Sabtu, 10 Disember 2016

4 BARANG WAJIB UNTUK ELAK BABY RUAM LAMPIN

Kesian baby yang kena ruam lampin. Tidur mesti tak lena. Mesti selalu menangis sampai semua orang keliling salah anggap susu ibu tak cukup la, ada gangguan lain la @ yang sewaktu dengannya. Bagi papa & mama pula runsing nak cari diapers yang sesuai untuk kulit gebu bontot anak.

Kulit di kawasan celah kangkang baby sangatlah sensitif. Ditambah bisa wap lembap air kencing & berak, lagi cepatkan proses kulit untuk merah, melecet & merengsa.


Baby selesa, mama papa pun gembira!


Masa ni pakaikan baby diapers paling mahal pun tetap tak selesaikan masalah. Jadi Kak Af nak berkongsi di sini petua yang Kak Af amal dari mula baby sulung Kak Af lahir sampai la ke adik dia. Alhamdulillah, babies Kak Af tak pernah alami ruam lampin sampai sekarang.


Baby tidur lena bila tiada kerengsaan pada kulit



1. TISU BASAH (WET TISSUE)

Ni benda asas yang wajib ada waktu nak salin diapers baby. Tak kira la salin baby kencing semata2 ataupun baby dah poo poo. Lapkan kulit bontot baby sampai bersih dari kotoran. Sediakan juga tisu basah pek kecil dalam beg mama atau beg jalan2 baby.


2. SPRAY AIR

Kadang mama2 tak terfikir baby kita sebenarnya perlu dibilas dengan air. Basah daripada tisu basah tu tak cukup untuk bersihkan kulit baby dengan baik. Jadi selepas selesai lap dengan tisu basah, maka spray air di kawasan bontot baby.


3. TISU KERING

Biasanya mama2 standby tisu kering untuk lap mulut kita lepas makan kan... so sekarang dah ada baby, maka fungsi tisu bertambah. Untuk pastikan kulit baby betul2 kering sebelum pakai diapers. Lap & dap2 kan di celah2 pelipat untuk pasti tiada sisa air.


4. MINYAK GAMAT

Haaa yang ni rare. Kak Af sendiri dapat petua ni daripada kakak sulung Kak Af. Minyak & air kan tak ngam. So sapu nipis2 sahaja di kulit, pelipat & bontot baby macam losyen. Selesai sapukan minyak, baru pakaikan diapers pada baby. Pastikan minyak gamat yang mama2 guna bukan jenis yang panas hangat tu tau. 


wajibul ghunnah barang2 ni dalam beg travel baby



Kak Af pakai jenis Minyak Gamat PLUS. Memang tak panas cuma bau je pure.


Bagi mama2 ibu2 ummi yang baby dah kena ruam lampin, boleh rawat dulu dengan Herbal Blend. Pengalaman kisah benar pengasas The Walking Beauty (TWB), Puan Ainul cerita kat kami semasa beliau bawa anak2 bercuti di Shanghai, baby kecil beliau lambat ditukarkan diapers. So jadi merah merengsa di kawasan pelipat & punggung. Dalam handbag beliau hanya ada Herbal Blend (HB) je waktu tu. Jadi beliau ikhtiar sapu HB pada kulit baby beliau & alhamdulillah sangat ok. 


Testimoni dari pengasas TWB



Ibu2 mama2 ummi jika berminat untuk cuba Herbal Blend ni, boleh hubungi Kak Af. Harga sangat berbaloi, bawah daripada RM50 kut untuk 1 tiub 113g. Siap boleh sapu 1 badan lagi. Pelbagai guna hehe.






salam cantik & mesra

afzan noor
FB: Afzan Noor
SID: 1223117

019-5225 782


afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan