Khamis, 30 Januari 2020

Resepi Pau Butang Berinti Coklat Gebu Gebas Yang Mudah

Al kisah kita tak ada idea nak bawa apa kat taska cik kasih sempena jamuan Chinese New Year & sambutan hari lahir kawan-kawan dia.



Tengok kat dapur ada mauripan, tepung, marjerin. Limited bahan-bahan yang ada. Memang kena kreatif. Maka jadilah kuih bentuk yang tak terduga.



Kita bagi nama : PAU BUTANG


Adunan ni dapat 28 biji pau



π™‹π˜Όπ™π™ ❶

1/2 cawan air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar yis



**bancuh semua ni & biarkan 10 minit


**kita bancuh dalam thumbler sebab... (rujuk gambar di bawah)



Hasilnya. Dari 1/5 je, dia membukit
sampai nak melimpah



π™‹π˜Όπ™π™ ❷

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam



**satukan semua bahan. ramas-ramas bagi jadi macam serbuk roti. 


**masukkan π™‹π˜Όπ™π™ ❶ tadi ke dalam π™‹π˜Όπ™π™ ❷. Uli2 sampai jadi doh dan tak lekat kat tangan.


Jadilah rupa ini. Takde sisa di jari yang lekat
even di tepi mangkuk



**biar dalam mangkuk yang bertutup kain lembap selama 45 minit.


Taraaa. Dah kembang semangkuk



**doh dah kembang. Tumbuk2 bagi keluar angin. Then boleh dah bentukkan buat pau.


**untuk inti, pakai chocolate button je sumbat dalam pau. Bubuh dalam acuan lompang (pikir nak senang bagi orang makan). Sekali ngap dah hilang. Tak membazir kan.


Bulatkan doh separuh acuan.
Nanti dia akan naik membukit



**biar dalam 10-15 minit.


**kukus air sampai mendidih. Baru letakkan pau tadi. Masak selama 10 minit.


**dah siap. Angkat dari periuk kukus nak elak pau kecut.


Gebu hellok sangat. Inti pun sedap.



Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan