Isnin, 13 Januari 2020

Review Filem THE CAVE : Kisah 12 Budak & Jurulatih Bola Terperangkap Dalam Gua

Tak pernah-pernah nak bagi review pasal movie yang kitorang tengok. Tapi untuk movie ni, lain macam feel dia.






Serius cerita yang berbaloi untuk 1 keluarga layan bersama kat panggung. Bayangkanlah dari mula sampai akhir, Mr.H tak tidur pun. Siap kami penuh emosi lagi.



Kisah pasal 12 orang budak dengan 1 jurulatih bola sepak (Wild Boars) terperangkap dalam gua Tham Luang, Chiang Rai Thailand.



Kalau ikutkan ramalan, musim tengkujuh mula dari bulan Julai sampai Disember. Tapi tak terjangka, 23 Jun tu hujan dah mencurah curah turun sampai air naik mendadak. Banjir terus dalam gua.



Tak tahulah 13 orang ni tahu ke tak, kat luar gua bukan setakat orang area Chiang Rai je nak tolong. Tapi 1 dunia tau nak menyelamatkan dorang!!



Time ni jiwa kacau. Tengok proses nak rescue dorang. Dengan kerajaan Thai punya prosedurnya, dengan yang "menurut perintah", yang nak sukarela lagi, yang datang tapi kena halau plak, eh macam2 lagi la.



Sedangkan air tak surut surut, dan dah 1 minggu 13 ni masih stuck kat dalam. Tak tahu masih bernyawa ke tak.



Geram, sedih, tertanya2, terharu, semua mood ada.



Hari ke 10, baru dorang ni dijumpai oleh penyelam British. Tapi ada masalah lain. Untuk keluar dari gua, memerlukan lebih kurang 5 jam bagi profesional. Sangat mustahil bagi 13 ni sebab mereka tak pandai berenang sejauh tu dengan bekalan tangki oksigen.



Ada option lain yang diusulkan.

1. Pam semua air keluar dari gua untuk mudahkan dorang berjalan keluar seperti mana masuk hari tu. Tapi agak mustahil dengan keadaan cuaca yang semakin hujan lebat. Pam turbojet yang telah digunapakai pun hanya mampu keluarkan lebih kurang 40% air saja


2. Tebuk gua dari atas dan bawa dorang keluar. Usaha ni agak sukar sebab kena bawa segala jentera ke dalam hutan tebal. Dan mungkin juga meruntuhkan gua tersebut dan membahayakan nyawa dorang


3. Tunggu sehingga air surut. Boleh, tapi mengambil masa 4 bulan. Sanggup ke? Ntah2 dari yang hidup pun boleh sesak nafas.



Jadinya tiada pilihan lain. Dorang kena keluar secara menyelam tapi dengan "bantuan". Dengan keadaan yang sangat lemah, kurang makan minum, tak pandai nak berenang lama, bantuan tangki oksigen yang perlu ditukarganti, dorang perlu seseorang yang pakar mengiringi.



Heroes yang terlibat, 13 orang pakar cave divers dari US, Ireland, England, China dan ada beberapa negara lagi. Dibantu oleh Royal Thai Navy.






Kecut je perut tengok budak2 tu nak dibawa keluar. Antara hidup dan mati. Sebab peralatan kena complete. Mask make sure kedap. Kalau bocor, habis!! Suasana dalam gua tu plak gelap. Korang bayangkanlah tanggungjawab yang divers ni dipikul.



Nyawa orang kut😖



Apapun, THE CAVE based on true story. Watak sebenar pun ada dalam movie ni. So boleh la nak standby tisu bila perlu.


Gelap pun, iols snap juga. Maklum ler
1st time semua pakat duduk seat sendiri



Nanti kita share cara nak dapatkan
tiket wayang murah plak tau




Iols bagi 4.5💫



Afzan Noor
I will be back
Menyeru semangat kembali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan