Al kisah kita tak ada idea nak bawa apa kat taska cik kasih sempena jamuan Chinese New Year & sambutan hari lahir kawan-kawan dia.
Tengok kat dapur ada mauripan, tepung, marjerin. Limited bahan-bahan yang ada. Memang kena kreatif. Maka jadilah kuih bentuk yang tak terduga.
Kita bagi nama : PAU BUTANG
![]() |
Adunan ni dapat 28 biji pau |
𝙋𝘼𝙍𝙏 ❶
1/2 cawan air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar yis
**bancuh semua ni & biarkan 10 minit
**kita bancuh dalam thumbler sebab... (rujuk gambar di bawah)
Hasilnya. Dari 1/5 je, dia membukit sampai nak melimpah |
𝙋𝘼𝙍𝙏 ❷
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam
**satukan semua bahan. ramas-ramas bagi jadi macam serbuk roti.
**masukkan 𝙋𝘼𝙍𝙏 ❶ tadi ke dalam 𝙋𝘼𝙍𝙏 ❷. Uli2 sampai jadi doh dan tak lekat kat tangan.
![]() |
Jadilah rupa ini. Takde sisa di jari yang lekat even di tepi mangkuk |
**biar dalam mangkuk yang bertutup kain lembap selama 45 minit.
![]() |
Taraaa. Dah kembang semangkuk |
**doh dah kembang. Tumbuk2 bagi keluar angin. Then boleh dah bentukkan buat pau.
**untuk inti, pakai chocolate button je sumbat dalam pau. Bubuh dalam acuan lompang (pikir nak senang bagi orang makan). Sekali ngap dah hilang. Tak membazir kan.
![]() |
Bulatkan doh separuh acuan. Nanti dia akan naik membukit |
**biar dalam 10-15 minit.
**kukus air sampai mendidih. Baru letakkan pau tadi. Masak selama 10 minit.
**dah siap. Angkat dari periuk kukus nak elak pau kecut.
![]() |
Gebu hellok sangat. Inti pun sedap. |
Alhamdulillah.