Jumaat, 14 Oktober 2016

7 kriteria penting untuk pastikan soya anda selamat



Sangsi nak pilih soya mana satu? Dengar banyak sangat cerita tentang soya, ada kata bagus ada kata bahaya. Maka hari ni saya kongsikan tips ketika memilih Soya. Pastikan anda ada 7 checklist ini untuk memastikan Soya yang anda masukkan ke dalam tubuh anda adalah selamat. 



1. KACANG SOYA ITU SENDIRI MESTI TUMBUH MEMBESAR SECARA ORGANIK .

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK  yang menggunakan baja kimia dan racun pestisid, akan mengandungi khasiatnya yang rendah. Ia juga mempunyai kandungan nitrat yang tinggi. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER !



2. KACANG SOYA MESTILAH NON-GMO (TAK DIHASILKAN SECARA GENETIK).

Kacang soya GMO lebih murah untuk dihasilkan tetapi ia berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan TOKSIN dalam badan manusia.






3.  PROTEIN SOYA TU MESTI MENGANDUNGI 9 ASID AMINO PERLU. 

Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormon, antibodi, enzim. Kalau salah satu amino asid ini tak cukup, sistem imun badan akan terganggu 30% dan fungsi badan mungkin akan terganggu atau berhenti. 






4. DALAM PROSES PEMBUATAN SOYA ISOLATE, SOYFLAKES MESTI DIBERSIHKAN DENGAN AIR BUKAN DENGAN ALKOHOL.

Isoflavone dapat mengurangkan risiko kanser payudara, kanser rahim dan kanser prostate. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan jisim tulang .



5. BAHAN ANTI-TIRIOD MESTI DISINGKIRKAN.

Soya yang mentah mengandungi bahan "anti-growth", "anti-tyrosine". Kedua-dua bahan ini mengganggu fungsi tubuh dan meningkatkan risiko kanser.



6. PROSES PEMBUATAN SOY PROTEIN SEBAIKNYA TANPA PEMANASAN.

Asid amino sensitif terhadap suhu panas. Ada kajian menyatakan protein yang dimasak terlalu lama boleh merosakkan 50% asid amino.  Kekurangan asid amino dalam badan akan merenjatkan hormon, tisu badan serta mengganggu kesihatan kita. 



7. PROTEIN SOYA ITU MESTI DITAMBAH DENGAN UNSUR KALSIUM... KENAPA?

Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yang demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam soya protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium.




Jadi anda tidak perlu ragu-ragu dengan ESP. Kerana ESP menepati 7 ciri-ciri soya yang selamat:

•  ESP ditanam secara organik
•  ESP adalah non-gmo
•  Mengandungi 9 amino asid perlu dan mineral & vitamin lain 
•  Ia dibersihkan dengan menggunakan air.
•  Tiada bahan anti-tiroid / anti-growth
•  Diproses tanpa pemanasan
•  Ditambah dengan kalsium 500mg




Oleh itu, pilih lah soya yang mematuhi 7 ciri soya selamat. Saya juga telah buat pemilihan yang betul untuk soya protein saya & saya dah rasa manfaatnya. Ada yang terlepas cerita saya, boleh klik di sini ya.
~ Energizing Soy Protein ESP



#EspBest
#GLCteam


macam mana cara nak order? boleh hubungi saya ya. Dapat produk nanti saya akan consult cara makan yg berkesan untuk kesihatan anda.




salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

FB: Afzan Noor
019-5225 782

afzan6r@gmail.com

Khamis, 13 Oktober 2016

5 penyebab utama masalah kesuburan

setiap yang berkahwin, mesti memasang angan2 untuk dapatkan zuriat comel. tak kisah la ada yang buat perancangan nak honeymoon 2-3 bulan dulu atau hanya berserah pada rezeki. untung nasib sharp shooter, bunting pelamin terus kan. alhamdulillah... ini bukan perkara main2, ini la penyambung generasi. ramai juga kawan-kawan afzan yg masih belum punyai anak walaupun lebih dari 6 bulan berkahwin.


saat paling gembira bila sambut orang baru dalam famili


masalah kesuburan ni bukan hanya mengganggu golongan wanita sahaja ya. lelaki juga boleh mengalami. zaman sekarang banyak sangat faktor yang memungkinkan masalah kesuburan ni. dan di sini afzan nyatakan 5 antara penyebab utama masalah kesuburan.



1. OBESITI

ramai dah sedia maklum bab obes ni mengganggu masalah kesuburan tapi tak tahu bagaimana kan. badan kita ni bila banyak sangat lemak berlebihan, ia akan mempengaruhi hormon & penghasilan hormon. hormon memainkan peranan penting dalam sistem kesuburan badan.


BMI lebih daripada 25 dan ke atas menunjukkan seseorang itu punyai lebih berat badan



2. TERLALU KURUS

begitu juga jika terlalu kurus. kita ingat bila terlalu kurus takde masalah penyakit kan. sebenarnya bila terlalu kurus ni, badan dah kekurangan nutrisi. so kerja-kerja hormon dalam badan tidak dapat dilakukan pada tahap optimum.


BMI kurang daripada 18.5 adalah orang yg terlalu kurus


panduan untuk pengiraan BMI:






3. PEKERJAAN

masa mula2 abah afzan tahu, afzan ambil jurusan kimia... 1st thing abah tanya afzan 

"takde effect ke dengan kesihatan?" hahaha time tu afzan yakin jawab.. 

"belajar je ni, abah. takde la main sangat dengan bahan chemical ni."

bila selalu terdedah dgn bahan kimia juga boleh menyebabkan menurunnya tahap kesuburan.

begitu juga dengan kerjaya sebagai chef. panas kuali boleh boleh mempengaruhi produktiviti sperma. so chef kena ada extra shield la - dari pinggang ke bawah ya.

pekerjaan yg mengundang stress yg tinggi pun boleh mempengaruhi tahap kesuburan.





4. PEMAKANAN

pemakanan kita kini kurang/rendah nutrisi. tambah2 pula sekarang ni banyak makanan yg guna pengawet yg tinggi utk tahan lama. tahu tak, pengawet yang tinggi boleh merosakkan sel-sel dalam badan?


kebanyakkan pengambilan makanan kita rendah nutrisi



5. USIA

faktor usia juga memainkan peranan yang penting. contoh wanita zaman kini, kebanyakkan memilih untuk mendirikan rumahtangga lewat dengan alasan ingin stabilkan ekonomi. yup, memang tak salah tapi hormon estrogen semakin berkurang dengan meningkatnya umur seorang wanita. dan hormon estrogen ni tersangat la penting dalam pengukuran tahap kesuburan.


badan yang sihat memerlukan tindakan dari diri sendiri. jaga pemakanan, gaya hidup & aktiviti harian. kalau anda mempunyai keraguan terhadap masalah kesuburan anda, afzan nasihatkan berjumpalah dengan pakar. buat ujian untuk pastikan tiada masalah dalaman yang kronik. anda layak untuk berusaha, ikhtiar.

contoh salah seorang kawan afzan ni. setelah 6 tahun berusaha, alhamdulillah akhirnya termakbul doa untuk memiliki anak.




tak lupa juga, kakak ipar & abang kawan afzan yg berusaha selama 5 tahun. dalam sedih tangis & macam2 dugaan yg menimpa, mereka tak putus ikhtiar. alhamdulillah, Allah perkenankan.




bagi sesiapa yang dalam TTC, masih mencuba & ikhtiar tak putus harap, afzan doakan untuk rezeki anda dikurniakan zuriat. jika anda ingin dibantu seperti mereka di atas, boleh hubungi afzan ya.




salam cantik & mesra

afzan noor
FB: Afzan Noor
SID: 1223117

019-5225 782


afzan6r@gmail.com

Rabu, 12 Oktober 2016

macam mana nak buat ni? susu badan tak cukup

Sembang dengan kawan2 yang give up pasal susu sendiri ni, buat saya sangat sedih. 

Bukan apa, kita semua fikir nak perfect. Nak share cerita best2 dgn kawan sebab baby kita lahir je terus pandai isap susu. Susu pun keluar banyak je. 

Hey!! 3/10 je tau bertuah badan gitu. Yang lain struggle korek ilmu, tanya sana sini, join group itu ini nak start susukan baby bila lahir nanti.

Ni bagi yg cari la... ada yang sestengah tu, tunggu baby lahir baru kelam nak tahu itu ini bab susu badan ni.

Haaa meh sini kita cerita ilmu susu ibu, susu terbaik. Sebaik2 suplimen untuk bayi yg baru lahir. 


Perihal Susu Ibu


Kerap saya mendapat pm bertanyakan satu situasi iaitu susu tak cukup anak macam tak puas minum. 

Ibu yang bertanya ni biasanya baru melahirkan anak beberapa hari. Picit2 payudara macam tak ada apa yang keluar. 

Mula risau dan tambah risau apabila dapat nasihat dari orang sekeliling. Ya nasihat yang menjahanamkan iaitu


"Bagi je la susu tepung, kesian anak tu lapar. 

Dah susu tu takde sudah la, tak kesian anak ke..?"


Macam entri yang sebelum ni. Ada ibu mama ummi yang tertinggal, boleh klik di sini ya.


mabuk susu dah ni hehe

Biasanya saya akan tanya semula. Sepanjang beberapa hari ni anak kencing dan berak tak? 

Iya jawab ibu2 ni. Lampin basah dan berat juga. Berak pun kerap. Dan saya kembalikan soalan.. 

"Kalau awak takde susu dan anak tak cukup susu 

mana pula datangnya kencing berak tu?" 


Logik akal saja kan.. akal kita mudah dimanipulasi oleh keadaan sebenarnya.

Ibu mama ummi mak2... jangan beranggapan susu bewarna putih membuak-buak akan keluar sejurus kelahiran anak. Allah telah atur cantik bentuk susu seiring keperluan bayi kita. Jadi mak-mak kena belajarlah beberapa perkara asas iaitu:

  1. Fasa pengeluaran susu ibu
  2. Kapasiti /saiz perut bayi
  3. Behaviour bayi yg asas





Ada 3 fasa pengeluaran susu ibu lepas kelahiran anak iaitu:

  1. Kolostrum - 1 ke 3 hari atau lebih
  2. Transitional milk - sehingga 2 minggu
  3. Mature milk



Fasa ini Allah dah atur molek sesuai dengan keperluan bayi kita. Berkadar terus dengan saiz perut bayi kita. 

Ibu mama ummi mak2 cuma perlu yakin dan susukan bayi sebab stimulasi dari hisapan bayi akan hasilkan susu. Faham?


"Habis tu bayi saya asyik menangis je kak.. 
asyik nak nyusuuuuu je.. 
saya nak buat apa pun tak boleh... waaa"


Ibu mama sayang... bayi memang lah menangis. Kang gelak tak henti2 masuk paper pulak. Sebab tu kena faham susu ibu cepat hadam. Jadi anak cepat lapar balik. Dalam pantang kerja apa sajalah yg nak dibuat? 

Duduklah enjoy masa dengan bayi yang ditunggu2 kelahirannya.


kalau besar ni logik la nk gelak2 kn

Bayi ni cuma menyusu saja cara yang dia tahu untuk tenangkan diri. Dengar degup jantung ibu. Ingat senang ke nak biasakan diri dengan dunia luar? 

Lepas keluar dari alam rahim. Peluklah bayi, susukan. Tak lama pun.. lebih2 pun 2 tahun je dari keseluruhan kehidupan anak kannn...

So ibu mama ummi mak.. susu uolls ada dan cukup. Kata-kata orang keliling tu ketepikan. Penuhkan diri dengan ilmu penyusuan dan sedikit common sense.

Nak lagi best, ibu mama ummi kena amalkan pemakanan diet seimbang untuk menghasilkan susu yg mencukupi & berkualiti tinggi. Jika ibu mama ummi still runsing dengan masalah susu badan ni, boleh hubungi saya ye. Saya sendiri orang yg punyai masalah & berjaya mengatasinya. Anak dah hampir 9 bulan pun kuantiti susu alhamdulillah.



#mamaperihatin
#mamasayangsemua

sumber: Facebook

salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782


afzan6r@gmail.com