Selasa, 19 April 2016

kenapa kita perlu ambil makanan tambahan (suplimen)?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
waalaikumussalam

ada orang tanya, perlu ke ambil suplimen ni? badan sihat je. makanan harian yang diambil pun cukup ikut piramid makanan.
tapi bila kita tanya balik, kenapa zaman sekarang banyak sangat penyakit. yang mana dulu2 masa tua baru kita dengar kena sakit tapi sekarang budak kecil pun ada yang dah kena kencing manis, sakit jantung & pelbagai penyakit baru? terdiam terfikir kan?



zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu...

mari kita sama2 spend masa & kaji betul ke tidak...

1. zaman sekarang banyak sangat pencemaran. tak kisah la secara sengaja ke tidak. contohnya kandungan garam galian dalam tanah sekarang tak sama dengan zaman dulu sebab air hujan sekarang tercemar dengan asap kenderaan, asap kilang. zaman dulu mana ada asap kilang yang banyak dan pembuangan sisa toksin ke dalam sungai...



2. zaman sekarang banyak pengubahan genetik pada tumbuhan & juga haiwan. contoh ayam yang kita beli kat pasar tu. isi padat & banyak je kan? ayam2 tu dah disuntik supaya cepat membesar & gemuk. banyak lemak pula tu sebab ayam2 tu kurang bergerak. bagi peniaga, mereka cepat dapat untung & berganda hasil. bagi kita, senang dapat penyakit sebab lemak ayam antara puncanya.



bagi tumbuhan pula, pekebun peladang menggunakan baja2 yang mengubah genetik (GMO) contoh tembikai. seronoknya kita bila beli tembikai tiada biji kan? sedangkan kalau dulu tembikai ni banyak biji kena buang bila makan. haaa tembikai yang takde biji tu telah diubah genetiknya. rasa2nya kandungan nutrien makanan sekarang masih sama seperti dulu ke? 

kalau zaman saya kecil2 dulu, nak makan durian setahun sekali je kut kan. durian ni buah yang bermusim tapi sekarang bila2 masa sahaja ada penjual longgok buah durian. sama juga macam padi... kalau dulu setahun sekali saja nak menuai..sekarang dah 2 kali. akan datang? tak mustahil 3 ke 5 kali sebab kecanggihan teknologi. lagi sekali, rasa2nya kandungan nutrien makanan sekarang masih sama seperti dulu ke?

tahukah anda, keperluan badan manusia sihat pada zaman sekarang memerlukan ia makan lebih kurang 10 biji buah oren (kualiti yang baik) sehari. jadi kalau makan 1 biji je sehari, agak2 cukup ke?



3. zaman dahulu mana ada internet. bak kata Tok Dalang dalam Upin Ipin, semua guna tenaga. nak bekerja ke, nak bayar bil ke, ke beli barang2 dapur ke... semua guna qudrat. sekarang? semua hujung jari je. takde internet dunia ni bagai tak hidup. kita jadi kurang bersenam tapi hidup dalam banyak tekanan & stres. pengambilan suplimen B Complex mampu tingkatkan kadar metabolisme, mengurangkan stres & menjadikan hidup kita kekal sihat.



4. sebut pasal stres, zaman sekarang kadar stres sangat tinggi. stres ni punca kebanyakan penyakit. kenapa zaman dulu kurang stres? zaman sekarang ni banyak hidup bergantung pada loan. hutang pinjaman belajar, hutang kereta, hutang rumah... macam mana tak stres???

5. persaingan zaman kini lebih sengit berbanding dulu. kalau dulu 1 kampung hanya dengar 1 anak muda je masuk universiti. zaman sekarang lulusan universiti pun belum tentu dapat kerja. seseorang tu perlu ada prestasi diri untuk menonjol & cemerlang.

6. dalam bidang sukan pun makanan tambahan ni sangat penting selain daripada pengambilan makanan seimbang. ia membantu dari segi prestasi atlet. ramai olahragawan dah buktikannya. salah seorangnya Watson Nyambek. beliau mengaku mengambil suplimen Shaklee untuk tingkat prestasinya.

7. makanan sunnah adalah yang terbaik tapi disebabkan persekitaran sekarang yang banyak pencemaran, kualiti makanan sunnah sekarang dengan dulu sangatlah berbeza. zaman dulu makanan sunnah suci, tak tercemar. boleh refer balik point 1 & 2 di atas.



lainlah kalau makanan sunnah tersebut kita usahakan sendiri. tanam sendiri, bebas bahan kimia, kambingnya tidak disuntik hormon, insyaAllah memang terbaik!!

tapi selain makanan sunnah, amalan sunnah pun kena la ikuti. Rasulullah SAW memang contoh terbaik. cara makan baginda adalah makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. kita?

cukup point di sini "kenapa kita sekarang perlukan makanan tambahan?"

dalam mengkaji sambil belajar, kita perlu membuat pertimbangan sebaiknya apa yang perlu kita lakukan bila berhadapan hakikat kehidupan zaman sekarang. pilihlah yang terbaik untuk diri kita & keluarga... tak perlulah kita merendahkan pandangan orang lain. sama2 kita cari jalan yang terbaik.

orang2 dalam bidang kesihatan termasuk doktor menyarankan kita untuk mengambil suplimen. mereka sedar hal PENCEGAHAN & PERAWATAN adalah 2 perkara yang berbeza. menjaga kesihatan lebih baik daripada merawat penyakit.

mereka juga sedar SUPLIMEN BUKAN UBAT.

jadilah seperti mereka.

inginkan supplimen untuk kesihatan anda?

anda boleh hubungi kami. setiap pembelian produk dengan kami wajib menerima cara pemakanan / pemakaian mengikut tahap kesihatan anda.

salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782

afzan6r@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan