Rabu, 21 September 2016

perlu ke susu tepung bila susu badan tak cukup ni?...

ramai ni marah dengan afzan coz tajuk "kacau emosi" sangat... 

waktu awal afzan preggy cik kasih, afzan selalu berdoa moga dapat susukan baby sampai 2 tahun.

sebelum ni afzan takde pun kesedaran ni sampai la afzan dapat serumah dengan housemate yang pjj (perkahwinan jarak jauh) & ada baby. 

afzan tengok usaha housemate afzan ni, macam mana dia ikhtiar nak banyakkan susu, ikhtiar pam waktu awal pagi, ikhtiar urut susu sebab putingnya dah melecet... subhanallah sangat kagum.


siapa pakai ilaria... kita geng hehe. sep


waktu ni la afzan search sambil sembang2 dgn orang yg berpengalaman kenapa zaman sekarang KKM, mama mommies sgt tekankan nak susukan baby walaupun ada je option susu formula.

tapi kesian juga pada kawan2 afzan yg semangat putus tengah jalan sebab kata diorang, "SUSU TAK CUKUP".

afzan ada tanya pada mak afzan... mak kata sebenarnya pemakanan tu yang menyebabkan susu tak banyak. macam zaman mak afzan dulu2, memang takde pakcik google. harap dengar cakap orang, mak2 bidan je la. tau2 susu makin takde bila anak naik umur 4 bulan & ke atas.

kesian kan.

sebenarnya kat baby tu yang lagi kesian. sebab apa?

haaa ini akan terjadi bila kita “campur” susu anak kita:


1. Baby diberi air masak atau susu formula dalam botol. 
Permulaannya, mama mula bancuh susu formula dalam botol sebab kesibukan atau “malas” atau merasakan dirinya kurang susu. Dan baby diberi air masak (utk bayi kurang 6 bulan)- yang mana akan mengenyangkan baby – so baby refuse susu mamanya kerana perutnya “full”.

2. Flow susu dalam botol lebih cepat. 
Yup, selepas tu baby pun minum dalam botol. Dapat hisap dengan mudah. Sangat la baby suka sebab tak perlu susah2 nak suck. Lagipun penyediaan susu formula memudahkan bayi yang sedang menangis kelaparan. Baby hanya sedut, terus keluar susu yang banyak. Baby pun cepat kenyang. Mama pun senang. Kalau hisap puting mama, baby kena hisap/stimulate dulu, ambil masa utk susu keluar. so baby memang akan nak minum susu dalam botol la than susu mamanya.

3. Baby kenyang, brpp! 
Yeaaa baby dah sedawa. So baby dah dapat feel, malas nak hisap puting mama kerana minum susu formula dalam susu botol lagi senang, cepat je tidur. Yela baby dah kenyang sangat.

4. Susu ibu kering- kurang dihasilkan kerana baby kurang menyusu. 
Ya, definitely this will happen! Bila baby kurang hisap, kuranglah stimulasi pada puting breast ibu. Kuranglah jua hormon prolaktin dihasilkan. Maka kuranglah jua susu ibu yang keluar. Masa ini ibu pun kelam kabut mencari suplimen menambah air susu.? Ok, then what happen?

5. Baby nangis dan uwaaa... uwaa! 
Huh.. Baby sudah lapar!

6. Mama panik tak terkata. “Kejap ye sayang, baby lapar ye, kejap ye, mama buat susu” 
Masa ini ibu dah tak tau nak buat apa. Panik tak usah cerita! Nak beri susu badan/breastmilk, susu dah kurang. Confirm anak lagi mengamuk menangis sampai biru2 muka. Dia mahukan susu yang “mengenyangkannya” tadi. Yang tak perlu dia usaha keras. Yang cepat buatkan dia tidur. 
Suami a.k.a papa pula “Cepat la sayang bancuh susu tepung.. Sian anak kita lapar tu”... So mama pun segera buat sesuatu because she loves her baby kan. Apa dia buat?

7. Baby diberi air masak atau susu formula dalam botol lagi. 
Ya, akhirnya ini juga yang kembali terjadi! Baby akan senyap dan tidur dan seolah-olah cakap “Thank U mama. I am full”.


Maka proses ini akan berulang. Once baby dah selesa dengan “puting” favourite yang mengenyangkannya, ya, dia mahukan lagi. Saat ni la mama2 stress, sedih, breast engorge, terganggu dan macam2 lagi. 

Di sini lah kesabaran mama diperlukan utk “relactation” semula. untuk mengatur jadual baru, memujuk anak, belajar macam2 tentang penyusuan susu ibu (bagi yang sangat2 ingin menyusukan anak secara eksklusif). Jangan ambil mudah mama! 

Mungkin ada yg kata begini “Satu hari 2 kali je dia minum FM (formula milk), yang lain semua breastfeed”. Ya, pada awalnya begitu. Namun lama kelamaan 2 kali akan bertambah jadi 4 kali. Dan cycle ini akan memulakan peranan. 

Sayangnya wahai mama, kita diberi susu yang cukup oleh Pencipta kita selepas melahirkan baby. Cuma itulah, ilmu yang kurang tentang “kolostrum”, tentang keperluan susu bayi di awal kelahiran yang membataskannya. 

Untuk baby baru lahir, tidak perlu susu ber oz oz . Hanya 1/2 sudu besar sahaja. Kolostrum yang diberi pada bayi walaupun “merisaukan” hati ibu tentang “cukup ke susu baby” ni?, Namun sangat cukup untuk buat mereka kenyang dan tidur. 


anak saya sekali minum 3 oz je masa umur 2 bulan


Tapi kenapa masih menangis? 

Baby baru lahir perlu masa utk adapt dengan environment “dunia baru” mereka. Perut mereka masih kecil dan sistem penghadaman masih belum matang.

So jangan cepat panik dan give up to formula milk di awal kelahiran bayi ye, mama2!


Pada sesiapa yang sedang mengalami situasi begini, jangan risau. Masih ada masa, masih belum terlambat. Masih ada ruang untuk anda jadi ibu menyusu secara eksklusif kepada si manja anda. 

Percayalah! Sedikit ilmu, kesabaran dan tawakkal, dan sokongan, anda boleh!


sumber: Facebook

Isnin, 19 September 2016

badan sihat kalau alami Healing Crisis??!

Cukup takut orang sekarang kalau nak ambil makanan tambahan aka suplimen ni sebab risau kena Healing Crisis.

Tapi kalau bab makan fastfood, kfc, pizza, merokok... eh tak takut plak dia walaupun dah tau banyak keburukan.

Sebenarnya healing crisis @ krisis penyembuhan ni 1 petanda baik untuk badan kita tau. Bila anda ambil makanan tambahan semulajadi, yang mudah terurai, menjadi makanan zat pada sel-sel badan kita maka sistem dalam badan akan bertindak balas.




So ni bermaksud badan anda masih berfungsi dengan baik. Boleh respon pada tindak balas biologi.

Jom kita lihat secara menyeluruh bab Healing Crisis ni.


Apakah itu Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. 

Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.


Mengapa Terjadi Healing Crisis Setelah Mengambil Supplement?




Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. 

Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. 

Pada permulaannya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkan, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.


Adakah Healing Crisis Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan!! 

Why?!!

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. 

Walau bagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.


Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Healing Crisis?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. 

Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan mempunyai lebih toksik, maka ia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.


boleh rujuk simptom yang berkenaan



Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Healing Crisis Akan Berlangsung?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. 

Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.


Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) 

Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui healing crisis yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik


Bagaimanakah Melalui Healing Crisis?

Pada waktu jangka masa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. 

Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. 

In shaa Allah.


>> Jadi, apabila anda mengambil Shaklee, yakinlah bahawa produk-produk Shaklee sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN, sentiasa MESRA ALAM & HALAL <<

credit: Master Ainul



salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-469 1320

afzan6r@gmail.com

Jumaat, 16 September 2016

ekzema baby... penyakit yang boleh diubati

dalam entri sebelum ini, mama ada terangkan serba sikit pasal ekzema kan. 

siapa yang tertinggal boleh follow link di sini.

ceritanya, baby mama yang kedua babyD start kena ekzema selepas mama habis pantang besar. alaaa pantang 44 hari tu. tapi time tu still jaga makan cuma dah gerak aktif walaupun hakikatnya perut kena toreh ya.


semua parents harapkan baby yang dilahirkan sihat


just for our info, bila baby dilahirkan secara cser ni kurang imunisasi semulajadi dari pintu rahim (kawasan bawah perempuan). haaa tu sebab la ramai kata untung baby yang dilahirkan normal.

tapi bagi yang tak berjaya nak bersalin normal tu, jangan la pula kita rasa kita ni abnormal. in shaa Allah baby kita still boleh kuat sistem imun dia bilamana kita, si ibu ni dah niat nak menyusukan baby. kan itu faedah jangkamasa panjang.

ok back to topik asal kita, cara mama rawat ekzema babyD adalah dengan cara DETOKS ALERGI.

macam mana tu?



mama tukar semua basic makanan ruji.
  • tukar beras
  • tukar gula
  • tukar garam


kemudian mama tinggalkan makanan favourite mama huhu. part ni sedih.
BIG NO TO:
  • kekacang
  • ayam
  • telur
  • ikan bilis
  • belacan
  • seafood
  • kentang
  • daging merah
  • eh banyak lagi tau kalau nak list ni...


kalau tengok list kat atas... agak2 korang la, mama ni makan apa ya hehe.

bila jadi mak ni, anak sakit dia sanggup buat apa sahaja. alhamdulillah, mama punya suami yang sangat memahami time diuji dengan "hikmah" hebat ni.



siap kena bedung lagi walaupun dah lepas pantang kan


mula2 mama hanya makan nasi & sayur sahaja tapi kesian sangat tengok babyD. nampak badan dia kurang sasa berbanding kakak dia dulu, Cik Kasih.


babyD vs Cik Kasih


so mama rujuk pada orang yang dah ada pengalaman anak ekzema & penyakit auto-immune. so dapat la list sumber protein yang tak akan semarakkan lagi sel-sel ekzema tu.

untuk sistem imun badan babyD, mama kena perbanyakkan vitamin C dalam menu. so tiap-tiap minggu Mr. H akan beli buah macam epal, kiwi, pisang TAPI... sayangnya mama ni kadang-kadang terlupa. so buah-buahan tu "tersimpan" sampai busuk. 

dah la buah peram kan, banyak mana sangat vitamin yang ada dalam 1 biji yang kita makan. so sambil rawat luka dalam, bahagian perut yang kena toreh tu mama amalkan juga tablet vitamin C.


bukan sekadar untuk ubati luka luar & dalam


nampak tak, selain rawat mama boleh juga vitamin ni tingkatkan imun sistem babyD. kan dah multitask kat situ hehe. bukan sengaja nak up, tapi ini lah kebenaran (ikut intonasi cikgu papazola ya).

berkenaan kulit, mama berubat guna gel bidara, bedak sejuk & essen aqua yang mama dapat dari 1 group ni. semua ni bebas bahan kimia bahaya. semua natural. kan mama dah state sebelum ni; "FOLLOW THE LAWS OF NATURE, AND U WILL NEVER GO WRONG".

tiap-tiap 2 jam mama sapu je kat tempat ekzema tu. 

dan mama juga amalkan minum ESP sebab protein sumber dari tumbuhan ni bagus untuk pertumbuhan sel-sel baru.


surrender babyD mama tonyoh ubat


ingat ya, penyakit kulit termasuklah jerawat ni tak sepatutnya sembuh dalam 2-3 hari sahaja. bagi masa sekurang2nya 3-4 minggu untuk tengok hasil kulit, sel-sel ekzema ni gugur & hilang, lenyap dari kulit pesakit.

tambah lagi macam kami yang dah merawat babyD dengan pelbagai treatment. lagi la ambil masa sebab sel-sel tu dah tertekan ke dalam.

penting untuk mama tahu keadaan semasa baby & cara rawatan yang telah anda berikan supaya mudah untuk mama bantu & terangkan cara rawatan yang sesuai.

please... elakkan rawat baby ekzema dengan penggunaan steroid / drug / chemical ya sebab tu akan merangsang lagi ekzema pesakit.

mula la rawat diri kita dengan sumber semulajadi. keliling kita ada penawar cuma kita je perlu usaha untuk cari & dapatkan.


Nak mencuba supplemen, produk seperti afzan merawat babyD? Boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.






salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA


afzan6r@gmail.com

Khamis, 15 September 2016

ketahui punca buasir & cara rawatan terbaik

Korang pernah dengar tak pasal buasir?




Sori ya, gambar menakutkan tapi ni la hakikat penyakit buasir. 

Sebenarnya penyakit ni sangat common tapi kita yang selalu ambil sambil lewa sebab tak rasa ada kaitan dengan kita. Padahal penyakit ni boleh serang sesiapa sahaja jika kita tak jaga pemakanan & gaya hidup kita.

Hemoroid atau buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Bagi ibu yang lepas bersalin pula, kadang-kadang bengkak terlalu besar & sakit sangat selepas bersalin. Urat darah dalam dubur dah bengkak dan terunjur keluar. Orang panggil Rembung. Boleh jadi sedikit pendarahan juga.



Macam mana buasir ni boleh terjadi ya pada badan kita?
  • sentiasa duduk dalam jangka masa lama (pekerja teksi, lori, orang yang bermotosikal jarak jauh...)
  • meneran (ketika sembelit @ najis keras)
  • batuk yang teruk sampai terteran2
  • duduk mencangkung terlalu lama (terutama ketika di toilet)
  • bersalin
  • mengangkat berat
  • pengamal seks melalui dubur (heteroseksual dan homoseksual)


lagi berisiko tinggi kalau:

  • selalu mengalami batuk teruk & berpanjangan
  • mengandung
  • ada sejarah dalam famili yang mengalami buasir (faktor keturunan hanya menjadikan seseorang itu lebih berpotensi berbanding orang lain tetapi tidak bermakna mereka pasti akan menghidap buasir)
  • selalu meneran ketika membuang air besar. ni sangat2 selalu jadi penyebab utama

sebab tu, afzan selalu pesan air kena cukup 2-3 liter sehari. bukan sebab kita amalkan makanan tambahan je tapi ni petua untuk sihat dalaman & juga luaran.

petua lain yang afzan boleh bagi untuk kita CEGAH dari terkena:
  • sebelum mengangkat beban yang berat, pastikan kita tarik nafas & menggeliat badan ke belakang dahulu. kemudian betulkan postur ketika angkat beban. lepaskan nafas perlahan, jangan tahan ketika angkat beban
  • kalau kita jenis yang selalu duduk @ kerja yang tak banyak menggerakkan badan kita (hanya tertumpu dengan duduk), bangun dan berjalan la dalam 5 minit setiap jam untuk hilang kan tekanan langsung dari rektum
  • jika alami batuk teruk, cirit-birit @ sembelit berpanjangan, segera berjumpa doktor sebab buasir senang terjadi jika simptom2 ini dibiarkan
  • hindarkan diri "melepak" dalam toilet terlalu lama (main fon, atau membaca)
  • pastikan najis kita lembut setiap kali membuang (banyakkan minum air & amalkan pemakanan kaya serat)

tapi kalau dah terkena buasir bagaimana ya?

Buasir ni ada 2 jenis;
  • Buasir Dalaman
  • Buasir Luaran




Tanda yang paling ketara seseorang itu terkena buasir dalaman ialah berlakunya pendarahan di bahagian anus sewaktu membuang air besar.

Tapi pendarahan rektal boleh berlaku atas sebab lain. Tu sebab pesakit dinasihatkan juga berjumpa dengan doktor untuk memastikan ia tidak berpunca daripada sebarang penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

Jika pada peringkat awal buasir, perubahan yang ketara bila membuang air besar atau jika najis bewarna hitam, merah pekat atau seakan tar, silalah berjumpa dengan doktor pakar dengan segera.

Warna najis yang sedemikian menunjukkan pendarahan dah berlaku di bahagian lain dalam salur pencernaan kita.

Doktor juga boleh menentukan jika kita hanya mengalami buasir luaran dengan melihat bahagian buasir itu. Kiranya boleh diperiksa bawah kolon & rektum dengan anaskop, protoskop atau sigmoidoskop.

Rata-rata kawan afzan yang terkena masalah ini last solution ada OPERATE.

Sanggup ke? Sekali kita dah usik dalaman badan kita, nak rasa selesa macam dulu kurang dah nikmat tau.

So antara ikhtiar yang afzan boleh cadangkan, amalkan Set Buasir Shaklee.




OSTEMATRIX
- membantu mengurangkan sembelit & melancarkan pembuangan air besar. Maka dapat memberi keselesaan jika mengalami luka di bahagian dubur kerana ia berfungsi dalam melembutkan najis. OsteMatrix ni banyak membantu wanita hamil dan lepas bersalin yang mengalami sembelit.

OMEGA GUARD
- baik untuk sendi & otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat tekanan otot dubur ke atas bengkak tu. So pembuangan air besar akan jadi makin perit & pedih. jadi Omega Guard akan membantu mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

ALFALFA
- membantu mengurangkan masalah sembelit & mengandungi serat yang tinggi so ia sangat menjaga kesihatan usus di samping mengurangkan tekanan pada rektum.


ZINC COMPLEX
- bagi pesakit buasir tahap tinggi yang mana najis keluar bersama darah & pembuangan air besar yang sangat sakit, pedih & sukar, Zinc Complex akan membantu mempercepatkan proses sembuh luka di bahagian dubur.

sambil2 merawat dari dalam, bagi yang muslim boleh amalkan doa ini ya.






salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782

afzan6r@gmail.com

Jumaat, 9 September 2016

detoks & kecergasan; jenis-jenis detoks

apa dia detoks?

detoks atau detox ataupun senang cakap & cerita ialah pembuangan toksin daripada badan. ianya sangat berkait rapat dengan sistem pencernaan & hati manusia.




kebanyakan kita menganggap detoks ni melibatkan bahagian pencernaan je tapi sebenarnya... organ HATI juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin dari tubuh badan manusia iaitu menerusi pembuangan air kencing.




toksin dalam badan hampir berada di kesemua organ dalam tubuh. antaranya disebabkan oleh:
  • sisa makanan yang tak dicerna sepenuhnya
  • pemakanan ubat-ubatan kimia
  • penggunaan produk-produk tinggi kandungan bahan kimia (bahan pencuci & pewangi)
  • merokok
  • pengambilan minuman keras
  • pemakanan yang tidak seimbang

bila semua ni berada dalam tubuh manusia untuk suatu jangka masa, maka terjadilah toksin dalam badan akibat tidak dikeluarkan secara semulajadi.

maka badan pun akan menunjukkan simptom2 badan bertoksik. pelbagai masalah penyakit pada badan akan muncul. masalah ni hanya dapat diselesaikan dengan cara DETOKS. mesti amalkan detoks supaya sel-sel dalam badan bersih kembali & sihat. barulah nutrien2 dapat diserap dengan lebih baik.

dan di sini saya akan kongsikan 3 tips/jenis untuk detoks kan badan bertoksik ini.

1. DETOKS NUTRISI - kaedah detoks kan badan kita melalui nutrisi yang diambil melalui suplimen vitamin & mineral.  hal ini untuk kekalkan kesihatan organ detoks kita.

2. DETOKS PEMAKANAN - gantikan pemakanan yang tidak sihat dengan makanan sihat seperti contohnya yang rendah kalori, tinggi serat. so dengan mengamalkan diet yang berkhasiat dapat mengurangkan masalah keradangan.

3. DETOKS GAYAHIDUP - menggabungkan gayahidup yang aktif sebagai contoh bersenam, berhenti merokok & kurangkan juga dengan terdedah kepada masalah pencemaran.



DETOKS NUTRISI

kesihatan kita bermula dengan sistem pencernaan. dalam shaklee, produk yang bantu untuk kekalkan kesihatan organ detos DTX, ALFALFA, HERBLAX & PEPPERMINT GINGER.




keempat ni sangat penting untuk membekalkan nutrien pada sistem pencernaan kita. tahu tak sistem pencernaan yang perlu kita jaga adalah sepanjang 9 meter?

fungsi sistem pencernaan yang perlu kita jaga adalah penyerapan nutrisi yang baik, cernakan setiap makanan yang kita ambil & tukarkan setiap sisa-sisa buangan makanan ke bentuk najis.


DETOKS PEMAKANAN

kebanyakan kita memulakan hari dengan sarapan yang kurang sihat, tinggi kalori seperti contoh:

  • roti canai
  • nasi lemak
  • mee goreng

so from now kita mulakan hari kita dengan sesuatu yang berkhasiat seperti ESP & VIVIX.

kenapa ESP?




- 1 hidangan boleh membekalkan 14g protein yang diperlukan oleh badan
- lengkap dengan 9 asid amino
- rendah kalori : 105Kcal
- dapat menjaga kesihatan kulit, rambut & kuku
- paling penting, tanpa laktos & kolestrol

perfect deal untuk sarapan yang berkhasiat!!

bagaimana pula dengan VIVIX?

- kombinasi bahan2 dalam vivix dalam mengaktifkan Nrf2 (sejenis protein dalam badan)
- so sel2 badan akan jadi lebih kuat & dapat hasilkan enzim untuk bantu detoks secara semulajadi
- sistem imun juga akan seimbang (yang lemah akan ditingkatkan, yang terlampau aktif akan distabilkan)


DETOKS GAYAHIDUP

meminimumkan persekitaran yang bertoksik dengan menukar bahan2 pencuci tinggi kimia yang ada di rumah dengan bahan2 pencuci mesra semulajadi.

sepatutnya dalam rumah kita la 1 tempat yang paling selamat, paling bersih & kurang pencemaran.

dalam shaklee kita ada set GET CLEAN yang terdiri daripada pencuci rumah, dapur & pakaian.

hijau - rumah; orange - dapur; biru - pakaian


so bila dah detoks keseluruhan, kuranglah toksin & kita perlulah meminimumkan kemasukan toksik lagi dalam badan. 

barulah badan kita akan kembali sihat & cergas.

nak dapatkan semua produk2 yang dah disebut tadi? afzan boleh bantu.




salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782

afzan6r@gmail.com