Khamis, 26 Mac 2020

Tempat Makan Viral NASI GANJA PERLIS di Cheras Hartamas

Kalau dok kat area Selangor / KL, tak payah susah-susah dah nak apply cuti, start kereta pi sampai utara.


Yeaaa makan sampai jilat jari


Nasi Ganja dah ada kat Cheras Selangor/KL weh.


Kedai tepi jalan je, berhadapan simpang



Kami ni selalu lalu je depan kedai tapi selalu tu juga la termiss nak berhenti. Tapi kebetulan masa balik dari delivery cake dalam hujan yang tak henti-henti dari pagi, kami berjaya tapau 3 bungkus.





Nasi dengan ayam goreng (1/4) - RM9
Nasi dengan daging masak hitam - RM7.50


Lauk yang ada
Ayam goreng, daging, limpa, bawal goreng, bawal kari, ayam madu etc..




Kami minta tambah bendi dengan sambal belacan. Kuah dia bungkus asing. 



Bab kuah ni, macam kita pergi mamak tau. Dia campur 4 kuah. Ada kari ayam, gulai hati, masak hitam dan apa tah 1 lagi tu. Kuah dal tak silap.


Meriah kan.



Nampak tangan yang halus tu, Cik Oli la tu
Kunun kenyang kan hehe.




Bila bentang dalam talam, Cik Oli yang kenyang pun jadi lapar haha. Nasi dia serius sedap. 



Dah gaul dengan kuah, pergh. Jilat jari weh. Rasa dia macam gulai mak kita masak wokeh. Daging pun lembut. Ayam goreng tu puas hati la makan.



Kedai ni buka dari pukul 11:30 pagi sampai 4:30 petang je. Kalau makan kat situ, korang boleh order air sirap RM1 dan boleh ulang refill.



Just taip kat google map atau waze, cari Shell Segar Perdana Cheras je. Dah boleh pekena Nasi Ganja Perlis.



Sekali pekena, inshaaAllah buh dalam list nak pi try lagi 😁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan