Baby yang berumur bawah 3 tahun kalau kena selsema, ya Allah renyah sangat kan.. Memang buat mama papa ni lagi risau.
Kalau tersumbat tak tahu baby boleh control ke tak nak nafas ikut mulut. Paling kesian time menyusu.. alahai menangis-nangis mengamuk nak menyusu tak selesa.
Pengalaman kami masa umur cik kasih hampir 1 tahun kena selsema sampai berkahak. Last ikhtiar kitorang buat stim bawang putih. Alhamdulillah sampai sekarang cik kasih jarang kena selsema walaupun bergaul dengan kawan-kawan yang demam.
Tabiat BabyD, semua yang ada depan mata test rasa masuk mulut |
Antara lain petua yang afzan amal dari cik kasih kecik sampai la untuk adik dia, babyD ni
- lepas mandi WAJIB lap kering bahagian ubun-ubun dorang
- time mandi pula, jirus bahagian belakang badan je. Biar air mengalir ke depan. Dekat kawasan pelipat-pelipat tengkok, ketiak tu ... hanya gosok lembut bagi daki keluar. Alah.. baby bukan kotor pun. Mandi nak bagi segar badan je.
- pastikan setiap hari mesti ambil omega guard selepas makan. Baik untuk sistem imun mereka.
Kalau nak tahu, cik kasih & babyD start mandi bersabun (guna sabun baby) waktu umur lebih dari 1 bulan. Suka lagi bau natural baby hehehe. Ni dah peluh makan macam-macam pun mama tetap suka cium masyem tu hahaha.
Salam Cantik dan Mesra
afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY
www.wasap.my/60195225782
afzan6r@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan