Isnin, 10 Julai 2017

Kenapa Perlu #glutenfree?

KENAPA GLUTEN FREE?

Sekarang ni asyik menu hashtag gluten free saja. Semua orang ke kena makan bebas gluten ni? Apa gluten ni?

Kenapa afzan nak trending sangat #glutenfree ni?






Gluten ni banyak dalam produk gandum, barli, oat, rye... tak ada apa pun gluten ni. Sekadar nak bagi "lekat" "pekat" sesuatu makanan tu sahaja. 


Tengok roti. Bila kita carik-carikkan, struktur dia macam liat tertarik kan.


Kenangan suka membaking dahulu, Roti Bun Manis

Sebenarnya makanan yang banyak gluten ni tak banyak khasiat, tak bagi nutrisi yang tinggi pun pada badan kita.


Siap undang penyakit pula tu huhu. Kasar bunyinya... eh afzan tulis ni based on kajian dari mana-mana sumber ke. Kang ada yang tanya plak kan.


Tumbuhan yang khas untuk perindustrian memang tak lari dari kehebatan teknologi. 


GMO (ubahsuai genetik) serta tinggi racun (elak dari kerosakan serangga @ penyakit).


Tapi takpe... bagi mereka yang takde apa-apa masalah, boleh je teruskan makan makanan gluten ni.  

Cuma bagi mereka yang ada alah atau penyakit autoimmune seperti ekzema, masalah kulit.. ada juga yang kaitkan dengan masalah hyperactive, autisme, anxiety disorder, skizofrenia.. baiklah elakkan.


Boleh dapat info di sini kenapa penyakit ni istimewa berpantangnya.


Jangan risau, takde lagi yang kebulur akibat diet gluten free. Ada lagi yang lebih baik untuk dimakan. 


Yang dah amalkan diet ni pun ramai feedback badan lebih baik, senang nak turun berat badan, kulit pun makin flawless, baby tak banyak ragam.. alhamdulillah. Siap raya baru-baru ni, baju raya kena tukar saiz. Suami pula happy sebab katanya "macam dapat bini baru". Haaa penangan makanan bebas gluten.


Berbaloi untuk kesihatan jangka panjang juga ya.


Selain itu, untuk ekzema ada beberapa zat nutrisi yang perlu ditekankan. Antaranya pre & probiotik, protein, vitamin C, selenium, essential fatty acid, vitamin D... eh banyak lagi la. List boleh berjela-jela ni tapi berfaedah.


Next entri afzan kongsikan antara vitamin dan supplemen yang membantu penyembuhan ekzema anak afzan dalam masa 3-4 bulan.


Tapi kalau rasa nak cuba sekarang, boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.





 
 
Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 




afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan