Sabtu, 27 April 2019

Hangatkan Kembali Cinta Yang Hilang

Bila dah masuk fasa pertama perkahwinan (1-5 tahun), memang masing-masing akan terlupa cara nak "maniskan" perhubungan.



Sebab tu dalam rumah tangga wajib ada komunikasi 2 hala. Isteri terutamanya mudah lupa sebab banyak amanah baginya untuk dibuat.



Isteri ni busy dengan tanggungjawab uruskan anak-anak, tambah pendapatan untuk bantu keluarga, hal dalam mengemas, membasuh, memasak lagi...



Suami pula mungkin sibuk dengan kerja tapi lebih beruntung sikit sebab boleh ada lagi kawan-kawan di sekeliling untuk hang out bersama.



Tapi semua ini jangan jadikan alasan untuk pudarkan cinta yang telah diakad di awal perkahwinan.



Alhamdulillah, kali pertama kami betul-betul dating berdua. Sebelum ni hanya merancang tapi tak terlaksana. Maklum la belum ada bibik kan. Namun usaha itu penting.


Mr.H kata on that day kami sweet couple 19
Hahaha ok la. Umur makin muda
walaupun anak dah dua



Mana-mana rumah tangga mesti ada ujian. Tapi bukan untuk kita terus menyerah. Kita perlu belajar bagaimana untuk kemudikannya. Samada untuk kita semarakkan balik api cinta ataupun memilih sebaliknya.



Kami pernah hilang masa mesra bersama. Bagi saya ia sangat perit!!! Tapi demi anak-anak dan insan tersayang, saya bangkit untuk baiki dan bantu sesama kami mengumpul pahala kembali.


Jujur semua ini tak bukan mudah. Ia bermain dengan amanah pada diri sendiri, kepercayaan pada pasangan, dan tahap kita menahan nafsu. Fuh memang tak sangka Allah nak bagi ujian begini pada kami.



Ada babak drama "Nur", ada sikit dari gosip "Bella & Aliff" dan macam-macam lagi (tunggu next entri kita cerita lebih details). Sampai sekarang masih dalam baikpulih.



Okla... 25 April 2019, terpateri kenangan. Berlalu sikit 10% duka bila dapat seharian spend masa dating tengok wayang dan makan semeja di Magnum Ice Cream.



InshaaAllah moga usaha kami ini Allah kira sebagai ibadah untuk perkahwinan yang telah terbina.

Jumaat, 26 April 2019

Hadiah Birthday Bermakna Tahun 2019

Actually tahun ni memang tak harap banyak dengan ulangtahun hari jadi sendiri sebab ada kejadian yang tak diingini dah berlaku dalam famili kami.



Tapi bila Mr.H post status surat terbuka ni... Allahu tak tahu nak kata apa dah. Separuh semangat ni datang kembali.









Sungguh kami tak romantik. Walaupun ada banyak gambar bahagia dalam FB tapi tu bukan indicator sempurna bahagia sesebuah keluarga. Ada banyak je bertengkar.



Tapi gaduh-gaduh pun berkawan mesra balik. Malu kat anak-anak. Kita dok pesan tak baik gaduh-gaduh tapi mak pak sendiri boleh plak nak dok masam muka lari jauh-jauh... Hahaha bagi masa masing-masing muhasabah diri sebenarnya.



Usia makin meningkat ni, kita hargai apa yang ada dengan kita. Hidup tak lama. Kita pun tak tahu siapa pergi dulu. Siapa yang akan jaga siapa nanti.



Adat rumahtangga akan ada banyak dugaan. Samada kita nak insaf dan baiki kesilapan dan terus meninggalkannya atau hanya biarkan sahaja kesalahan tu bermaharaja.



Tepuk dada dan tanya diri sendiri. Bagaimana anak-anak perlukan ibu bapa. Begitu juga suami isteri perlukan setiap pasangannya.



Apa-apa yang terjadi bawalah berbincang. Jangan pernah lari dari masalah dan jangan pernah tak jujur. Sekali hilang kepercayaan, susah dah nak dapat balik. Moga kita semua usaha yang terbaik untuk masjid yang telah terbina.