Sabtu, 27 April 2019

Hangatkan Kembali Cinta Yang Hilang

Bila dah masuk fasa pertama perkahwinan (1-5 tahun), memang masing-masing akan terlupa cara nak "maniskan" perhubungan.



Sebab tu dalam rumah tangga wajib ada komunikasi 2 hala. Isteri terutamanya mudah lupa sebab banyak amanah baginya untuk dibuat.



Isteri ni busy dengan tanggungjawab uruskan anak-anak, tambah pendapatan untuk bantu keluarga, hal dalam mengemas, membasuh, memasak lagi...



Suami pula mungkin sibuk dengan kerja tapi lebih beruntung sikit sebab boleh ada lagi kawan-kawan di sekeliling untuk hang out bersama.



Tapi semua ini jangan jadikan alasan untuk pudarkan cinta yang telah diakad di awal perkahwinan.



Alhamdulillah, kali pertama kami betul-betul dating berdua. Sebelum ni hanya merancang tapi tak terlaksana. Maklum la belum ada bibik kan. Namun usaha itu penting.


Mr.H kata on that day kami sweet couple 19
Hahaha ok la. Umur makin muda
walaupun anak dah dua



Mana-mana rumah tangga mesti ada ujian. Tapi bukan untuk kita terus menyerah. Kita perlu belajar bagaimana untuk kemudikannya. Samada untuk kita semarakkan balik api cinta ataupun memilih sebaliknya.



Kami pernah hilang masa mesra bersama. Bagi saya ia sangat perit!!! Tapi demi anak-anak dan insan tersayang, saya bangkit untuk baiki dan bantu sesama kami mengumpul pahala kembali.


Jujur semua ini tak bukan mudah. Ia bermain dengan amanah pada diri sendiri, kepercayaan pada pasangan, dan tahap kita menahan nafsu. Fuh memang tak sangka Allah nak bagi ujian begini pada kami.



Ada babak drama "Nur", ada sikit dari gosip "Bella & Aliff" dan macam-macam lagi (tunggu next entri kita cerita lebih details). Sampai sekarang masih dalam baikpulih.



Okla... 25 April 2019, terpateri kenangan. Berlalu sikit 10% duka bila dapat seharian spend masa dating tengok wayang dan makan semeja di Magnum Ice Cream.



InshaaAllah moga usaha kami ini Allah kira sebagai ibadah untuk perkahwinan yang telah terbina.

Jumaat, 26 April 2019

Hadiah Birthday Bermakna Tahun 2019

Actually tahun ni memang tak harap banyak dengan ulangtahun hari jadi sendiri sebab ada kejadian yang tak diingini dah berlaku dalam famili kami.



Tapi bila Mr.H post status surat terbuka ni... Allahu tak tahu nak kata apa dah. Separuh semangat ni datang kembali.









Sungguh kami tak romantik. Walaupun ada banyak gambar bahagia dalam FB tapi tu bukan indicator sempurna bahagia sesebuah keluarga. Ada banyak je bertengkar.



Tapi gaduh-gaduh pun berkawan mesra balik. Malu kat anak-anak. Kita dok pesan tak baik gaduh-gaduh tapi mak pak sendiri boleh plak nak dok masam muka lari jauh-jauh... Hahaha bagi masa masing-masing muhasabah diri sebenarnya.



Usia makin meningkat ni, kita hargai apa yang ada dengan kita. Hidup tak lama. Kita pun tak tahu siapa pergi dulu. Siapa yang akan jaga siapa nanti.



Adat rumahtangga akan ada banyak dugaan. Samada kita nak insaf dan baiki kesilapan dan terus meninggalkannya atau hanya biarkan sahaja kesalahan tu bermaharaja.



Tepuk dada dan tanya diri sendiri. Bagaimana anak-anak perlukan ibu bapa. Begitu juga suami isteri perlukan setiap pasangannya.



Apa-apa yang terjadi bawalah berbincang. Jangan pernah lari dari masalah dan jangan pernah tak jujur. Sekali hilang kepercayaan, susah dah nak dapat balik. Moga kita semua usaha yang terbaik untuk masjid yang telah terbina.

Jumaat, 8 Mac 2019

2 Jam Di #ShakleeKickStarter



Alhamdulillah, Allah pilih afzan untuk join kelas super duper best ni pada 7 March 2019.



Bagi afzan, ini memang tuah afzan la. Sebab pada awalnya afzan teragak-agak nak isi form untuk attend kelas ni. Memandangkan tak tahu Mr.H kerja shif mana kan. Nanti jenuh plak cari siapa nak jaga babyD (read: alasan je ni. Sian anak huhu).



Syukur, 2 hari before class.. Gerak hati ni kuat untuk paksa jari klik link yang upline master bagi. Yes!! Done submit & dapat emel.



Terus jadi tak sabar nak jejak kaki ke Shaklee branch KL coz ramai team Sparkle pun update akan datang. Siap geng Melaka sewa kereta lagi untuk attend class yang dibawa oleh Master Zainul dan Master Lyna Noh.



Adik beradik Sparkle. Ada yang dari Melaka, Nilai,
Shah Alam, Ampang.. paling dekat sikit Cheras.
Afzan lettew



SIAPA MASTER-MASTER NI?

Master Zainul dan Master Lyna adalah suami isteri buat fulltime dengan bisnes Shaklee. 2012 rank up Master Coordinator.



Dengan Master Lyna Noh


Dahulu mereka merupakan engineer di salah sebuah company oil & gas tersohor di Malaysia. Mempunyai 2 rekod Guinness World Records:

1) Anak kedua mereka merupakan kanak-kanak istimewa termuda pakai kaki palsu (9 bulan).

2) Anak ke-4 merupakan baby paling banyak travel (25 buah negara) sebelum usia 12 bulan.





Mereka ni banyak travel. Lebih 50 buah negara dah mereka pergi (setahun dalam 20-28 buah negara). Dapat imagine berapa income mereka? Pemegang 6 angka setiap bulan dalam bisnes shaklee dan belum pun berumur 40 tahun!



Mereka juga FAC Shaklee (Field Advisory Council - kira macam ajk yang menghubungkan distributor dengan company). Sebab tu bagi afzan kelas ini 1 effort terbaik khas untuk sesiapa yang nak berjinak berbisnes shaklee.



PENGISIAN 
#SHAKLEEKICKSTARTER

Kelas tak lama pun. 2 jam je. Plus FREE plak tu. Percuma wokeh. Start pukul 10 pagi until 12 pm.



Serius, kalau afzan lepaskan peluang ni 2 hari lepas, ketuk diri sendiri la.



Sekarang semak samun dalam kepala ni dah makin clear. Thanks Master Zainul & Master Lyna Noh tolong tebaskan tadi hehe.



Bisnes Shaklee bukan seperti bisnes jual tudung. Dia bukan mix and match tapi bisnes Shaklee ni bergerak sebab #ShakleeEffects dia.



Nasib datang. Dapat tahu rukun iman Shaklee.
Eh ni bukan agama baru tau. Nak tahu details,
pm afzan kuk tepi hehe


Sayang rasanya afzan tak bawa team bersama sekali. Info yang dikongsi oleh master zainul dalam kelas, buatkan afzan makin jelas kenapa afzan perlu sebarkan kebaikan shaklee.



Bukan hanya untuk makan pakai sendiri.



Bayangkan, kita sebenarnya kekurangan vitamin D. Mana taknya. Pergi balik kerja je dah gelap.



Kalau yang kerja sendiri, dekat nak lunch baru badan nak menapak kena cahaya matahari. Tu pun mana ada lagi vitamin. Lebih sinaran UV ada la.



No wonder, sikit-sikit moody. Sikit-sikit emo. Anak-anak kecil pula semakin ramai kena penyakit misteri dan lambat nak sembuh. Sedangkan kalau diperhatikan teknologi medic dah semakin canggih.



Di luar negara, orang yang sihat mengamalkan
Shaklee setiap hari.



Hampir separuh atlet Sukan Olimpik
yang consume Shaklee dapat medal.
Atlet consume Shaklee untuk keep healthy,
bukan untuk sembuh sakit.




Im glad sebab lembut juga hati ni untuk try Shaklee walaupun pada awalnya anti tablet pil supplements.



At least sekarang muka dah bertambah seri. Badan pun takde penat even berkejar-kejar bangun seawal pagi untuk sediakan bekal Cik Kasih.



Rupanya badan dah lama tunjuk simptom simptom kekurangan zat. Cuma kita saja berada dalam denial mood. Kesian...



Shaklee ni beyond organic. Produk yang bagus. Ada banyak kajian, bukan sekadar dari Shaklee Research. Ada juga kerjasama dengan universiti universiti luar.



Siap ada lagi kajian yang membuktikan longterm penggunaan Shaklee ini adalah selamat.



Boleh scan QR code ni untuk lihat kajian
yang telah dibuat oleh pihak ketiga


Fuh walaupun kelas yang singkat tapi sangat padat. Memang crystal clear la. Siapa blur-blur dengan Shaklee, atau nak serius berbisnes Shaklee, kena rebut pergi kelas #ShakleeKickStarter.


Nah afzan belanja sikit part kami bergosip di #ShakleeKickStarter.







Suplimen bukan untuk orang sakit. Suplimen adalah zat nutrisi yang menampung kekurangan khasiat dari pemakanan kita.



Tapi pastikan pilih yang selamat. Nak Shaklee, cari afzan wokeh. Nak berbisnes Shaklee, pun do contact me. Kita set time, pastu boleh duduk borak borak.



Ingat Shaklee, ingat Afzan Noor.



Salam Cantik & Mesra

afzan noor
Owner & Pengusaha ATB Spa
Shaklee Business Leader
TWB Trainer


afzan6r@gmail.com

Selasa, 5 Februari 2019

Impian Saya Pada Tahun 2019


Ya Allah, serius syok sangat kalau suruh berimpian ni. Cuba korang pejam mata. 3 minit je. Then bayangkan korang tengah pakai baju yang sangat cantik.



Hari ni nak keluar jalan-jalan dengan famili. Nak kereta yang super selesa. Pergi makan di hotel. Kemudian shopping sakan di mall tanpa tunggu ada discount or offer.



Dapat sambung cuti tanpa perlu tulis borang. Shoot terus ke mana pantai, laut yang best. Rehat bersantai dengan famili. Siang pergi snorkeling, malam berbarbeque plak.



Allahu sangat seronok kan. Tengah tulis ni pun rasa macam betul je happen.



Tapi tu la. Kebanyakan impian hanya mimpi. Sedih sangat. Lagi sedih kita dimomokkan orang sediakala kaya (lahir dalam tenpayan emas) saja yang boleh ada impian jadi kenyataan.



Tapi bila afzan terjebak dalam bisnes sendiri, bergaul dengan team The Walking Beauty... Allahu, macam tersedar dari mimpi.



Paling kita terlupa. Kita ada tuhan yang Maha Kaya. Kita sembah setiap hari. Tapi kita tak minta pun apa yang kita hajati. Hanya pendam dan mengharap magic berlaku.



Kenapa nak downgrade taste jika bila bermimpi highclass itu mampu menarik kita lebih dekat padanya?



Thanks TWB. Selalu cerita dan tekankan untuk berimpian besar. Secara tak langsung, hati afzan pun dah mula rasa besar.



Rasa nak cantik2, rasa nak hadiahkan sesuatu (reward) pada diri sendiri, dan rasa layak dan boleh nak belanja orang lain tanpa berkira. Seronok kan. Dah rasa hati ni bebas.



Tahun ni afzan berimpian nak sangat-sangat ada credit card. Eh pelik benar impian afzan hehe.




Afzan kan surirumah. Kerja pun dari rumah. Nak ada CC ni sepatutnya bekerja dengan income at least la 1.5K ke atas dan ada slip gaji bulanan.



Surirumah, kerja sendiri, haaa boleh ke ada peluang tu? Jadinya tengah mencabar diri la ni. So watch out. 2019, alhamdulillah afzan ada credit card.



Impian kedua afzan adalah nak hadiahkan mak abah vivix (master of supplements). Syukur sangat!! Allah bantu sebab memang dari tahun lepas pendam hasrat ni dan Februari 2019 dah tertunai.



Dan afzan pastikan once stok vivix mak abah habis, afzan boleh supply. Afzan nak mak abah sentiasa sihat. Afzan nak doa mak abah. Apa-apa kejayaan afzan hari ni semua disebabkan doa mak abah. Impian mak abah juga adalah impian afzan.



Tahun ni juga afzan nak breakthrough bawa famili kecik afzan #hafizteam pergi jalan ke negara orang. Puas dah main dalam semenanjung je kan.



Selama ni asyik bagi alasan je bab masa, bab anak-anak masih kecik. But now, no no no. More excuses stopping u from living u from best life.



Bila ada impian besar, diri sendiri sebenarnya belajar untuk tak mudah putus asa. Hari2 rasa bersemangat. Jiwa makin berani. 






We have to DREAM BIG
Aim for THE BEST



Nikmat Allah itu Maha Luas. InshaaAllah selagi kita usaha, Allah itu Maha Adil. Pasti ada bahagian kita. Banyak lagi ni impian belum tertunai. Alhamdulillah, jumpa jalan dengan TWB😊



Jom tulis semua impian kita atas kertas. Dan PERCAYA impian kita ini jadi kenyataan. Bukan lagi tinggal angan-angan.


Doakan afzan dapat capai semua dalam VB 2019
Aamiinn




Afzan Noor
Owner of ATB Spa
Beautician, Leader & Trainer
The Walking Beauty
SID 1223117
afzan6r@gmail.com

Jumaat, 1 Februari 2019

Ya Allah Bestnya Bulan Februari 2019 Ni...




Rasa macam baru je semalam tahun baru 2019. Hari ni dah masuk dah bulan kedua, Februari. Laju masa ni cantas kita kan.



Tapi makin best plak promosi kali ni dari Shaklee tau. Sebelum ni, Shaklee lancarkan projek #JomShaklee dengan offer 3 starter pack iaitu



Vivix Twin Pack



Youth Starter Set



Wellness Set


Best sangat ni korang. Harga terlajak jimat. Already member pun tak dapat harga ni wokeh. Bulan ni last untuk grab.



Tapi yang dah member tak perlu kecewa. Shaklee ni baik hati. Ada juga offer best. Tersangat best!! Iaitu Healthy Prosperity Packet.



Twin Pack Vivix
dan dapat 1 lagi any product



Syok ke syok. Beli twin pack vivix, korang dapat extra any product shaklee bila korang tarik angpao kat pokok yang ada di branch atau home office.



Tapi kalau bila online, shaklee akan pick secara randomly any product. Bayangkan, beli twin pack vivix, dapat extra 1 lagi vivix. Ouch, tidur peluk vivix ler afzan nanti hehe.


Master Ameer antara bertuah pick angpao
dapat vivix




Ni SID pick angpao di Branch Ipoh



Cukup teruja sangat dengan offer yang shaklee bagi Februari ni.



Eh belum habis lagi. Ada lagi special thing yang belum afzan beritahu. Haaa apa dia?



Tunggu next entri.
Atau korang tengah cari something new untuk 2019 ni.  Boleh baca sikit perkongsian dari afzan pasal Cara Bebas Hutang






Salam Cantik & Mesra

afzan noor
Owner & Pengusaha ATB Spa


afzan6r@gmail.com








WHY I LOVE TWB FAMILY



Assalamualaikum..
Hai semua. Hari ni sesi luah perasaan. Lama tak chit chat pasal TWB a.k.a The Walking Beauty kan.



Bagi yang belum tahu, afzan adalah salah seorang member of Alumni TWB. Afzan daftar as a member pada 19 Januari 2016. 1 hari sebelum lahirkan baby kedua afzan.



Alhamdulillah, dah nak masuk tahun ke-3 dah afzan bersama Alumni TWB. Banyak sangat benda yang afzan dapat.



Afzan bermula dengan zero. Tak tahu langsung teknik-teknik spa ni tapi minat tu ada. Sebab afzan memang spa lover.



Cuma lepas ada anak, rutin ke spa tu dah tak dapat walaupun Mr.H selalu je suruh pergi manjakan diri. Yela, dia tahu zaman bujang afzan dulu, setiap bulan memang akan ke spa untuk facial treatment.



Bukan pasal nak cantik sangat pun. Tapi muka afzan pada masa tu ada masalah jerawat dan muka berminyak. Memang perlukan treatment.


Sila zoom untuk lihat jelas parut
jerawat di pipi



Syukur sangat bila terjebak dengan TWB, afzan boleh buat treatment pada diri sendiri di samping jadikan sebagai part time. 



Oh ya, nawaitu afzan join TWB adalah untuk ada bisnes spa atas nama sendiri dengan modal yang minima. Korang boleh baca lebih lanjut di sini.



So afzan dah ada skills rawatan kecantikan spa. Selain dapat bantu wanita-wanita yang ada masalah macam afzan (susah nak ke spa, ada masalah kulit muka), boleh juga afzan ada duit poket bulanan.



Haaa ni salah satu sebab kenapa afzan sayang TWB.


Selain tu, tadi kan afzan ada beritahu pasal keadaan muka afzan sebelum ni. Tak sampai 1 tahun bersama TWB, kulit muka afzan dah bersih dari jerawat dan muka berminyak pun dah kurang (boleh refer gambar di atas).


Ni muka terkini afzan


Parut jerawat zaman bujang pun makin pudar. Siapa tak seronok. Join TWB untuk generate income, alih2 dalam masa yang sama dapat juga diri sendiri makin cantik.


Semua ni sebab TWB juga ajar rawatan kecantikan dalaman.  Alumni TWB diajar untuk faham setiap nutrisi bagi handle masalah-masalah pada badan.



Best kan.
Makan-telan-minum je dah cantik. Eh boleh buat tagline plak. Macam mana tak makin sayang dengan TWB.



Customer afzan jauh di mata pun afzan boleh juga bantu mereka untuk sihat dan cantik dengan ilmu nutrisi ni.



Ilmu nutrisi yang dapat ni bukan la dalam 1 hari berkursus. Kami ada group online yang sangat supportive. Boleh kata setiap hari ada saja ilmu baru yang dikongsi.



Sebab tu dari zero, boleh jadi serba-serbi tahu. Dari pengalaman orang lain, kita sama-sama belajar dan buat penambahbaikan. Siap boleh praktikal pada diri sendiri.



Macam student kolej dah kan. Cuma bezanya alumni TWB sentiasa upgrade.



Kalau dulu, afzan hanya beautician. Hubungan antara afzan dengan klien. Tapi sekarang afzan dah upgrade jadi leader & trainer. 1 level up.


Habis mengajar Pn. Siti, peserta dari Kedah
yang sekarang aktif dengan mobile spa beliau


TWB ada career development. Career growth. Ilmu-ilmu yang afzan ada, afzan dapat kongsi dengan peserta baru yang lain. 



Happy sangat bila ilmu yang diajar dapat bantu mereka perbaiki kehidupan. Siapa sangka, bekerja dari rumah boleh jadi seseorang yang bermanfaat pada mereka yang lain.



Kita kena bersyukur dengan sekecil-kecil perkara yang ada sekeliling kita.



Ini antara ayat yang afzan dapat dari mentor. Buat bisnes sendiri tak sama dengan makan gaji. Kena ada sumber kekuatan.



Ada mentor, ada guidance, semua ni bonus dalam TWB. Banyak lagi sebab kenapa afzan sayang sangat TWB family. TWB is beyond Home Spa, beyond Mobile Spa. It's beyond business.



Nak jadi sebahagian dari TWB family? Afzan alu-alukan. Banyak manfaat lain lagi yang korang boleh dapat jika benar-benar serius untuk berbisnes.



Boleh baca lebih lanjut dalam entri
Hebatnya Facial Bersama Team Spa TWB
Bisnes Mobile Spa TWB
Cara Bebas Hutang Dengan Bisnes Spa TWB




Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of ATB Spa



afzan6r@gmail.com