Sembang dengan kawan2 yang give up pasal susu sendiri ni, buat saya sangat sedih.
Bukan apa, kita semua fikir nak perfect. Nak share cerita best2 dgn kawan sebab baby kita lahir je terus pandai isap susu. Susu pun keluar banyak je.
Hey!! 3/10 je tau bertuah badan gitu. Yang lain struggle korek ilmu, tanya sana sini, join group itu ini nak start susukan baby bila lahir nanti.
Ni bagi yg cari la... ada yang sestengah tu, tunggu baby lahir baru kelam nak tahu itu ini bab susu badan ni.
Haaa meh sini kita cerita ilmu susu ibu, susu terbaik. Sebaik2 suplimen untuk bayi yg baru lahir.
Perihal Susu Ibu
Kerap saya mendapat pm bertanyakan satu situasi iaitu susu tak cukup anak macam tak puas minum.
Ibu yang bertanya ni biasanya baru melahirkan anak beberapa hari. Picit2 payudara macam tak ada apa yang keluar.
Mula risau dan tambah risau apabila dapat nasihat dari orang sekeliling. Ya nasihat yang menjahanamkan iaitu
"Bagi je la susu tepung, kesian anak tu lapar.
Dah susu tu takde sudah la, tak kesian anak ke..?"
Macam entri yang sebelum ni. Ada ibu mama ummi yang tertinggal, boleh klik di sini ya.
Biasanya saya akan tanya semula. Sepanjang beberapa hari ni anak kencing dan berak tak?
Iya jawab ibu2 ni. Lampin basah dan berat juga. Berak pun kerap. Dan saya kembalikan soalan..
"Kalau awak takde susu dan anak tak cukup susu
mana pula datangnya kencing berak tu?"
Logik akal saja kan.. akal kita mudah dimanipulasi oleh keadaan sebenarnya.
Ibu mama ummi mak2... jangan beranggapan susu bewarna putih membuak-buak akan keluar sejurus kelahiran anak. Allah telah atur cantik bentuk susu seiring keperluan bayi kita. Jadi mak-mak kena belajarlah beberapa perkara asas iaitu:
Ada 3 fasa pengeluaran susu ibu lepas kelahiran anak iaitu:
- Kolostrum - 1 ke 3 hari atau lebih
- Transitional milk - sehingga 2 minggu
- Mature milk
Fasa ini Allah dah atur molek sesuai dengan keperluan bayi kita. Berkadar terus dengan saiz perut bayi kita.
Ibu mama ummi mak2 cuma perlu yakin dan susukan bayi sebab stimulasi dari hisapan bayi akan hasilkan susu. Faham?
"Habis tu bayi saya asyik menangis je kak..
asyik nak nyusuuuuu je..
saya nak buat apa pun tak boleh... waaa"
Ibu mama sayang... bayi memang lah menangis. Kang gelak tak henti2 masuk paper pulak. Sebab tu kena faham susu ibu cepat hadam. Jadi anak cepat lapar balik. Dalam pantang kerja apa sajalah yg nak dibuat?
Bayi ni cuma menyusu saja cara yang dia tahu untuk tenangkan diri. Dengar degup jantung ibu. Ingat senang ke nak biasakan diri dengan dunia luar?
Lepas keluar dari alam rahim. Peluklah bayi, susukan. Tak lama pun.. lebih2 pun 2 tahun je dari keseluruhan kehidupan anak kannn...
So ibu mama ummi mak.. susu uolls ada dan cukup. Kata-kata orang keliling tu ketepikan. Penuhkan diri dengan ilmu penyusuan dan sedikit common sense.
Nak lagi best, ibu mama ummi kena amalkan pemakanan diet seimbang untuk menghasilkan susu yg mencukupi & berkualiti tinggi. Jika ibu mama ummi still runsing dengan masalah susu badan ni, boleh hubungi saya ye. Saya sendiri orang yg punyai masalah & berjaya mengatasinya. Anak dah hampir 9 bulan pun kuantiti susu alhamdulillah.
Nak lagi best, ibu mama ummi kena amalkan pemakanan diet seimbang untuk menghasilkan susu yg mencukupi & berkualiti tinggi. Jika ibu mama ummi still runsing dengan masalah susu badan ni, boleh hubungi saya ye. Saya sendiri orang yg punyai masalah & berjaya mengatasinya. Anak dah hampir 9 bulan pun kuantiti susu alhamdulillah.
#mamaperihatin
#mamasayangsemua
#mamasayangsemua
sumber: Facebook
salam cantik & mesra
afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA
019-5225 782
afzan6r@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan