Rabu, 5 Februari 2020

TRIP KRABI HATYAI NAIK KERETA SENDIRI DARI KL

Lamanya terperam dalam draf hahaha. Minta maaf ya amat pada yang minta itinerary dari kami tu.



Actually naik kereta sendiri masuk Thailand ni best dan lagi flexible dari segi masa. Kalau korang sejenis nak trip bajet, suka makan-makan, berjalan-jalan, santai dan nak mudah, boleh la jadikan trip kami ni sebagai panduan korang. Enjoy reading...






Kami pergi dengan Myvi. Dari KL sharp 00.01 tayar bergolek. Pastikan dalam kereta dah ada



  • Passport yang sah (semua orang termasuk driver)
  • Photocopy geran kereta yang jelas (kalau tak jelas, back up bawa yang original)


Changlun: Tengah tunggu
insuran Thailand siap.
Anak-anak puas tidur.
6.00am dah cerah mata



Kami sampai di Changlun pukul 6 pagi. Singgah sini untuk isi minyak full tank & paling penting buat insuran kereta serta white card. Korang akan nampak banyak signboard INSURAN THAILAND. Pilih je mana-mana kedai. Proses dalam setengah jam je setel semua dah.



Total hangus:

Minyak Tol Duta : RM50
Tol Juru : RM43.30
Minyak Hentian Sg Dua : RM50
Tol Hutan Kampung : RM13
Tol Bukit Kayu Hitam : RM1.60
Isi full tank sebelum masuk Thai : RM35
Insuran : RM26
White Card : RM2 x 4 = RM8



Ready nak masuk border.
Nak masuk border, ada beberapa persinggahan.


KASTAM MALAYSIA
Sini kita drive thru. Hanya serah passport kat pegawai segak lagi macho di situ, serta hadiahkan senyuman kita je.


Ready nak cop buku merah.




MASUK KASTAM THAILAND 🇹🇭
Pun drive thru juga tapi semua kena turun dari kereta dengan bawa passport. Oh sebelum tu, sila selitkan dalam setiap passport RM2. Untuk apa? Korang buat je la. Anggap upah hehe.


Kastam Thailand akan scan muka kita termasuk anak kecil dan juga ambil 5 cap jari. Bukan ibu jari saja wokeh. Kelima-lima jari terlibat.


Happy!! Semua dokumen setel.
Ni kami bergambar depan parking kat last check point. Awal pagi takde serabut sangat dengan orang



LAST CHECK POINT
Yeaaa time ni, kena parking kereta kat sebelah kanan check point tadi. Kalau tak tahu, ikut jer kereta depan. Tak pun nanti ada staff situ akan bagitau mana nak kena parking.


Sini hanya driver a.k.a owner kereta sahaja. Bawa geran & insuran yang kita buat kat Changlun.



Alhamdulillah, plus minus urusan semua setel dalam 1 jam. Tapi tak terasa pun. Mungkin excited benar nak jamu mulut & perut kan. Jom kita gerak ke Dannok.



Singgah makan pagi. Sini masih cakap Melayu.
Bayar makan pun boleh RM


Kuah dhal dia sedap. Roti pun lembut.

Sebelah kedai makan tadi, ada kedai telekomunikasi.
Sini kita beli simcard (dorang akan tolong install dalam phone kita)

**remark: korang nanti ambil cap DTAC tau. Yang kami beli ni, tak bagus sangat.



Kat kedai ni juga kita tukar currency. Kami tak tukar kat Malaysia sebab harga upah sini lagi murah.



Total hangus:

Sarapan Pagi : RM13
SimCard : 150 THB (5 days unlimited internet)




Sambung balik perjalanan. Kami singgah Hatyai. Waze terus ke Kai Tod Decha. Ni port makan tengahari yang aum untuk Malaysian.


Antara menu mabeles sini : Nasi Kuning, Teh Buih



Setel je lunch, kami terus gerak ke Krabi. Perjalanan ambil masa lebih kurang 5 jam dari Hatyai.




Penat atas jalan, kita singgah 7E dulu.


7E sini menarik. Tapi hati-hati. Dah masuk oversea kan, so cari yang halal je tau. Boleh refer entri 7E Thailand.



Kalau nampak ni, kira RnR la. Toilet dia bersih.
Cafe Amazon tu pun boleh tapau coffee dia. Sedap.



Alhamdulillah, pukul 5.00 pm waktu Thai kami sampai di Aonang.



Total hangus:

Kai Tod : 250 THB (3 nasi kuning, 2 ayam goreng, 1 ayam stim, 1 kelapa, 1 teh buih)   
Tidbits : 117.50 THB (2 mineral kecil, 1 besar, 3 meiji, 2 biskut milo)
Buah di Kai Tod : 140 THB (2 nenas, 1 mangga, 3 jambu)



Habis Part 1 perjalanan nak ke Krabi. Tunggu sambungan Part 2 plak nanti. Jalan makan sedut hirup hembus angin di Aonang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan