Rabu, 21 September 2016

perlu ke susu tepung bila susu badan tak cukup ni?...

ramai ni marah dengan afzan coz tajuk "kacau emosi" sangat... 

waktu awal afzan preggy cik kasih, afzan selalu berdoa moga dapat susukan baby sampai 2 tahun.

sebelum ni afzan takde pun kesedaran ni sampai la afzan dapat serumah dengan housemate yang pjj (perkahwinan jarak jauh) & ada baby. 

afzan tengok usaha housemate afzan ni, macam mana dia ikhtiar nak banyakkan susu, ikhtiar pam waktu awal pagi, ikhtiar urut susu sebab putingnya dah melecet... subhanallah sangat kagum.


siapa pakai ilaria... kita geng hehe. sep


waktu ni la afzan search sambil sembang2 dgn orang yg berpengalaman kenapa zaman sekarang KKM, mama mommies sgt tekankan nak susukan baby walaupun ada je option susu formula.

tapi kesian juga pada kawan2 afzan yg semangat putus tengah jalan sebab kata diorang, "SUSU TAK CUKUP".

afzan ada tanya pada mak afzan... mak kata sebenarnya pemakanan tu yang menyebabkan susu tak banyak. macam zaman mak afzan dulu2, memang takde pakcik google. harap dengar cakap orang, mak2 bidan je la. tau2 susu makin takde bila anak naik umur 4 bulan & ke atas.

kesian kan.

sebenarnya kat baby tu yang lagi kesian. sebab apa?

haaa ini akan terjadi bila kita “campur” susu anak kita:


1. Baby diberi air masak atau susu formula dalam botol. 
Permulaannya, mama mula bancuh susu formula dalam botol sebab kesibukan atau “malas” atau merasakan dirinya kurang susu. Dan baby diberi air masak (utk bayi kurang 6 bulan)- yang mana akan mengenyangkan baby – so baby refuse susu mamanya kerana perutnya “full”.

2. Flow susu dalam botol lebih cepat. 
Yup, selepas tu baby pun minum dalam botol. Dapat hisap dengan mudah. Sangat la baby suka sebab tak perlu susah2 nak suck. Lagipun penyediaan susu formula memudahkan bayi yang sedang menangis kelaparan. Baby hanya sedut, terus keluar susu yang banyak. Baby pun cepat kenyang. Mama pun senang. Kalau hisap puting mama, baby kena hisap/stimulate dulu, ambil masa utk susu keluar. so baby memang akan nak minum susu dalam botol la than susu mamanya.

3. Baby kenyang, brpp! 
Yeaaa baby dah sedawa. So baby dah dapat feel, malas nak hisap puting mama kerana minum susu formula dalam susu botol lagi senang, cepat je tidur. Yela baby dah kenyang sangat.

4. Susu ibu kering- kurang dihasilkan kerana baby kurang menyusu. 
Ya, definitely this will happen! Bila baby kurang hisap, kuranglah stimulasi pada puting breast ibu. Kuranglah jua hormon prolaktin dihasilkan. Maka kuranglah jua susu ibu yang keluar. Masa ini ibu pun kelam kabut mencari suplimen menambah air susu.? Ok, then what happen?

5. Baby nangis dan uwaaa... uwaa! 
Huh.. Baby sudah lapar!

6. Mama panik tak terkata. “Kejap ye sayang, baby lapar ye, kejap ye, mama buat susu” 
Masa ini ibu dah tak tau nak buat apa. Panik tak usah cerita! Nak beri susu badan/breastmilk, susu dah kurang. Confirm anak lagi mengamuk menangis sampai biru2 muka. Dia mahukan susu yang “mengenyangkannya” tadi. Yang tak perlu dia usaha keras. Yang cepat buatkan dia tidur. 
Suami a.k.a papa pula “Cepat la sayang bancuh susu tepung.. Sian anak kita lapar tu”... So mama pun segera buat sesuatu because she loves her baby kan. Apa dia buat?

7. Baby diberi air masak atau susu formula dalam botol lagi. 
Ya, akhirnya ini juga yang kembali terjadi! Baby akan senyap dan tidur dan seolah-olah cakap “Thank U mama. I am full”.


Maka proses ini akan berulang. Once baby dah selesa dengan “puting” favourite yang mengenyangkannya, ya, dia mahukan lagi. Saat ni la mama2 stress, sedih, breast engorge, terganggu dan macam2 lagi. 

Di sini lah kesabaran mama diperlukan utk “relactation” semula. untuk mengatur jadual baru, memujuk anak, belajar macam2 tentang penyusuan susu ibu (bagi yang sangat2 ingin menyusukan anak secara eksklusif). Jangan ambil mudah mama! 

Mungkin ada yg kata begini “Satu hari 2 kali je dia minum FM (formula milk), yang lain semua breastfeed”. Ya, pada awalnya begitu. Namun lama kelamaan 2 kali akan bertambah jadi 4 kali. Dan cycle ini akan memulakan peranan. 

Sayangnya wahai mama, kita diberi susu yang cukup oleh Pencipta kita selepas melahirkan baby. Cuma itulah, ilmu yang kurang tentang “kolostrum”, tentang keperluan susu bayi di awal kelahiran yang membataskannya. 

Untuk baby baru lahir, tidak perlu susu ber oz oz . Hanya 1/2 sudu besar sahaja. Kolostrum yang diberi pada bayi walaupun “merisaukan” hati ibu tentang “cukup ke susu baby” ni?, Namun sangat cukup untuk buat mereka kenyang dan tidur. 


anak saya sekali minum 3 oz je masa umur 2 bulan


Tapi kenapa masih menangis? 

Baby baru lahir perlu masa utk adapt dengan environment “dunia baru” mereka. Perut mereka masih kecil dan sistem penghadaman masih belum matang.

So jangan cepat panik dan give up to formula milk di awal kelahiran bayi ye, mama2!


Pada sesiapa yang sedang mengalami situasi begini, jangan risau. Masih ada masa, masih belum terlambat. Masih ada ruang untuk anda jadi ibu menyusu secara eksklusif kepada si manja anda. 

Percayalah! Sedikit ilmu, kesabaran dan tawakkal, dan sokongan, anda boleh!


sumber: Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan