Selasa, 5 Februari 2019

Impian Saya Pada Tahun 2019


Ya Allah, serius syok sangat kalau suruh berimpian ni. Cuba korang pejam mata. 3 minit je. Then bayangkan korang tengah pakai baju yang sangat cantik.



Hari ni nak keluar jalan-jalan dengan famili. Nak kereta yang super selesa. Pergi makan di hotel. Kemudian shopping sakan di mall tanpa tunggu ada discount or offer.



Dapat sambung cuti tanpa perlu tulis borang. Shoot terus ke mana pantai, laut yang best. Rehat bersantai dengan famili. Siang pergi snorkeling, malam berbarbeque plak.



Allahu sangat seronok kan. Tengah tulis ni pun rasa macam betul je happen.



Tapi tu la. Kebanyakan impian hanya mimpi. Sedih sangat. Lagi sedih kita dimomokkan orang sediakala kaya (lahir dalam tenpayan emas) saja yang boleh ada impian jadi kenyataan.



Tapi bila afzan terjebak dalam bisnes sendiri, bergaul dengan team The Walking Beauty... Allahu, macam tersedar dari mimpi.



Paling kita terlupa. Kita ada tuhan yang Maha Kaya. Kita sembah setiap hari. Tapi kita tak minta pun apa yang kita hajati. Hanya pendam dan mengharap magic berlaku.



Kenapa nak downgrade taste jika bila bermimpi highclass itu mampu menarik kita lebih dekat padanya?



Thanks TWB. Selalu cerita dan tekankan untuk berimpian besar. Secara tak langsung, hati afzan pun dah mula rasa besar.



Rasa nak cantik2, rasa nak hadiahkan sesuatu (reward) pada diri sendiri, dan rasa layak dan boleh nak belanja orang lain tanpa berkira. Seronok kan. Dah rasa hati ni bebas.



Tahun ni afzan berimpian nak sangat-sangat ada credit card. Eh pelik benar impian afzan hehe.




Afzan kan surirumah. Kerja pun dari rumah. Nak ada CC ni sepatutnya bekerja dengan income at least la 1.5K ke atas dan ada slip gaji bulanan.



Surirumah, kerja sendiri, haaa boleh ke ada peluang tu? Jadinya tengah mencabar diri la ni. So watch out. 2019, alhamdulillah afzan ada credit card.



Impian kedua afzan adalah nak hadiahkan mak abah vivix (master of supplements). Syukur sangat!! Allah bantu sebab memang dari tahun lepas pendam hasrat ni dan Februari 2019 dah tertunai.



Dan afzan pastikan once stok vivix mak abah habis, afzan boleh supply. Afzan nak mak abah sentiasa sihat. Afzan nak doa mak abah. Apa-apa kejayaan afzan hari ni semua disebabkan doa mak abah. Impian mak abah juga adalah impian afzan.



Tahun ni juga afzan nak breakthrough bawa famili kecik afzan #hafizteam pergi jalan ke negara orang. Puas dah main dalam semenanjung je kan.



Selama ni asyik bagi alasan je bab masa, bab anak-anak masih kecik. But now, no no no. More excuses stopping u from living u from best life.



Bila ada impian besar, diri sendiri sebenarnya belajar untuk tak mudah putus asa. Hari2 rasa bersemangat. Jiwa makin berani. 






We have to DREAM BIG
Aim for THE BEST



Nikmat Allah itu Maha Luas. InshaaAllah selagi kita usaha, Allah itu Maha Adil. Pasti ada bahagian kita. Banyak lagi ni impian belum tertunai. Alhamdulillah, jumpa jalan dengan TWB😊



Jom tulis semua impian kita atas kertas. Dan PERCAYA impian kita ini jadi kenyataan. Bukan lagi tinggal angan-angan.


Doakan afzan dapat capai semua dalam VB 2019
Aamiinn




Afzan Noor
Owner of ATB Spa
Beautician, Leader & Trainer
The Walking Beauty
SID 1223117
afzan6r@gmail.com

Jumaat, 1 Februari 2019

Ya Allah Bestnya Bulan Februari 2019 Ni...




Rasa macam baru je semalam tahun baru 2019. Hari ni dah masuk dah bulan kedua, Februari. Laju masa ni cantas kita kan.



Tapi makin best plak promosi kali ni dari Shaklee tau. Sebelum ni, Shaklee lancarkan projek #JomShaklee dengan offer 3 starter pack iaitu



Vivix Twin Pack



Youth Starter Set



Wellness Set


Best sangat ni korang. Harga terlajak jimat. Already member pun tak dapat harga ni wokeh. Bulan ni last untuk grab.



Tapi yang dah member tak perlu kecewa. Shaklee ni baik hati. Ada juga offer best. Tersangat best!! Iaitu Healthy Prosperity Packet.



Twin Pack Vivix
dan dapat 1 lagi any product



Syok ke syok. Beli twin pack vivix, korang dapat extra any product shaklee bila korang tarik angpao kat pokok yang ada di branch atau home office.



Tapi kalau bila online, shaklee akan pick secara randomly any product. Bayangkan, beli twin pack vivix, dapat extra 1 lagi vivix. Ouch, tidur peluk vivix ler afzan nanti hehe.


Master Ameer antara bertuah pick angpao
dapat vivix




Ni SID pick angpao di Branch Ipoh



Cukup teruja sangat dengan offer yang shaklee bagi Februari ni.



Eh belum habis lagi. Ada lagi special thing yang belum afzan beritahu. Haaa apa dia?



Tunggu next entri.
Atau korang tengah cari something new untuk 2019 ni.  Boleh baca sikit perkongsian dari afzan pasal Cara Bebas Hutang






Salam Cantik & Mesra

afzan noor
Owner & Pengusaha ATB Spa


afzan6r@gmail.com








WHY I LOVE TWB FAMILY



Assalamualaikum..
Hai semua. Hari ni sesi luah perasaan. Lama tak chit chat pasal TWB a.k.a The Walking Beauty kan.



Bagi yang belum tahu, afzan adalah salah seorang member of Alumni TWB. Afzan daftar as a member pada 19 Januari 2016. 1 hari sebelum lahirkan baby kedua afzan.



Alhamdulillah, dah nak masuk tahun ke-3 dah afzan bersama Alumni TWB. Banyak sangat benda yang afzan dapat.



Afzan bermula dengan zero. Tak tahu langsung teknik-teknik spa ni tapi minat tu ada. Sebab afzan memang spa lover.



Cuma lepas ada anak, rutin ke spa tu dah tak dapat walaupun Mr.H selalu je suruh pergi manjakan diri. Yela, dia tahu zaman bujang afzan dulu, setiap bulan memang akan ke spa untuk facial treatment.



Bukan pasal nak cantik sangat pun. Tapi muka afzan pada masa tu ada masalah jerawat dan muka berminyak. Memang perlukan treatment.


Sila zoom untuk lihat jelas parut
jerawat di pipi



Syukur sangat bila terjebak dengan TWB, afzan boleh buat treatment pada diri sendiri di samping jadikan sebagai part time. 



Oh ya, nawaitu afzan join TWB adalah untuk ada bisnes spa atas nama sendiri dengan modal yang minima. Korang boleh baca lebih lanjut di sini.



So afzan dah ada skills rawatan kecantikan spa. Selain dapat bantu wanita-wanita yang ada masalah macam afzan (susah nak ke spa, ada masalah kulit muka), boleh juga afzan ada duit poket bulanan.



Haaa ni salah satu sebab kenapa afzan sayang TWB.


Selain tu, tadi kan afzan ada beritahu pasal keadaan muka afzan sebelum ni. Tak sampai 1 tahun bersama TWB, kulit muka afzan dah bersih dari jerawat dan muka berminyak pun dah kurang (boleh refer gambar di atas).


Ni muka terkini afzan


Parut jerawat zaman bujang pun makin pudar. Siapa tak seronok. Join TWB untuk generate income, alih2 dalam masa yang sama dapat juga diri sendiri makin cantik.


Semua ni sebab TWB juga ajar rawatan kecantikan dalaman.  Alumni TWB diajar untuk faham setiap nutrisi bagi handle masalah-masalah pada badan.



Best kan.
Makan-telan-minum je dah cantik. Eh boleh buat tagline plak. Macam mana tak makin sayang dengan TWB.



Customer afzan jauh di mata pun afzan boleh juga bantu mereka untuk sihat dan cantik dengan ilmu nutrisi ni.



Ilmu nutrisi yang dapat ni bukan la dalam 1 hari berkursus. Kami ada group online yang sangat supportive. Boleh kata setiap hari ada saja ilmu baru yang dikongsi.



Sebab tu dari zero, boleh jadi serba-serbi tahu. Dari pengalaman orang lain, kita sama-sama belajar dan buat penambahbaikan. Siap boleh praktikal pada diri sendiri.



Macam student kolej dah kan. Cuma bezanya alumni TWB sentiasa upgrade.



Kalau dulu, afzan hanya beautician. Hubungan antara afzan dengan klien. Tapi sekarang afzan dah upgrade jadi leader & trainer. 1 level up.


Habis mengajar Pn. Siti, peserta dari Kedah
yang sekarang aktif dengan mobile spa beliau


TWB ada career development. Career growth. Ilmu-ilmu yang afzan ada, afzan dapat kongsi dengan peserta baru yang lain. 



Happy sangat bila ilmu yang diajar dapat bantu mereka perbaiki kehidupan. Siapa sangka, bekerja dari rumah boleh jadi seseorang yang bermanfaat pada mereka yang lain.



Kita kena bersyukur dengan sekecil-kecil perkara yang ada sekeliling kita.



Ini antara ayat yang afzan dapat dari mentor. Buat bisnes sendiri tak sama dengan makan gaji. Kena ada sumber kekuatan.



Ada mentor, ada guidance, semua ni bonus dalam TWB. Banyak lagi sebab kenapa afzan sayang sangat TWB family. TWB is beyond Home Spa, beyond Mobile Spa. It's beyond business.



Nak jadi sebahagian dari TWB family? Afzan alu-alukan. Banyak manfaat lain lagi yang korang boleh dapat jika benar-benar serius untuk berbisnes.



Boleh baca lebih lanjut dalam entri
Hebatnya Facial Bersama Team Spa TWB
Bisnes Mobile Spa TWB
Cara Bebas Hutang Dengan Bisnes Spa TWB




Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of ATB Spa



afzan6r@gmail.com