Jumaat, 4 Jun 2021

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT ALA KEDAI TOMYAM

satu kenikmatan bila kita siap masak, semua berebut nak cuba. pakej licing plak tu. best kan.



bersalut tu yang buat ramai terkam



selama ni asal pergi kedai tomyam je mesti minta menu ni. tapi memandangkan MCO kan, kita buat dia kat rumah jer. jamin lepas rindu korang nak makan kat luar hehe.


Bahan-bahannya :


1 mangkuk ayam (bahagian dada)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari
garam

**gaul bahan-bahan tersebut & perap seketika

carrot (potong panjang)
kacang panjang (kami guna kacang buncis)
bawang holland
daun limau purut
hirisan cili merah

CARANYA :

1. panaskan minyak penuh kuali.

2. masukkan ayam yang dah perap tadi. kacau dengan senduk untuk elak dia berketul. masukkan juga daun limau purut.

3. bila dah garing sedikit, masukkan sayur-sayur & bawang.

4. kacau sehingga bawang layu.

5. masukkan hirisan cili. godek-godek sikit. dah boleh angkat. tos dulu tau baru tutup api untuk elak ayam tu serap minyak banyak.

ready untuk dimakan.
serius kena jaga portion. takut berulang makan nanti.



TIP LAIN :
1. daun limau purut tu potong dulu tengah dia. ni nak elak dari terasa pahit.


2. kena pastikan minyak banyak & kuali betul-betul panas. baru ayam masak cantik.




SELAMAT MENCUBA. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan