Jumaat, 1 Februari 2019

WHY I LOVE TWB FAMILY



Assalamualaikum..
Hai semua. Hari ni sesi luah perasaan. Lama tak chit chat pasal TWB a.k.a The Walking Beauty kan.



Bagi yang belum tahu, afzan adalah salah seorang member of Alumni TWB. Afzan daftar as a member pada 19 Januari 2016. 1 hari sebelum lahirkan baby kedua afzan.



Alhamdulillah, dah nak masuk tahun ke-3 dah afzan bersama Alumni TWB. Banyak sangat benda yang afzan dapat.



Afzan bermula dengan zero. Tak tahu langsung teknik-teknik spa ni tapi minat tu ada. Sebab afzan memang spa lover.



Cuma lepas ada anak, rutin ke spa tu dah tak dapat walaupun Mr.H selalu je suruh pergi manjakan diri. Yela, dia tahu zaman bujang afzan dulu, setiap bulan memang akan ke spa untuk facial treatment.



Bukan pasal nak cantik sangat pun. Tapi muka afzan pada masa tu ada masalah jerawat dan muka berminyak. Memang perlukan treatment.


Sila zoom untuk lihat jelas parut
jerawat di pipi



Syukur sangat bila terjebak dengan TWB, afzan boleh buat treatment pada diri sendiri di samping jadikan sebagai part time. 



Oh ya, nawaitu afzan join TWB adalah untuk ada bisnes spa atas nama sendiri dengan modal yang minima. Korang boleh baca lebih lanjut di sini.



So afzan dah ada skills rawatan kecantikan spa. Selain dapat bantu wanita-wanita yang ada masalah macam afzan (susah nak ke spa, ada masalah kulit muka), boleh juga afzan ada duit poket bulanan.



Haaa ni salah satu sebab kenapa afzan sayang TWB.


Selain tu, tadi kan afzan ada beritahu pasal keadaan muka afzan sebelum ni. Tak sampai 1 tahun bersama TWB, kulit muka afzan dah bersih dari jerawat dan muka berminyak pun dah kurang (boleh refer gambar di atas).


Ni muka terkini afzan


Parut jerawat zaman bujang pun makin pudar. Siapa tak seronok. Join TWB untuk generate income, alih2 dalam masa yang sama dapat juga diri sendiri makin cantik.


Semua ni sebab TWB juga ajar rawatan kecantikan dalaman.  Alumni TWB diajar untuk faham setiap nutrisi bagi handle masalah-masalah pada badan.



Best kan.
Makan-telan-minum je dah cantik. Eh boleh buat tagline plak. Macam mana tak makin sayang dengan TWB.



Customer afzan jauh di mata pun afzan boleh juga bantu mereka untuk sihat dan cantik dengan ilmu nutrisi ni.



Ilmu nutrisi yang dapat ni bukan la dalam 1 hari berkursus. Kami ada group online yang sangat supportive. Boleh kata setiap hari ada saja ilmu baru yang dikongsi.



Sebab tu dari zero, boleh jadi serba-serbi tahu. Dari pengalaman orang lain, kita sama-sama belajar dan buat penambahbaikan. Siap boleh praktikal pada diri sendiri.



Macam student kolej dah kan. Cuma bezanya alumni TWB sentiasa upgrade.



Kalau dulu, afzan hanya beautician. Hubungan antara afzan dengan klien. Tapi sekarang afzan dah upgrade jadi leader & trainer. 1 level up.


Habis mengajar Pn. Siti, peserta dari Kedah
yang sekarang aktif dengan mobile spa beliau


TWB ada career development. Career growth. Ilmu-ilmu yang afzan ada, afzan dapat kongsi dengan peserta baru yang lain. 



Happy sangat bila ilmu yang diajar dapat bantu mereka perbaiki kehidupan. Siapa sangka, bekerja dari rumah boleh jadi seseorang yang bermanfaat pada mereka yang lain.



Kita kena bersyukur dengan sekecil-kecil perkara yang ada sekeliling kita.



Ini antara ayat yang afzan dapat dari mentor. Buat bisnes sendiri tak sama dengan makan gaji. Kena ada sumber kekuatan.



Ada mentor, ada guidance, semua ni bonus dalam TWB. Banyak lagi sebab kenapa afzan sayang sangat TWB family. TWB is beyond Home Spa, beyond Mobile Spa. It's beyond business.



Nak jadi sebahagian dari TWB family? Afzan alu-alukan. Banyak manfaat lain lagi yang korang boleh dapat jika benar-benar serius untuk berbisnes.



Boleh baca lebih lanjut dalam entri
Hebatnya Facial Bersama Team Spa TWB
Bisnes Mobile Spa TWB
Cara Bebas Hutang Dengan Bisnes Spa TWB




Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of ATB Spa



afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan