Rabu, 24 Mei 2017

Buang Kahak dengan Stim Bawang Putih

Afzan kongsi di sini cara stim bawang putih memandangkan ada yang tak tahu cara yang betul ya untuk BUANG KAHAK DENGAN STIM BAWANG PUTIH


Afzan guna warmer. Kalau takde ni boleh juga guna rice cooker. Kalau takde dua-dua, boleh la pakai besen kemudian isi air panas.


Gambar ihsan google. Warmer kami dah dalam kotak huhu

So far teknik ni yang paling berkesan untuk buang kahak degil baby dan ia diakui dan disaran kebanyakan doktor.

Key utama dia adalah si anak kena sedut wap air panas, sambil tangan mommy buat bentuk "cupped hand" tepuk belakang badan baby. Tepuk bagaimana? Sila teruskan bacaan.



Rupa "cupped hand" hujung ibu jari ada di ruas kedua jari telunjuk

Caranya ketuk 2-3 ulas bawang putih (sekali kulit) letak dalam 1 cawan air. Kalau letak air banyak, garlic pun kena banyak sikit la. Didihkan air sampai naik wap. Haa bagi la baby hidu sambil tepuk percussion di kiri kanan belakang baby. BUKAN TENGAH BAHAGIAN TULANG BELAKANG BABY YA.


Kalau tak dapat imagine macam mana kedudukan baby tu... boleh refer post afzan sebelum ni. BabyD sendiri jadi model tau.


Lagi bagus baby kita tu dah makan omega guard. Kahak lagi cepat sangat keluar. Baby afzan ni, hidu wap dalam 10-15 minit dah meleleh hingus tu.


Sesi ni selalu dibuat dalam setengah jam la. Buat seminggu setiap pagi dan petang.


Memang bukan sekali buat terus hilang, kena sabar dan teruskan. Sebab kahak tu dari dalam badan dan baby kita pun belum reti nak buang sendiri.


Baby menangis?.. harus la. Tu antara penyebab nak bagi kahak lendir senang keluar pun. Anak-anak kami alhamdulillah 2 kali je sesi, selsema kahak kurang, batuk pula seminggu lepas tu dah hilang.


Teknik ni memang paling bagus untuk buang kahak degil.


Wap bawang putih yang disedut baby tu akan matikan kuman yang memenuhi rongga pernafasan anak. Syok ke syok?.. Ibu mommies mamas muda takmo gelabah ya kalau baby kena berkahak ni.


Haa boleh simpan siap-siap untuk rujukan ibu bapa tau.


Boleh juga tahu Petua Elak Selsema Bayi




Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan