Ahad, 11 Disember 2016

resepi minum petang: Kastard Crepe

Bila tengok ni rasa lapar la plak. Dah tengah2 malam ni ops... mulut kena tahan nafsu. Mental pun kena kuat. Kalau tak nanti kena babap hahaha. Rosak azam nanti.

Ceritanya Kak Af nak cari resepi untuk Apam Tokyo tapi biasa la. Bila di dapur ni kita suka la nak bereksperimen kan. Hasil daripada carian google, gabungan 2 blog maka terhasil la Kastard Crepe. Sedap tau. Bukan Kak Af kata tapi Mr.H yang puji hehe. Bangga jap hakak.


hmmm gebu lembut manis2 buah gitu


Untuk lebih mudah kita sediakan INTI dulu sebab perlu disejukkan.




INTI KASTARD
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula (akak guna soft brown sugar)
1 1/3 cawan susu segar (boleh juga susu cair)
2 sudu teh marjerin/butter
1 sudu teh esen vanila



Campur semua bahan ke dalam periuk KECUALI 
-- Marjerin
-- Esen

Kacau sebati dulu. Kemudian baru letakkan atas api yang perlahan & kacau sampai tekstur pekat likat. Tutupkan api. Masukkan marjerin & esen dan kacau sampai semua sebati. Ketepikan dan biar inti sejuk.


tekstur dah mula likat



dah tutup api, masukkan marjerin & esen



KULIT CREPE
4 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 cawan air kosong
Pewarna

BLENDER (wajibul ghunnah untuk senang kerja)




Mudah sangat. Masukkan semua bahan ke dalam blender & blender sebati. Panaskan pan dan oleskan minyak pada pan. Bila pan dah panas, sendukkan bancuhan, tuang. Biarkan dia masak sampai kulit tepi terangkat.


nampak tak kulit tepi tu lekang pada pan?


Tak perlu terbalikkan. Just angkat buh dalam pinggan. Ready untuk menggulung. Siap!


Selamat mencuba.


yummy... lembut je bila gigit. hidang sejuk2 peti ais pun sedap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan