbuhan & juga haiwan. contoh ayam yang kita beli kat pasar tu. isi padat & banyak je kan? ayam2 tu dah disuntik supaya cepat membesar & gemuk. banyak lemak pula tu sebab ayam2 tu kurang bergerak. bagi peniaga, mereka cepat dapat untung & berganda hasil. bagi kita, senang dapat penyakit sebab lemak ayam antara puncanya.



bagi tumbuhan pula, pekebun peladang menggunakan baja2 yang mengubah genetik (GMO) contoh tembikai. seronoknya kita bila beli tembikai tiada biji kan? sedangkan kalau dulu tembikai ni banyak biji kena buang bila makan. haaa tembikai yang takde biji tu telah diubah genetiknya. rasa2nya kandungan nutrien makanan sekarang masih sama seperti dulu ke? 

kalau zaman saya kecil2 dulu, nak makan durian setahun sekali je kut kan. durian ni buah yang bermusim tapi sekarang bila2 masa sahaja ada penjual longgok buah durian. sama juga macam padi... kalau dulu setahun sekali saja nak menuai..sekarang dah 2 kali. akan datang? tak mustahil 3 ke 5 kali sebab kecanggihan teknologi. lagi sekali, rasa2nya kandungan nutrien makanan sekarang masih sama seperti dulu ke?

tahukah anda, keperluan badan manusia sihat pada zaman sekarang memerlukan ia makan lebih kurang 10 biji buah oren (kualiti yang baik) sehari. jadi kalau makan 1 biji je sehari, agak2 cukup ke?



3. zaman dahulu mana ada internet. bak kata Tok Dalang dalam Upin Ipin, semua guna tenaga. nak bekerja ke, nak bayar bil ke, ke beli barang2 dapur ke... semua guna qudrat. sekarang? semua hujung jari je. takde internet dunia ni bagai tak hidup. kita jadi kurang bersenam tapi hidup dalam banyak tekanan & stres. pengambilan suplimen B Complex mampu tingkatkan kadar metabolisme, mengurangkan stres & menjadikan hidup kita kekal sihat.



4. sebut pasal stres, zaman sekarang kadar stres sangat tinggi. stres ni punca kebanyakan penyakit. kenapa zaman dulu kurang stres? zaman sekarang ni banyak hidup bergantung pada loan. hutang pinjaman belajar, hutang kereta, hutang rumah... macam mana tak stres???

5. persaingan zaman kini lebih sengit berbanding dulu. kalau dulu 1 kampung hanya dengar 1 anak muda je masuk universiti. zaman sekarang lulusan universiti pun belum tentu dapat kerja. seseorang tu perlu ada prestasi diri untuk menonjol & cemerlang.

6. dalam bidang sukan pun makanan tambahan ni sangat penting selain daripada pengambilan makanan seimbang. ia membantu dari segi prestasi atlet. ramai olahragawan dah buktikannya. salah seorangnya Watson Nyambek. beliau mengaku mengambil suplimen Shaklee untuk tingkat prestasinya.

7. makanan sunnah adalah yang terbaik tapi disebabkan persekitaran sekarang yang banyak pencemaran, kualiti makanan sunnah sekarang dengan dulu sangatlah berbeza. zaman dulu makanan sunnah suci, tak tercemar. boleh refer balik point 1 & 2 di atas.



lainlah kalau makanan sunnah tersebut kita usahakan sendiri. tanam sendiri, bebas bahan kimia, kambingnya tidak disuntik hormon, insyaAllah memang terbaik!!

tapi selain makanan sunnah, amalan sunnah pun kena la ikuti. Rasulullah SAW memang contoh terbaik. cara makan baginda adalah makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. kita?

cukup point di sini "kenapa kita sekarang perlukan makanan tambahan?"

dalam mengkaji sambil belajar, kita perlu membuat pertimbangan sebaiknya apa yang perlu kita lakukan bila berhadapan hakikat kehidupan zaman sekarang. pilihlah yang terbaik untuk diri kita & keluarga... tak perlulah kita merendahkan pandangan orang lain. sama2 kita cari jalan yang terbaik.

orang2 dalam bidang kesihatan termasuk doktor menyarankan kita untuk mengambil suplimen. mereka sedar hal PENCEGAHAN & PERAWATAN adalah 2 perkara yang berbeza. menjaga kesihatan lebih baik daripada merawat penyakit.

mereka juga sedar SUPLIMEN BUKAN UBAT.

jadilah seperti mereka.

inginkan supplimen untuk kesihatan anda?

anda boleh hubungi kami. setiap pembelian produk dengan kami wajib menerima cara pemakanan / pemakaian mengikut tahap kesihatan anda.

salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782

afzan6r@gmail.com



Khamis, 14 April 2016

manfaat vitamin C pada kulit

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
waalaikumussalam

semua sedia maklum, pengambilan vitamin C memang memberi kesan pada kulit.  vitamin C ni sangat mudah didapati & nutrisi yang paling senang serta selesa nak telan. sebab apa?

vitamin C ni walaupun masam, dia still ada rasa manis2 dia kan. kalau suruh telan 10 biji pun sanggup.

bagaimana vitamin C ni bantu kesihatan kulit kita?

apabila kita terdedah kepada panas, sel melanin akan keluar beramai-ramai nak lindungi kita. apa jadi bila sel2 ni dah banyak pada kulit kita? haaa time ni la semua dok belek kat depan cermin sebab kulit dah burn, gelap. sebenarnya sel2 melanin ni nak PROTECT kita dari sinaran UV tu. indah kan ciptaan Allah?



tapi ingat, bila dah terlalu banyak ia akan menghasilkan RADIKAL BEBAS. so sangat bahaya & tidak menyihatkan. dengan pengambilan vitamin C, ia akan mencegah & meneutralkan balik radikal bebas yang ada di kulit / sel kita. sebab tu kulit akan jadi lebih cantik. suka tak?

selain itu, vitamin C juga penting dalam penghasilan kolagen. kolagen ni adalah protein yang menjaga keanjalan kulit. semakin kita berumur semakin kekurangan kolagen dalam badan. so bermulalah tanda2 penuaan antaranya kulit kita akan ada garis halus, otot pun mengendur... cuba tengok pipi anda. masih tegang macam remaja ke @ dah mula menggeleber sikit?



so penting tak vitamin C pada tubuh kita?

vitamin C adalah salah satu anti oksida. sifatnya mudah larut dalam air & ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. sebab itu teknologi kesihatan mewujudkan ia dalam pelbagai bentuk untuk mudah diambil. antaranya dalam bentuk tablet ni.



inginkan supplimen untuk kesihatan anda?

anda boleh hubungi kami. setiap pembelian produk dengan kami wajib menerima cara pemakanan / pemakaian mengikut tahap kesihatan anda.

salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782

afzan6r@gmail.com


Selasa, 5 April 2016

suntikan ke surgeri?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
waalaikumussalam

pernah tak korang dengar pasal suntikan vitamin C? alah, suntikan yang nak cantikkan kulit, cerahkan tona kulit tu.

sebenarnya suntikan ni banyak artis2 mahupun orang awam yang ambil. walaupun hakikatnya kos tinggi (ada yang bagitau 3x suntik je RM1000 k) tapi sebab nak cantik, putih dengan kadar yang cepat, dorang sanggup.



sumber dari bacaan yang saya dapat, 1 gm dos vitamin C yang disuntik ke dalam badan boleh memberi efek dalam masa 3-4 hari. memang akan nampak pigmentasi kurang, kulit cerah & cantik gebu je. nak maintain positif result, dorang akan dinasihatkan untuk ambil suntikan 1 minggu sekali.

TAPI

1 gm dos tu adalah berlebihan tau dari dos yang selamat untuk badan.

apa akan jadi bila dah berlebihan ni?

jeng... jeng... jeng...
vitamin akan bertukar jadi toksik k

kesannya...

- kerosakkan buah pinggang
- cirit-birit & muntah (terhidrat)
- kerosakan hati
- jaundis

banyaknya kesan!!! SCARY

APA PILIHAN KITA???

nasihat saya, boleh kita nak vitamin C bagi cantikkan kulit tapi buat pilihan yang tepat & selamat.


salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY

+6019-5225 782 

afzan6r@gmail.com



Isnin, 4 April 2016

suplimen cantik, cun, comey a.k.a vitamin C

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
waalaikumussalam

lama tak singgah sini. al maklumlah sibuk dengan macam2 hal tapi alhamdulillah tetap berkesempatan nak berkongsi fakta, maklumat & segala bagai dengan korang.

Meh kita cerita pasal vitamin C ni.




Actually vitamin C ni bukan setakat boleh elak/kurangkan selsema & demam saja TAPI

- lindungi & perbaiki kulit
- pudarkan kekusaman kukit
- cerah & cantikkan kulit

Haish patut la nama dia vitamin C kan... vitamin CANTIK, CERAH, COMEL, CUN, CUTE...
Sebagai seorang dewasa, kita direkemenkan untuk ambil dos vitamin C ni 50-75 mg/day.


Dalam 100g serving:
Brokoli = 89mg
Kiwi = 93mg
Betik = 62mg

Alamak!!! Macam mana nak sukat ni pengambilan harian?!!

- dah la susah nak makan buah
- nak pergi beli pun tak sempat
- elok nak beli, buah pun macam tak segar je

-mmm macam mana ni?

Nak cantik, putih, cun macam snow white juga.

Sebab tu la anda perlu ambil suplimen.

INGAT!! Suplimen bukan ubat TAPI makanan tambahan untuk badan ya. Kurang zat mineral vitamin dalam badan, kita akan BERUSIA SEBELUM WAKTUNYA.

Nak ke?!!!

Tepuklah dada tanyalah diri...

Kalau tak pasti, hubungi kami. Kami boleh bagi konsultasi mengikut masalah yang anda hadapi.

salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY

+6019-5225 782

afzan6r@gmail.com

rahsia selalu nampak muda

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
waalaikumussalam

Korang tau tak.. Bila korang berkulit putih & kurus, automatik korang akan nampak lebih muda dr usia sebenar.

Tak percaya? Hmm korang cari balik gambar lama korang & compare dgn gambar terkini. Kalau takde beza tu, alhamdulillah TAPI kalau ada beza tu... Nampak TUA ke MUDA pic terkini tu? Hehe

Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada tapi kena ingat. Badan kita ni amanah yg kita kena jaga. Sebab tu la ramai yg sedar diri nak berdiet, jaga kulit bagai demi kesihatan juga. Untung diri sendiri ye kak, bukan org lain atas kawalan nafsu & minda tu.

Eh terbebel panjang ni kenapa? Hahaha sebenarnya nak bagitau jg kita bakal berjumpa RAMADHAN tau. Tak lama dah. Mesti semua pikir pasal raya. Mesti fikir  nak berapa banyak baju cantik tahun ni... tak nak fikir ke muka badan cantik bila raya nanti? 

Takpe2... Korang enjoy tengok video ni dulu ya. Kalau rajin bagi la feedback apa yg korang nampak, rasa @ tak paham ke k.



salam cantik mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 

019-5225782

afzan6r@gmail.com