Jumaat, 26 April 2019

Hadiah Birthday Bermakna Tahun 2019

Actually tahun ni memang tak harap banyak dengan ulangtahun hari jadi sendiri sebab ada kejadian yang tak diingini dah berlaku dalam famili kami.



Tapi bila Mr.H post status surat terbuka ni... Allahu tak tahu nak kata apa dah. Separuh semangat ni datang kembali.









Sungguh kami tak romantik. Walaupun ada banyak gambar bahagia dalam FB tapi tu bukan indicator sempurna bahagia sesebuah keluarga. Ada banyak je bertengkar.



Tapi gaduh-gaduh pun berkawan mesra balik. Malu kat anak-anak. Kita dok pesan tak baik gaduh-gaduh tapi mak pak sendiri boleh plak nak dok masam muka lari jauh-jauh... Hahaha bagi masa masing-masing muhasabah diri sebenarnya.



Usia makin meningkat ni, kita hargai apa yang ada dengan kita. Hidup tak lama. Kita pun tak tahu siapa pergi dulu. Siapa yang akan jaga siapa nanti.



Adat rumahtangga akan ada banyak dugaan. Samada kita nak insaf dan baiki kesilapan dan terus meninggalkannya atau hanya biarkan sahaja kesalahan tu bermaharaja.



Tepuk dada dan tanya diri sendiri. Bagaimana anak-anak perlukan ibu bapa. Begitu juga suami isteri perlukan setiap pasangannya.



Apa-apa yang terjadi bawalah berbincang. Jangan pernah lari dari masalah dan jangan pernah tak jujur. Sekali hilang kepercayaan, susah dah nak dapat balik. Moga kita semua usaha yang terbaik untuk masjid yang telah terbina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan