Khamis, 25 Januari 2018

Betul ke Wanita Hamil Penghidap Talasemia Tak Boleh Makan Makanan Ada Zat Besi?

Assalamualaikum...
Lama sangat tak menjengah di sini. Hari ni Afzan ada topik yang sangat best. Hasil perkongsian daripada Doktor Mira untuk team Sparkle yang ada kaitan dengan ibu hamil.







Siapa Doktor Mira ni? Beliau seorang doktor di HKL. Pernah bekerjasama dengan Program Womb2Room. Dan beliau juga seorang penghidap Talasemia. Jom kita ambil tahu.



Talasemia ni apa? 
Talasemia ni sejenis Anemia. Means dia duduk bawah anemia la.


Anemia ni maksudnya kurang sel darah merah. Dan dia boleh jadi banyak sebab. Salah satunya Talasemia.





Talasemia ialah kerana struktur sel darah merah yang tak normal. Ada beberapa jenis Talasemia, iaitu samada minor/major.. dan jenis A/B/E..





Kenapa time mengandung je tiba-tiba tahu ada Talasemia/pembawa? 
Sebab time mengandung je yang kita rajin nak cek Hb/se darah merah.


Bila selalu cek, Hb tak naik-naik walau dah makan iron/folic acid, so doc buat blood test.
Bila dah buat, tengok tengok talasemia pembawa/minor.


Talasemia ni, Hb dia takkan naik sangat walau makan supplements, sebab yang abnormal nya ialah struktur sel darah merah tu. So buat la macam mana pun.. berkemungkinan Hb paling tinggi 9.0, paling rendah 8.3 time pregnant. Doktor Mira Hb naik 9.0 pun sebab makan Vita lea..😝


Selalunya kalau dia memang pesakit talasemia yang major/teruk sampai tukar darah, dia akan tahu sejak kecik/lama dah. Siapa yang tahu time pregnant ni lazimnya minor/carrier atau pembawa sahaja.


Kenapa kita tak bagi makan vita-lea? Bukan tak boleh cuma tak berlebihan. Risau 'Iron toxicity'. Bila talasemia, bila sel darah merah pecah, dia akan release lepaskan Iron dalam sistem lebih daripada biasa dan kita pun masih makan lagi iron supplements.


Iron toxicity ni boleh bahayakan sistem tubuh, berlebihan sangat boleh menyebabkan kematian. Sebab itu la soalan ini selalu ditanya dan disirenkan.


Tapi kalau nak banding kuantiti Iron dalam vita-lea (200mcg) dengan yang KK bagi (5000mcg/5mg) .. mana banyak lagi? 


Of course KK. So vita-lea okay je sebenarnya tapi ibu hamil tak perlu dah ambil sumber iron/supplement lain la.


Selalunya dalam pregnancy, si ibu mengalami anemia sebab kita ada dua sistem nak support. Sistem peredaran darah mak dan anak. Baby bergantung sistem peredaran mak untuk tampung nutrisi dia, oksigen dia. Sebab tu bahaya anemia semasa hamil. Si anak dalam kandungan boleh tak cukup berat, tak cukup nutrisi, dan sebagainya ketika pregnant.


Jadi, kalau si ibu mahu ambil vita-lea semasa pregnant, tiba-tiba dia cakap dia talasemia, antara persoalan yang perlu kita tahu:



  • Macam mana dapat tahu talasemia?
Oh hari tu baru check doc cakap talasemia tapi pembawa je la. Sebelum ni tak tahu pun.



  • Doc ada bagi supplemen lain tak? contoh IBERET ke, Obimin ke?
Aah ada la hari tu doc suh makan Iberet tapi saya muntah/cirit. So dah stop.


Maka untuk kes-kes di atas tiada masalah untuk si ibu mengambil Set Hamil Shaklee. Tak perlu lagi untuk tambah Iberet sebab Iberet content Iron 500mg, folic Acid 800mcg.


Selain tu, kalau bukan Talasemia, selalunya Anemia ketika hamil ialah sebab kurang Iron (iron deficiency anemia) atau kurang makanan yang tinggi zat besi atau kurang B-Complex. So takde masalah juga jika nak consume Vita-Lea.


Sebagai doktor, kalau dengar patient ambil apa-apa supplements, memang kitorang suruh stop je. Jus ke apa-apa ke, sebab kita tak tahu content dia apa. Sesetengah tu boleh ada steroid yang boleh bahayakan sistem, boleh efek hati/buah pinggang. So ada baiknya hentikan dan ambil apa yang hospital bagi sahaja.


Tapi Shaklee kan ada landmark study, ada kelulusan KKM. Should be no problem pun, melainkan doktor/nurse tu tak kenal Shaklee atau orang yang consume Shaklee tu tidak diguide dengan betul. 


Harap membantu untuk educate setiap ibu-ibu yang ada masalah begini 🚺



Seimbangkan pemakanan berkhasiat seperti makanan hidup (real food) dengan supplemen yang tepat untuk kesihatan kita semua.


Nak mencuba supplemen? Boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.






Jika tak tahu mana satu pilihan vitamin yang perlu diambil, boleh terus hubungi no telefon di bawah.




Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 




afzan6r@gmail.com

1 ulasan:

  1. Macam mn nk contact dr mira yea sb sy juga thalasemia minor..

    BalasPadam