Jumaat, 24 November 2017

Penyakit SLE: Kaum Wanita Perlu Berhati-Hati

Pertama kali tahu tentang penyakit ni, masa tengok drama Janna Nick berlakon. Tapi tak faham sangat. Tahu macam penyakit ni bergantung dengan ubat. Selepas tu badan pesakit sensitif semacam. Senang sakit. Mudah demam.



Gambar sumber Google. Ni Janna sakit lain. Bukan SLE



Dengar kali kedua plak masa babyD kena ekzema. Tapi masih secara rambang la. Sebab ada yang bagitahu ekzema ni pun cabang penyakit SLE.


Dan kelmarin dengar sendiri dari Puan Atif, pesakit SLE yang dah hidap selama 3 tahun. Rupa-rupanya SLE ni ada banyak jenis tau. Macam SLE darah ke, kulit ke, buah pinggang ke... Haaa terkejut masa Puan Atif bagitahu. Terus rasa berjaga-jaga.






Macam beliau penghidap SLE Lupus Nepritis. SLE bahagian buah pinggang. Masa awal-awal beliau tak tahu pun ada penyakit ni. Simptom awal, muka naik tompok-tompok merah. Bila kena cahaya plak, kulit pedih. Macam kena siat dengan pisau. Sakit amat sampai nak keluar rumah pun tak sanggup.



Keadaan muka masa di simptom awal penyakit



DETIK BERMULA
Semasa hamil anak kedua, beliau sakit sendi yang teruk. Tak boleh nak buat kerja berat langsung. Selepas bersalin pula, kaki beliau masih tak surut bengkak. Memang asal ingat punca tu sebab hamil tapi ni dah lain macam. Sikit pun tak terfikir ada penyakit lain. Anak pula kuning masa tu.


Jadi beliau mula ambil set berpantang. Lepas makan pagi sarapan, tiba-tiba sesak nafas. Suami panik panggil nurse dan terus kena admit di hospital.



Lepas buat ujian darah semua baru tahu selama ni yang keluar tanda-tanda sakit di badan tu adalah SLE. Doktor buat biopsi untuk tahu class ke berapa. Beza dengan kanser. Untuk SLE ni kita klasifikasi dengan class.

Bagai nak tercabut jantung bila doktor kata nak dialisis buah pinggang beliau. Protein dalam urin tinggi. Yela orang kata, sekali dialisis selama tu akan bergantung dengan mesin.


Dah la selama 3 minggu di hospital beliau kena pakai beg pundi kencing. Tersiksa amat.


Start pada tu beliau ambil vivix. Macam mana beliau boleh nak ambil vivix? Sebenarnya Puan Atif dapat saranan dari doktor pakar sendiri. Beliau ambil 2 botol terus. Demi nak sihat kan. Yela beliau ada tanggung jawab bukan pada anak-anak keluarga sahaja. Beliau juga merupakan guru pendidik. Tanggungjawab pada anak bangsa.



Doktor Pakar yang cadangkan Puan Atif mengambil Vivix.
Tapi pengambilan ubat dan pemantauan doktor masih lakukan





KESAN POSITIF
Selepas konsisten 1 botol vivix, guess what... Puan Atif dah tak perlu pakai beg pundi kencing lagi.


Paling bersyukur, doktor sahkan beliau tak perlu dialisis. Bacaan protein dalam urin makin cantik. Dan beliau juga dah kurang sakit sendi serta boleh kena cahaya. Dah boleh keluar bebas macam orang lain.


Kalau nak tahu, awal-awal disahkan hidap SLE, beliau kena telan 40 biji ubat sehari. Alhamdulillah sekarang tinggal 4 biji je sehari. Dari appointment 2 minggu sekali, kini hanya 6 bulan sekali. Seronok kita dengar. Dan Puan Atif masih consume Vivix beserta vitamin mineral lain.










Vivix - makanan nutrisi semulajadi dan selamat.
Begitu juga vitamin mineral lain yang diambil oleh Puan Atif




Terkini muka dah bersih, boleh bermekap



Antaranya Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard dan ESP. Semua ini membantu kesihatan badan Puan Atif. Semua ini vitamin mineral semulajadi dan selamat. 



Muka Puan Atif tanpa secalit mekap. Nampak makin cantik






Vivix dan vitamin mineral membantu bukan merawat. Puan Atif beli 2 botol terus sebab layak dapat FREE membership Shaklee. Jimat RM80 serta kos pos RM10.60. Dan dari kebaikan ini beliau keep sharing supaya penderita SLE juga inshaaAllah boleh makin sihat seperti beliau.



Andaikata lepas bersalin ada simptom2 yang pelik pada badan,
Sila bawa ke pemeriksaan lanjut. Takut keadaan bila sedar tahap class
Penyakit dah teruk.







Saham pahala paling mudah.



Seimbangkan pemakanan berkhasiat seperti makanan hidup (real food) dengan supplemen yang tepat untuk kesihatan kita semua.


Nak mencuba supplemen? Boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.

Jika tak tahu mana satu pilihan vitamin yang perlu diambil dahulu, boleh terus hubungi atau klik no telefon di bawah. 





Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 




afzan6r@gmail.com


Jumaat, 13 Oktober 2017

NICE - National Innovation and Creative Economy EXPO '17



Assalamualaikum...


Serius excited nak bercerita. Yela baru khamis lepas (12 Oktober 2017) sertai event NICE. Untuk event ni, ada 3 tempat yang korang boleh lawat.

  • Taman Teknologi Malaysia
  • Planetarium Negara
  • Pusat Sains Negara (PSN)

Dan kami pilih untuk pergi ke Pusat Sains Negara (PSN). Dah seharian kat sini pun, masih tak puas dan tak habis explore wokeh. Banyak sangat Section dia.





Muka waktu baru nak masuk. Dah masuk, habis semua
tak kenal mama papa


Mula-mula masuk tu dah nampak banyak ikan terhidang. Eh ni bukan hidang macam nak beli kat pasar tau. Ikan-ikan semua dalam akuarium dan kolam. Haa yang dalam kolam tu boleh kalau nak sentuh-sentuh main dekat air pancut. Tapi jangan pergi buat aksi "Just Kidding" plak. Kuyup nanti.




Kat akuarium kecil, cik Kasih la excited. Kat akuarium besar,
adik dia melopong tengok ikan besar-besar


Lepas tu kami masuk bahagian Wonderspark. Sini explore pasal tenaga. Siap ada macam-macam eksperimen yang kita boleh try. Harus la yang mama papa ni lebih teruja. Al maklum zaman belajar dulu, bila kelas makmal je standby la batang mancis nak tongkat mata.




Kat sini mula semua tak kenal mama papa.
Berlari nak cuba apa yang ada




Ada ruang untuk selfie sebab kawasan sini kurang sikit pencahayaan


Kat area ni juga ada Laser Maze. Kami tak masuk sebab busy hunting cop hadiah hahaha. Lagipun ada anak kecil kan. So kalau parents yang teringin, boleh gilir-gilir dengan pasangan. Kitorang mungkin next trip akan cuba juga. Dah dapat tempo sama nak jaga anak2. Lagipun hadiah dah dapat haha. So boleh la nak enjoy game.


Bahagian lepas tu, nama apa ntah tapi pun menarik. Yang ingat ada pasal nombor, bunyi dan pergerakan Sini la anak2 kami lupa mama papa dorang. Habis berkeliaran nak sentuh setiap games yang ada. Sebenarnya dekat ground floor sahaja banyak sangat benda yang exciting.




Anak siapa la sampai terbaring-baring tu hahaha




BabyD charge tenaga dulu 




Sini memang mata mama papa harus melilau. Takut nanti ada yang penyet




Eh kelibat papa je. Anak-anak mana?



Memang akan leka bila pulun nak cuba eksperimen dan games yang ada. Kat tingkat 2 pun laku keras kat #SurviveTheBunker. Siap adik fasi tu kata rugi tak cuba. Kena bincang dengar Mr.H dulu la nak gilir-gilir jaga anak hahaha. Bagi peminat robot, Ahad ni final Robot Tempur. Tengok live macam tengok filem "Real Steel" ooo.


Pusat Sains Negara ni luas. Ada 4 tingkat. Untuk NICE, sampai tingkat 3 sahaja. Tingkat 4 adalah Surau. Kawasan sangat luas. Kalau mama ada baby, tak perlu risau. Tak rasa bersesak pun kat sini. Lapang!! Ground floor pun ada Baby Room.


Cuma dinasihatkan bawa la carrier atau stroller. Dan tak lupa juga makanan minuman untuk si manja. Memang sini ada food truck dan cafe tapi risau incase tengah enjoy main, dah bergegas kena cari makanan.





Kat tingkat 3, kami DIY buat robot. Dah siap, boleh bawa
balik hasil eksperimen tu



Oh tak lupa juga. Luar pun ada bahagian-bahagian yang best tau. Antaranya Taman Rama-Rama yang ada 500 spesies. Ada juga tempat mandi kanak-kanak. Taman PraSejarah yang banyak replika Dinasour hahaha. Memang yang besar pun jadi kanak-kanak ribena bila datang sini.


Untuk famili kami, event ni memang 5 bintang. Fasilatator baik dan berinformasi. Tahu keadaan tempat sekitar PSN walaupun baru je datang untuk jaga event tu semata-mata. Parking pun ok cuma kena menapak banyak juga untuk sampai kat main building. Bukan selalu kan. At least terbakar juga lemak-lemak yang manja itu.


Apa lagi ea nak cerita?
Oh ya, untuk event ni masuk ke PSN adalah PERCUMA bagi semua tempat yang ada.
Bermula pukul 10 pagi - 6 petang tapi kaunter tiket beroperasi sampai pukul 5 petang sahaja.
Walaupun FREE, dorang provide tiket untuk kira berapa jumlah pengunjung.


Tapi kan, kalau korang pun suka hadiah. Nak hunting cop di setiap section NICE PSN, pastikan sebelum pukul 4.30 petang wokeh. Lebih pada waktu tu, maaf. Tak dapat dilayan. Eh macam hakak plak fasi untuk #NICEmosti2017 hahaha.


Tak lupa juga nak pesan kat kaum bapa dan ibu. Sebelum datang ambil la sumber Kalsium, Magnesium dan Vitamin D secukupnya. Dah balik pun kena topup juga. Kalau tak, harus kena serangan kejang di kaki, betis dan juga tapak kaki.



Kut kalau tak tahu nak ambil sumber dari mana, boleh try consume OsteMatrix. Belum ada lagi?
Klik je button kat bawah.









Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

 Hasil carian: 
#justscienceit 
#psnscifest17 
#pusatsainsnegara 
#psn #SciFest17 #mosti
ostematrix sains teknologi dan inovatif 
robot tempur
expo sains dan teknologi

Selasa, 8 Ogos 2017

Resepi Tempoyak Goreng

Mak Kak Af pesan, kalau orang kita sayang sebut pasal makanan usaha la buat tanpa bertangguh.



Akibat Mr.H dah seru waktu dia bersembang dengan mak masa di kampung, maka jadi la menu untuk tengahari ni TEMPOYAK GORENG.



Dapat ni, hadap seorang nasi seperiuk pun boleh habis


Walaupun pusuk segar takde, kita tukar bahan utama. Janji jadi dan sayup-sayup dengar ada request macam nak lagi haha.



Bahan-bahan

Bawang
Bawang Putih
Ikan Bilis
Cili Padi
Carrot
Cili Besar
Garam Gula
Tempoyak



Cara Kak Af tumis bawang dan cili padi yang dah ditumbuk sampai wangi. Masukkan carrot yang selamat dah potong dadu. Masukkan juga hirisan cili besar. Perasa dengan garam gula (kalau ada ikan bilis, tak perlu garam). Akhir sekali tambah tempoyak dan gaul sampai tukar warna gelap sikit. Siap!!



Pss.. dolu pernah buat dah. Versi pusuk dan petai. Tu pun terbaik untuk tambah selera huhu. Bagi golongan kayangan puteri emas permata, pastikan guna bahan2 yang tak melanggar akta ok.




Selesai makan, basuh pinggan jangan lupa telan omega guard. Boleh juga dia bantu jaga paras gula dalam darah. Dah nama pun Omega "Guard" kan.








 Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Jumaat, 21 Julai 2017

B Complex Menggemukkan?

Betul ke B Complex itu boleh buat seseorang gemuk?

Gemuk kan sesuatu yang perlu diatasi oleh seseorang tapi kenapa ada vitamin yang boleh menyebabkan gemuk?

Mitos ke fakta ni?





B Complex sebenarnya tidaklah menyebabkan seseorang itu gemuk.

Kalau tak, KKM tak cadangkan vitamin ini dalam list vitamin yang harus diambil oleh ibu hamil dan ibu lepas bersalin.

Kalau seseorang itu jadi sangat lapar selepas makan vitamin B, ada 2 kemungkinan.


Pengambilan air yang kurang (tak cukup 2-3 liter air sehari)
- bila badan kita kekurangan air, badan akan salah bagi signal pada otak. Otak akan faham badan mula lapar, sedangkan saat itu badan tengah dahaga.




Badan sebelum ini kekurangan nutrisi
 - badan yang sedia kelompongan nutrisi menyebabkan demand naik untuk memenuhi ruang yang ada. Maka badan mulai rasa lapar, cepat letih dan mengantuk. Kesan ni sementara sahaja. Bila keadaan sudah stabil, badan akan bertenaga dan mood akan jadi tenang.



Secara sainsnya, vitamin B meningkatkan metabolisme iaitu faktor yang menjadikan seseorang itu lapar. 

Tapi metabolisme yang meningkat adalah perkara yang baik untuk badan. Oleh itu kena tahu bila waktu sesuai yang perlu diambil dan berapa kuantiti dalam sehari untuk mengelakkan kesan kelaparan ni.


B Complex Shaklee lengkap 8 vitamin B yang diperlukan badan


Salah satu komponen dalam vitamin B Complex adalah vitamin B1 (Thiamine) yang mana vitamin ini bertindak bantu sel-sel tubuh menukarkan karbohidrat kepada tenaga.

Dah jumpa jawapan?

Badan orang yang metabolisme tinggi senang nak selim kurus cantik menawan tau sebab senang nak urus berat badan.

Haaa mana pilihan kita. Nak percaya mitos atau fakta.

Selain vitamin B1, B Complex Shaklee juga mengandungi asid folik dan folat. 2 jenis vitamin ini sangat penting diambil oleh ibu-ibu hamil terutama yang mengalami anemia.

Seimbangkan pemakanan berkhasiat seperti makanan hidup (real food) dengan supplemen yang tepat untuk kesihatan kita semua.


Nak mencuba supplemen? Boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.





Jika tak tahu mana satu pilihan vitamin yang perlu diambil, boleh terus hubungi no telefon di bawah. 





Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com



Rabu, 12 Julai 2017

Sos Cili Homemade

Dah biasa bila makan makanan bergoreng macam cekodok, ayam goreng... mesti nak mencicah.

Dapat resepi dari Doc Suhaili tapi kita olah sikit ikut tekak katanya. Best lagi sebab boleh buat untuk stok. Kalau simpan luar peti ais, boleh tahan selama 1 minggu. 

Tapi dapat kat afzan, 3 hari dah habis licin dah.


Bahan-bahan

5 sb cili kisar
1/2 labu bawang putih (kisar halus)
3 sb molases
1 sb tepung kentang (dicairkan)
1 sudu teh garam
asam keping


Kenangan tengah masak, gas habis. Nasib ada portable stove ni


Cara Penyediaan

Masukkan cili dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan masukkan molases. Tambah air sikit untuk adjust kepedasan. Masukkan garam dan asam. Kacau sehingga mendidih. Masukkan tepung kentang. Nampak likat, boleh tutup api.


Siap untuk dicicah




Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Cucur Cekodok #glutenfree

Dah 2 hari hujan waktu petang kat KL ni. Perut dah mula berbunyi minta diisi walaupun tengahari tadi melantak sepenuh hati.

Ecewah macam tulis novel plak kita.

Join diet bebas gluten ni buat kita jadi kreatif tau. Nasi sejuk pun boleh buat jadi cekodok. Makan 3-4 ketul dah kenyang hehe. Lepas tu yang baki anak-anak la makan. Mana la tak orang kata badan mama macam atlit ye tak.

Makan banyak pun badan tetap selim.

Nak buat cekodok ni tak ambil masa yang lama pun sebab bahan-bahan boleh kisar je dengan blender.






Bahan-bahan

*2 senduk nasi
*2 biji telur
2 sb tepung kentang
2 sb serbuk kari (nak spicy boleh letak lebih dan tambah serbuk cili)
Isi ayam / ayam cincang (option)
Parutan carrot
Bawang
Garam
*Sikit air


Cara Penyediaan

1. Bahan yang ada tanda * masukkan ke dalam blend dan kisar sampai gebu halus. 

2. Bahan-bahan kering pula gaul sekata dalam 1 mangkuk.

3. Tuangkan bahan yang dah dikisar ke dalam mangkuk. Gaul sebati.

4. Panaskan minyak. 

5. Bentukkan bulat-bulat dan goreng dalam minyak panas.

6. Tos minyak.  Siap unk dihidang. Makan dengan sos pun sodap.



Bagi yang kurang clear kenapa sekarang trending makanan bebas gluten, boleh la tambah pengetahuan di sini.








Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Isnin, 10 Julai 2017

Kenapa Perlu #glutenfree?

KENAPA GLUTEN FREE?

Sekarang ni asyik menu hashtag gluten free saja. Semua orang ke kena makan bebas gluten ni? Apa gluten ni?

Kenapa afzan nak trending sangat #glutenfree ni?






Gluten ni banyak dalam produk gandum, barli, oat, rye... tak ada apa pun gluten ni. Sekadar nak bagi "lekat" "pekat" sesuatu makanan tu sahaja. 


Tengok roti. Bila kita carik-carikkan, struktur dia macam liat tertarik kan.


Kenangan suka membaking dahulu, Roti Bun Manis

Sebenarnya makanan yang banyak gluten ni tak banyak khasiat, tak bagi nutrisi yang tinggi pun pada badan kita.


Siap undang penyakit pula tu huhu. Kasar bunyinya... eh afzan tulis ni based on kajian dari mana-mana sumber ke. Kang ada yang tanya plak kan.


Tumbuhan yang khas untuk perindustrian memang tak lari dari kehebatan teknologi. 


GMO (ubahsuai genetik) serta tinggi racun (elak dari kerosakan serangga @ penyakit).


Tapi takpe... bagi mereka yang takde apa-apa masalah, boleh je teruskan makan makanan gluten ni.  

Cuma bagi mereka yang ada alah atau penyakit autoimmune seperti ekzema, masalah kulit.. ada juga yang kaitkan dengan masalah hyperactive, autisme, anxiety disorder, skizofrenia.. baiklah elakkan.


Boleh dapat info di sini kenapa penyakit ni istimewa berpantangnya.


Jangan risau, takde lagi yang kebulur akibat diet gluten free. Ada lagi yang lebih baik untuk dimakan. 


Yang dah amalkan diet ni pun ramai feedback badan lebih baik, senang nak turun berat badan, kulit pun makin flawless, baby tak banyak ragam.. alhamdulillah. Siap raya baru-baru ni, baju raya kena tukar saiz. Suami pula happy sebab katanya "macam dapat bini baru". Haaa penangan makanan bebas gluten.


Berbaloi untuk kesihatan jangka panjang juga ya.


Selain itu, untuk ekzema ada beberapa zat nutrisi yang perlu ditekankan. Antaranya pre & probiotik, protein, vitamin C, selenium, essential fatty acid, vitamin D... eh banyak lagi la. List boleh berjela-jela ni tapi berfaedah.


Next entri afzan kongsikan antara vitamin dan supplemen yang membantu penyembuhan ekzema anak afzan dalam masa 3-4 bulan.


Tapi kalau rasa nak cuba sekarang, boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.





 
 
Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 




afzan6r@gmail.com

Plan Terbaik Untuk Hamil

Setiap ibu bapa impikan anak-anak yang sempurna dari segi fizikal dan mental serta kesihatan. Bolehkah ibu bapa menentukannya?


Jika ibu-ibu jaga pemakanan, kurangkan makanan segera serta proses, dan amalkan vitamin 3-6 bulan sebelum hamil, kemungkinan besar untuk melahirkan si comel yang sihat, kulit cantik, kurang risiko penyakit genetik (athma, ekzema, etc..), bebas alergik... adalah tinggi.


Sebab perkembangan sel-sel nak membentuk sebagai bayi sangat cepat dalam tempoh 4 bulan pertama.


Waktu ini plasenta (bekal nutrisi & oksigen) pun terbentuk sama.


Bayangkan di awal kehamilan ibu-ibu sambil lewa abaikan pemakanan sihat, abai vitamin... sedangkan masa tu sangat penting nutrisi untuk perkembangan bayi. 



Vitamin asas untuk merancang dan sedang hamil



Rugi sangat ibu-ibu.


Melaburlah untuk kesihatan. Jangan kedekut sebab zaman sekarang 'kos sakit' lebih tinggi.


Banyak kes sekarang penyakit yang sepatutnya menjengah ketika lanjut usia menyerang orang muda termasuk anak kecil.


Seimbangkan pemakanan berkhasiat seperti makanan hidup (real food) dengan supplemen untuk kehamilan yang sihat dan gembira.


Nak mencuba supplemen? Boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.


Jika tak tahu mana satu pilihan vitamin yang perlu diambil dulu, boleh terus hubungi no telefon di bawah. 



Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Jumaat, 7 Julai 2017

Resepi Apom Lenggang #glutenfree

Kalau ada nasi sejuk, jangan dibuang. Boleh olah jadi apom lenggang yang sedap dan sihat tau. Walaupun dah dibiar lama, tekstur apom masih lembut dan gebu juga.





Sejak berkenalan dengan makanan menu bebas gluten ni, makin rancak afzan nak bersilat di dapur. Tambah pula ada tukang makan, lagi bersemangat hehe. Nampaknya lepas ni berterabur dalam blog ni resepi menu sihat la. Janji semua guna benda "hidup" dan perasa asli.


Bahan-bahan

1 senduk nasi sejuk
1/2 cawan santan
1 biji telur
1 sb vco
2 sb tepung kentang
sedikit garam
sedikit air (untuk nasi tenggelam)


Cara Penyediaan

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Masak atas pan sehingga kulit tepi terangkat. Boleh lipat dan hidangkan. Makan bersama kari sangat sedap. Lepas tu jangan lupa telan omega guard pula ya. 


Belum ada lagi Omega Guard? Boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.






Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Kebaikan Omega Guard Yang Tak Ramai Orang Tahu

Yesss... my favourite supplement. Omega Guard ni adalah minyak ikan tau. Fish oil, bak bahasa orang london tapi dia tersangat istimewa. Nak tau sebab apa?



Sebabnya inilah minyak ikan - supplemen Omega 3 TERBAIK DUNIA! Eh dah tau depan mata je ada produk terbaik, buat apa nak pandang yang lain kan.

  


Omega 3 sangat diperlukan oleh badan kita. Tak kira di usia muda sehingga lanjut usia. Omega ni membantu untuk

  • kulit cantik - omega 3 sangat bantu bagi kulit sensitif macam afzan ni yang mudah gatal-gatal & alahan. Dan ia juga merupakan anti radang

  • bakar lemak - bab ni paling afzan suka. Serius tanpa sedar badan senang slim bila amalkan ni. Tau-tau orang tegur je badan macam anak dara. Tak ke seronok macam tu?

  • hilang lenguh sakit sendi - untuk kaum ibu, si comel siapa suka ngempeng?.. lenguh kan bila kena stay lama dalam 1 keadaan. Kadang sampai kebas kaki tangan ni statik panggung seketul makhluk. Tapi sejak afzan amal minyak ikan ni, sekarang tak alami dah semua ni. Kejang kaki pun lama dah tak kena.

  • imun baby - anak dah umur 1 tahun lebih ni, 2 kali je kut baby afzan demam. Kena selsema berkahak pun cepat baik. Paling ketara sekarang kulit baby pun dah kurang sensitif. Mama dia pun boleh makan suka hati. 







Omega Guard ni juga big brother to Lecithin. Hahahaa... salasilah set nak slim sihat. Sebenarnya afzan dah tak pikir pasal kurus pun tapi lebih pikir pasal kolestrol dalam badan. 




Zaman bujang dulu afzan kurus lagi dari sekarang tapi masa buat blood test, tu diaaa kolestrol tinggi. Dah la dalam famili sebelah mak afzan ada history sakit berkenaan jantung ni. Walaupun penyakit keturunan tapi kita boleh kawal 20% - 40% tau melalui diet pemakanan kita.




Sebab tu afzan sangat pastikan pengambilan Omega Guard ni konsisten. Tambah pula ia
  • tidak mengemulsi lemak tapi membakar lemak (lemak lama/termendap)


  • menghalang penghasilan hormon costile yang menggalakkan penyimpanan lemak


  • bertindak balas dengan hormon leptine (hormon yang dapat mengawal rasa lapar)



so Omega ni tolong bersihkan salur darah yang sempit dengan lemak mendap. Tapi kalau masuk lemak baru?... Haaa yang ni kena ada pengemulsi semulajadi iaitu Lecithin. Nanti afzan share macam mana lecithin ni emulsi minyak.

So siapa yang suka makan makanan bergoreng, like ada pecah minyak banyak-banyak tu.. ambil la lagi 1 minyak iaitu minyak ikan omega guard. Baik untuk salur darah, baik untuk jantung.


Nak mencuba supplemen ni? Boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.








Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Apa Itu Usus Bocor a.k.a Leaky Gut?

Apa??? Antibiotik dan stress boleh bunuh bakteria baik dalam usus?

Kisah ni sebenarnya afzan tahu bila makin menggali pasal ekzema.

Ekzema ni bukan la sakit kulit seperti yang kita nampak. Sakit ini berkaitan dengan sistem imun badan. 80% sistem imun badan adalah dari perut, usus.

Maksudnya, pesakit ekzema ada masalah berkaitan dengan usus.

Ini 1 bahagian dari cabang-cabang berkenaan dengan ekzema, alergik dan seangkatannya. Afzan ulas mengikut kefahaman bahasa mudah kita. Agak kalau tersasul terlari maksud, mohon tegur dan tolong betulkan ya. Boleh beri manfaat kepada yang lain.


USUS BOCOR, BAIKI USUS





Dalam perut kita ni kena ada 1 keseimbangan. Flora Usus. Ibarat macam flora dan fauna gittew. Ada bakteria baik, bakteria jahat, fungal, virus dan macam-macam lagi. Macam ada 1 kehidupan lain la dalam perut kita ni.

Probiotik; bakteria baik, dia ni seolah-olah jadi polis. Jaga keamanan dalam perut kita.

Tapi probiotik boleh berkurangan dan mati disebabkan antibiotik ataupun stress. Masa ni kerajaan akan masalah. Ada orang yang akan take over dan buat kucar-kacir. Koloni bakteria jahat la.

Tuan badan akan mula ketagih nak benda manis, processed food dan lemak-lemak tenusu. Nah! Sengaja tak sengaja dah bagi makan kepada "penjahat". 

Pernah makan perut lembu? Tengok macam mana tekstur perut tu? Macam karpet kan. Macam tu juga perut kita. "Penjahat" makin berkuasa dan melebihi dari yang lain sehingga dia tembus dinding perut kita.






Terlepas la masuk ke salur darah. Toksik, zat-zat yang belum dicerna dengan betul. Makin huru-hara keadaan. Sistem imun pun pening nak kawal, nak lawan bakteria dan toksik dah merata-rata. Tak dapat beza mana kawan, mana lawan.

"Keradangan" mula berlaku.
  
Penting jaga "kehidupan" dalam perut kita supaya mereka harmoni. Bukan setakat ekzema, emosi pun boleh dipengaruhi.


Nak mencuba supplemen untuk ekzema, alergi anda? Boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.






Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Isnin, 3 Julai 2017

Promosi Best Bulan Julai 2017

Waaa dah masuk bulan Julai la. Dah setengah tahun dalam 2017. Tertunggu-tunggu nak tahu apa promosi best dari Shaklee kali ni?

Best sangat offer bulan ni. Bukan 1, bukan 2 tapi empat pilihan promosi hebat yang tak tercapai dek fikiran ececeh. Semua barang-barang best!!

Jom kita lihat apa dia yang best boleh di'grab' hanya pada bulan Julai 2017 sahaja.





Wow untuk Projek #letsDetox Shaklee lanjutkan la promosi bekas comel. Ada 4 pilihan warna. Bekas comel ni bukan bekas biasa-biasa ya. Serius tau. 

Dalam 1 bekas ni ada lagi container kat dalam tu. Khas untuk kita asingkan makanan makanan kita & ada tempat letak dressing lagi. Kan hari pertama detoks kita concern dengan sayur sahaja dulu kan. 

So lepas ni bukan setakat Meal Plan je la afzan bagi. Boleh dapat bekas yang memudahkan anda juga untuk bersemangat berdetoks. Bekas ni datang lengkap dengan sudu garfu lagi. Haa suka tak suka? Boleh la nak buat collection. 





Promosi kedua, alas cawan (coaster) yang menarik. Selalu minum gelas lenggang je kan, sekali letak lapik haaa comel gittew.

Tambah bila kita minum sejuk, gelas akan berpeluh dan basah meja. Ada coaster ni dah selamat meja. Jimat juga tisu hehe. Hidangkan air dekat tetamu pun nampak class uolls. 

6 pilihan menarik boleh direbut ikut tarikh promosi ya. Jangan terlepas, nanti menangis tepi bucu meja. Tak dapat nak tolong.






Yeaaaa ni paling semua ternanti-nanti. Khas untuk peminat vivix. Cooler bag dengan eksklusif sudu Vivix. Cantiknya merah ang-ang dia hehe. Siap dalam beg ada bahagian untuk letak sudu lagi. Mudah sangat nak travel dengan vivix lepas ni.






Last but not least, apakah ini? Masa NC lepas, Shaklee bagi doorgift tumbler warna merah. Dan kali ni promosi PWP boleh dapat tumbler warna biru plak. Lagi cantik oooo. Minum sejuk atau panas pun boleh. Sekali dah dapat, jatuh cinta kedebuk kedebak nak guna lagi.

Amacam, tergoda kan promosi yang ada. Ingat.. hanya bulan Julai je barang-barang hot ni boleh direbut. Cepat cepat grab ok sebab promosi Shaklee ni laju je nak out of stock. Stock panas la katakan. Tak tahu macam mana nak purchase ni, boleh je contact afzan untuk bantuan. Nak respon laju, guna khidmat wasap ya


www.wasap.my/60195225782

pssst:: nak tengok jelas, klik pada gambar tau hehe





salam cantik & mesra

Afzan Noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY

6019 5225 782

afzan6r@gmail.com

Rabu, 24 Mei 2017

Petua Elak Bayi Mudah Selsema

Baby yang berumur bawah 3 tahun kalau kena selsema, ya Allah renyah sangat kan.. Memang buat mama papa ni lagi risau. 


Kalau tersumbat tak tahu baby boleh control ke tak nak nafas ikut mulut. Paling kesian time menyusu.. alahai menangis-nangis mengamuk nak menyusu tak selesa.


Pengalaman kami masa umur cik kasih hampir 1 tahun kena selsema sampai berkahak. Last ikhtiar kitorang buat stim bawang putih. Alhamdulillah sampai sekarang cik kasih jarang kena selsema walaupun bergaul dengan kawan-kawan yang demam.


Tabiat BabyD, semua yang ada depan mata test rasa masuk mulut



Antara lain petua yang afzan amal dari cik kasih kecik sampai la untuk adik dia, babyD ni

  • lepas mandi WAJIB lap kering bahagian ubun-ubun dorang
  • time mandi pula, jirus bahagian belakang badan je. Biar air mengalir ke depan. Dekat kawasan pelipat-pelipat tengkok, ketiak tu ... hanya gosok lembut bagi daki keluar. Alah.. baby bukan kotor pun. Mandi nak bagi segar badan je.
  • pastikan setiap hari mesti ambil omega guard selepas makan. Baik untuk sistem imun mereka.



Kalau nak tahu, cik kasih & babyD start mandi bersabun (guna sabun baby) waktu umur lebih dari 1 bulan. Suka lagi bau natural baby hehehe. Ni dah peluh makan macam-macam pun mama tetap suka cium masyem tu hahaha.





Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Buang Kahak dengan Stim Bawang Putih

Afzan kongsi di sini cara stim bawang putih memandangkan ada yang tak tahu cara yang betul ya untuk BUANG KAHAK DENGAN STIM BAWANG PUTIH


Afzan guna warmer. Kalau takde ni boleh juga guna rice cooker. Kalau takde dua-dua, boleh la pakai besen kemudian isi air panas.


Gambar ihsan google. Warmer kami dah dalam kotak huhu

So far teknik ni yang paling berkesan untuk buang kahak degil baby dan ia diakui dan disaran kebanyakan doktor.

Key utama dia adalah si anak kena sedut wap air panas, sambil tangan mommy buat bentuk "cupped hand" tepuk belakang badan baby. Tepuk bagaimana? Sila teruskan bacaan.



Rupa "cupped hand" hujung ibu jari ada di ruas kedua jari telunjuk

Caranya ketuk 2-3 ulas bawang putih (sekali kulit) letak dalam 1 cawan air. Kalau letak air banyak, garlic pun kena banyak sikit la. Didihkan air sampai naik wap. Haa bagi la baby hidu sambil tepuk percussion di kiri kanan belakang baby. BUKAN TENGAH BAHAGIAN TULANG BELAKANG BABY YA.


Kalau tak dapat imagine macam mana kedudukan baby tu... boleh refer post afzan sebelum ni. BabyD sendiri jadi model tau.


Lagi bagus baby kita tu dah makan omega guard. Kahak lagi cepat sangat keluar. Baby afzan ni, hidu wap dalam 10-15 minit dah meleleh hingus tu.


Sesi ni selalu dibuat dalam setengah jam la. Buat seminggu setiap pagi dan petang.


Memang bukan sekali buat terus hilang, kena sabar dan teruskan. Sebab kahak tu dari dalam badan dan baby kita pun belum reti nak buang sendiri.


Baby menangis?.. harus la. Tu antara penyebab nak bagi kahak lendir senang keluar pun. Anak-anak kami alhamdulillah 2 kali je sesi, selsema kahak kurang, batuk pula seminggu lepas tu dah hilang.


Teknik ni memang paling bagus untuk buang kahak degil.


Wap bawang putih yang disedut baby tu akan matikan kuman yang memenuhi rongga pernafasan anak. Syok ke syok?.. Ibu mommies mamas muda takmo gelabah ya kalau baby kena berkahak ni.


Haa boleh simpan siap-siap untuk rujukan ibu bapa tau.


Boleh juga tahu Petua Elak Selsema Bayi




Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com