Khamis, 13 Oktober 2016

5 penyebab utama masalah kesuburan

setiap yang berkahwin, mesti memasang angan2 untuk dapatkan zuriat comel. tak kisah la ada yang buat perancangan nak honeymoon 2-3 bulan dulu atau hanya berserah pada rezeki. untung nasib sharp shooter, bunting pelamin terus kan. alhamdulillah... ini bukan perkara main2, ini la penyambung generasi. ramai juga kawan-kawan afzan yg masih belum punyai anak walaupun lebih dari 6 bulan berkahwin.


saat paling gembira bila sambut orang baru dalam famili


masalah kesuburan ni bukan hanya mengganggu golongan wanita sahaja ya. lelaki juga boleh mengalami. zaman sekarang banyak sangat faktor yang memungkinkan masalah kesuburan ni. dan di sini afzan nyatakan 5 antara penyebab utama masalah kesuburan.



1. OBESITI

ramai dah sedia maklum bab obes ni mengganggu masalah kesuburan tapi tak tahu bagaimana kan. badan kita ni bila banyak sangat lemak berlebihan, ia akan mempengaruhi hormon & penghasilan hormon. hormon memainkan peranan penting dalam sistem kesuburan badan.


BMI lebih daripada 25 dan ke atas menunjukkan seseorang itu punyai lebih berat badan



2. TERLALU KURUS

begitu juga jika terlalu kurus. kita ingat bila terlalu kurus takde masalah penyakit kan. sebenarnya bila terlalu kurus ni, badan dah kekurangan nutrisi. so kerja-kerja hormon dalam badan tidak dapat dilakukan pada tahap optimum.


BMI kurang daripada 18.5 adalah orang yg terlalu kurus


panduan untuk pengiraan BMI:






3. PEKERJAAN

masa mula2 abah afzan tahu, afzan ambil jurusan kimia... 1st thing abah tanya afzan 

"takde effect ke dengan kesihatan?" hahaha time tu afzan yakin jawab.. 

"belajar je ni, abah. takde la main sangat dengan bahan chemical ni."

bila selalu terdedah dgn bahan kimia juga boleh menyebabkan menurunnya tahap kesuburan.

begitu juga dengan kerjaya sebagai chef. panas kuali boleh boleh mempengaruhi produktiviti sperma. so chef kena ada extra shield la - dari pinggang ke bawah ya.

pekerjaan yg mengundang stress yg tinggi pun boleh mempengaruhi tahap kesuburan.





4. PEMAKANAN

pemakanan kita kini kurang/rendah nutrisi. tambah2 pula sekarang ni banyak makanan yg guna pengawet yg tinggi utk tahan lama. tahu tak, pengawet yang tinggi boleh merosakkan sel-sel dalam badan?


kebanyakkan pengambilan makanan kita rendah nutrisi



5. USIA

faktor usia juga memainkan peranan yang penting. contoh wanita zaman kini, kebanyakkan memilih untuk mendirikan rumahtangga lewat dengan alasan ingin stabilkan ekonomi. yup, memang tak salah tapi hormon estrogen semakin berkurang dengan meningkatnya umur seorang wanita. dan hormon estrogen ni tersangat la penting dalam pengukuran tahap kesuburan.


badan yang sihat memerlukan tindakan dari diri sendiri. jaga pemakanan, gaya hidup & aktiviti harian. kalau anda mempunyai keraguan terhadap masalah kesuburan anda, afzan nasihatkan berjumpalah dengan pakar. buat ujian untuk pastikan tiada masalah dalaman yang kronik. anda layak untuk berusaha, ikhtiar.

contoh salah seorang kawan afzan ni. setelah 6 tahun berusaha, alhamdulillah akhirnya termakbul doa untuk memiliki anak.




tak lupa juga, kakak ipar & abang kawan afzan yg berusaha selama 5 tahun. dalam sedih tangis & macam2 dugaan yg menimpa, mereka tak putus ikhtiar. alhamdulillah, Allah perkenankan.




bagi sesiapa yang dalam TTC, masih mencuba & ikhtiar tak putus harap, afzan doakan untuk rezeki anda dikurniakan zuriat. jika anda ingin dibantu seperti mereka di atas, boleh hubungi afzan ya.




salam cantik & mesra

afzan noor
FB: Afzan Noor
SID: 1223117

019-5225 782


afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan