Isnin, 19 September 2016

badan sihat kalau alami Healing Crisis??!

Cukup takut orang sekarang kalau nak ambil makanan tambahan aka suplimen ni sebab risau kena Healing Crisis.

Tapi kalau bab makan fastfood, kfc, pizza, merokok... eh tak takut plak dia walaupun dah tau banyak keburukan.

Sebenarnya healing crisis @ krisis penyembuhan ni 1 petanda baik untuk badan kita tau. Bila anda ambil makanan tambahan semulajadi, yang mudah terurai, menjadi makanan zat pada sel-sel badan kita maka sistem dalam badan akan bertindak balas.




So ni bermaksud badan anda masih berfungsi dengan baik. Boleh respon pada tindak balas biologi.

Jom kita lihat secara menyeluruh bab Healing Crisis ni.


Apakah itu Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. 

Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.


Mengapa Terjadi Healing Crisis Setelah Mengambil Supplement?




Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. 

Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. 

Pada permulaannya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkan, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.


Adakah Healing Crisis Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan!! 

Why?!!

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. 

Walau bagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.


Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Healing Crisis?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. 

Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan mempunyai lebih toksik, maka ia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.


boleh rujuk simptom yang berkenaan



Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Healing Crisis Akan Berlangsung?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. 

Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.


Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) 

Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui healing crisis yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik


Bagaimanakah Melalui Healing Crisis?

Pada waktu jangka masa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. 

Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. 

In shaa Allah.


>> Jadi, apabila anda mengambil Shaklee, yakinlah bahawa produk-produk Shaklee sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN, sentiasa MESRA ALAM & HALAL <<

credit: Master Ainul



salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-469 1320

afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan