Jumaat, 7 Februari 2020

PENGALAMAN HAMPIR TAK JADI JOIN ISLAND HOPPING DI KRABI

Yeaaa saat yang ditunggu-tunggu. 4 island trip. Kami buat aktiviti ni masa hari kedua iaitu hari sabtu.






Kami booking trip ni kat Malaysia lagi sebelum datang sini melalui Klook apps. 



Untuk kami berempat (adik free of charge sebab bawah 3 tahun) = RM 198.99 sahaja. National Park fee kami bayar masa confirmkan trip. Dewasa 400 THB, kanak-kanak 200 THB.



Jimat banyak. Bukan dari segi duit jer, masa pun jimat. Dalam apps, booking yang kami ambil ni under company Phi Phi Tour. Kami hanya berhubung melalui emel dari start book sampailah habis trip (untuk review).



Servis dorang mantap. Dorang pick up kami on time. Just tunggu kat lobi hotel. Lepas tu kami dibawa ke jetty naik tuk tuk untuk briefing dan dibahagikan kumpulan sebelum naik bot.



Rupa-rupanya ramai weh orang nak berjimba di pulau Gajah Putih ni. Bukan setakat couple, baru kahwin, yang berfamili, bercompany, semua ada. Seluruh pelusuk dunia jadi guest depa. Kalau ada tak faham english, bahasa thai, korang boleh guna option chinese guide.



Jom layan gambar sepanjang trip.

Naik tuk tuk. Muka papa tengah ketat.
1st sebab phone. 2nd sebab kakak dah mula diarrhea. 

Tapi iols stil tak mau kacau mood sebab bukan senang nak simpan dalam kenangan kan.


Our happy girl. 2nd time naik tuk tuk.
Cuaca 8.42am (masa sana) dah rasa sikit terik dah. 


Poor Cik Oli. Sebelum gerak tadi dah 2 kali pergi toilet. Tapi bab bergaya tetap tak kalah wokeh.


Sampai di jeti, ada simple breakfast. Sementara anak kecil ni dengan papa layan cookies, iols isi sekali lagi nama 1 famili untuk staff dorang bahagi group.



Tetiba Cik Oli merengek tak henti-henti. Bila tanya, dijawab dengan menangis. Manalah mama papa dia nak faham. Haish kami dah mula serabut. Nasib kat jeti tu ada toilet. Mr.H terus bawa Cik Oli.



Cik Oli layan diarrhea sampai bocor ke seluar. Mr.H dah tarik muka 14. Dia nak cancel trip. Kecut perut la mak. Dalam hati tak putus-putus doa. 



Bila nama kami dipanggil, laju-laju iols suruh Mr.H dengan adik jalan dulu. Iols take over Cik Oli. Dukung la budak 15kg nak bagi dia tenang.



Dah naik bot. Alhamdulillah Cik Oli cool sikit.
Tapi totally lembik dan bebai.



Syukur semua masuk dalam perut speedboat. The journey begins. Kami layan:



Phranang Beach (45 minit). Sini ada yang buat abseiling.
Tapi guna pakej lain la. Hujung pantai ada
bukit batu kapur. Tandas kena bayar ya.


Snorkeling di Phranang Island. Si kecik tu untung.
Guide tolong dia merasa berenang laut dalam.


Lunch di Poda Island (1 jam setengah).
Makanan halal complete dengan buah. Minuman jangan lupa bawa turun dari bot wokeh. 


Layan Chicken Island atas bot.
Nampak tak bentuk macam kepala 🐓 tu


Tub Island @ sand bar (1 jam).
Puas mama papa photoshoot kat pulau cantik ni.
Air tenang & jernih sangat sampai nampak ikan.



Kami habis trip pukul 4:00 pm. Sampai kat jeti, tuk tuk dah tunggu untuk hantar balik hotel.



Seronok sangat walaupun awalnya hampir spoil mood kan. Peralatan goggle, snorke mask semua disediakan. Bersih tau. Lepas team kami guna, terus dorang cuci dengan pencuci dan bilas.



Kalau tanya, jawapan iols harus nak repeat lagi. Wajib letak dalam list bila sampai Krabi.



Tapi untuk kami, mungkin akan pergi pulau lain dengan aktiviti lain plak. Semoga entri ni bermanfaat untuk korang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan