Jumaat, 7 Julai 2017

Resepi Apom Lenggang #glutenfree

Kalau ada nasi sejuk, jangan dibuang. Boleh olah jadi apom lenggang yang sedap dan sihat tau. Walaupun dah dibiar lama, tekstur apom masih lembut dan gebu juga.





Sejak berkenalan dengan makanan menu bebas gluten ni, makin rancak afzan nak bersilat di dapur. Tambah pula ada tukang makan, lagi bersemangat hehe. Nampaknya lepas ni berterabur dalam blog ni resepi menu sihat la. Janji semua guna benda "hidup" dan perasa asli.


Bahan-bahan

1 senduk nasi sejuk
1/2 cawan santan
1 biji telur
1 sb vco
2 sb tepung kentang
sedikit garam
sedikit air (untuk nasi tenggelam)


Cara Penyediaan

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Masak atas pan sehingga kulit tepi terangkat. Boleh lipat dan hidangkan. Makan bersama kari sangat sedap. Lepas tu jangan lupa telan omega guard pula ya. 


Belum ada lagi Omega Guard? Boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.






Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan