Selasa, 19 Mei 2020

APAM NASI TEPUNG BERAS: SUKATAN CAWAN UNTUK BEGINNERS

Cubaan buat Apam Nasi Tepung Beras.


Buat bentuk ala-ala tembikai kuning.
Biji hitam tu biji selasih.
 

 

Siap betul-betul 15 minit sebelum berbuka😅 Siapa suruh nak buat lambat lagi kan. Tu pun bertuah ada 2 cilik mama bagi kerjasama duduk dalam bilik tengok kartun Dora The Explore.


Seronok buat apam ni. Pertama kali buat pun dah menjadi.


Ni bahan-bahannya:


 

1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air suam
3/4 gula pasir

 

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu besar yis

 

1/2 sudu kecil garam


 

Cara nak buat:

 

1. Masukkan dalam blender nasi, air & gula.

 

2. Blend sampai nasi halus.

 

3. Dalam mangkuk lain, ayak tepung-tepung. 

 

4. Campurkan yis. Gaul sekata.

 

5. Masukkan hasil blend ke dalam mangkuk tepung. Gaul bagi sebati.

 

6. Last, masukkan garam. Kacau.

 

7. Peram adunan selama 1 jam dalam bekas kedap udara.

 

8. Oleskan minyak dalam acuan.

 

9. Kalau nak buat hiasan, saya guna biji selasih. Tabur dalam acuan.

 

10. Bahagikan adunan. Letak warna. Kacau.

 

11. Masukkan adunan ke dalam acuan.


Pastikan air kukusan menggelegak, baru masukkan kuih untuk dikukus.
 
 


12. Masak selama 15 minit. **balut penutup periuk dengan kain untuk elak air menitis.



Tips nak share kat sini:

1. Masa peram, pastikan bekas kedap udara.


2. Gunakan yis yang masih elok. Selalunya yis yang elok, dia seolah-olah macam ada magnet antara 1 sama lain.


3. Masa untuk peram harus atas dari setengah jam.  


4. Air kukusan kena mendidih baru letak adunan untuk masak.


Itu je kut. InshaaAllah ikut sejibik resipi ni, kompem jadi punya😉 Resipi kami semua guna sukatan cawan Ikea saje. Takde timbang metrik coz penimbang selamat ada kat kampung.

Khamis, 7 Mei 2020

MUDAHNYA BUAT CHEESE CAKE ALA-ALA HOTEL: 3 BAHAN SAHAJA

Happy birthday to me 😄


Lupa plak nak cucuk tag Happy Birthday
😄



Tahun ni rai dengan kek buatan sendiri jela. Musim #MCO #PKP #Covid19. Padan muka sendiri la juga. Siapa suruh merajuk kan hehe.



Tapi alhamdulillah. First time buat dah jadi. Terus Cik Kasih jadikan favourite cake dia hahaha. Sedap sangat. Tambah-tambah bila makan sejuk dari peti.



Nah kita share resipi.


Bahan-bahan yang diperlukan:


250 gram Cheese Cream (1 paket Tatura Cheese)
1/2 tin susu pekat
4 biji telur
Option: Esen Vanila


Ni cream cheese yang kami guna


Cara-caranya:


1. Asingkan putih telur dengan kuning.


2. Dalam mangkuk yang berlainan, masukkan susu dan cheese.


3. Putarkan dengan mixer sehingga cheese & susu sebati.


4. Masukkan pula kuning telur satu per satu. sambung putar lagi sehingga adunan nampak creamy. Ketepikan.


5. Pukul putih telur sehingga bertanduk. Meringue.


6. Menggunakan spatula, masukkan putih telur ke dalam adunan cheese. Kaup balik sehingga semua serasi.


7. Masukkan dalam loyang yang dialas baking paper dioles marjerin. Kami pakai loyang 7 inci. 


8. Bakar suhu 150 selama 30 minit. Kemudian tukar suhu 130 selama 25 minit.


9. Dah siap masak, biarkan dalam oven dengan pintu terbuka selama 15 minit.


10. Tunggu kek sejuk, sedia untuk makan. Simpan dalam peti pun sedap.



Boleh juga lihat di sini.





Selamat mencuba.