Khamis, 26 Mac 2020

RESIPI ROTI CANAI MUDAH 5 BAHAN UNTUK YANG TAK PERNAH MASUK DAPUR

Antara menu viral masa musim #covid19 adalah ROTI CANAI.






Sebelum ni mudah je nak dapatkan kat kedai mamak. Tapi bila ada arahan Perintah Kawalan Pergerakan #MCO, semua keinginan dah tersekat.



Dont worry guys. Time ni la kita asah bakat yang ada. Tak pernah masuk dapur pun boleh pandai buat roti canai tau.


Dapat cicah dengan lebihan sardin pun sedap.




Kami guna pakai 850g tepung gandum cap Rose. Dapat 20 biji bola.


Bahan-bahan ::

850g tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar marjerin
1 sudu kfc garam
1 cawan air panas
1 cawan air biasa



Cara-caranya ::

1. Masukkan marjerin, garam, susu dan air panas dahulu. Kacau sehingga la marjerin cair.

2. Kemudian masukkan air biasa. Kacau sebati.

3. Baru masukkan tepung kesemuanya.

4. Gaul guna senduk untuk sebatikan adunan. Lepas tu, gunakan tangan untuk uli sehingga menjadi doh.

5. Pastikan selalu tumbuk doh untuk buang angin yang ada.

6. Perap 30 minit.

7. Tepuk tumbuk doh lagi sebelum buat bebola. Pastikan tangan pun lumur dengan marjerin masa buat bebola.

8. Perap dalam bekas yang dah disapu marjerin. Kemudian tutup dengan kain basah. Tunggu semalaman untuk canai esok dan goreng.



Boleh tengok juga di sini cara adun roti canai.





Siapa yang dah cuba tu, share la dengan kami rupa roti korang. Good luck 😉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan