Jumaat, 3 April 2020

RESIPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS :: BUAT CONFIRM JADI

Selalu kan bila intai resipi, kadang-kadang takut nak buat sebab risau tak jadi.



Tapi kalau guna resipi yang afzan share ni , dijamin cookies korang lagi sedap dari Famous Amos tau hehe. Janji ikut je steps tu wokeh.






Bahan-bahan serta cara-caranya :



250g buttercup (kami guna cap twin cows)
1 cawan gula (nak cantik pakai brown sugar)

**kacau dengan whisk je. Bagi sebati.



1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
6 sudu besar minyak masak

**kacau lagi bagi serasi pula😅



2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat

**bahan-bahan kering ni masukkan sikit demi sikit. Guna spatula jer kaup balik.



2 cawan choc chip

**make sure adunan tadi dah betul-betul bercampur, baru tuang choc chip.




Option (taknak buat pun takpe) : Masukkan juga dengan chocolate coins yang dah potong-potong kecil. Saje nak lawan Famos Amos😜


Afzan guna choc coins cap Meriah tu sebab
ada stock kat dapur. Sedap!!


Tutup adunan. Taknak tutup pun takpe tapi redha jela kalau cookies korang nanti ada bau isi peti huhu. Sejukkan dalam peti 30 minit.



Sementara tu, bolehlah basuh mana yang patut dan panaskan oven. Ready untuk bakar cookies. Oles plate dengan marjerin tau.



Suhu 140°. Bakar selama 15 minit.
Jarakkan antara 1 sama lain sebab cookies akan mengembang.



Suka buat cookies ni sebab tak perlu nak pakai acuan. Main scoop je.



Tapi kejadian selepas tu yang buat kita makin jatuh chenta. Tak dapat famous amos pun takpe.


Pakai sudu saiz baby, dapat dalam 139 ketul.






Dah cuba nanti, share la photo dengan kami tau❤


Tiada ulasan:

Catat Ulasan