Rabu, 12 Julai 2017

Sos Cili Homemade

Dah biasa bila makan makanan bergoreng macam cekodok, ayam goreng... mesti nak mencicah.

Dapat resepi dari Doc Suhaili tapi kita olah sikit ikut tekak katanya. Best lagi sebab boleh buat untuk stok. Kalau simpan luar peti ais, boleh tahan selama 1 minggu. 

Tapi dapat kat afzan, 3 hari dah habis licin dah.


Bahan-bahan

5 sb cili kisar
1/2 labu bawang putih (kisar halus)
3 sb molases
1 sb tepung kentang (dicairkan)
1 sudu teh garam
asam keping


Kenangan tengah masak, gas habis. Nasib ada portable stove ni


Cara Penyediaan

Masukkan cili dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan masukkan molases. Tambah air sikit untuk adjust kepedasan. Masukkan garam dan asam. Kacau sehingga mendidih. Masukkan tepung kentang. Nampak likat, boleh tutup api.


Siap untuk dicicah




Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan