Rabu, 8 Februari 2017

apa itu TELOMERES?

Topik yang afzan belajar dari kelas nutrisi pada 7 Februari lepas. Bunyi macam untuk student biologi je kan. Tapi bila kita faham tentang ni, masya Allah lagi bertambah-tambah sayang kat badan ni.

Apa itu TELOMERES?

Telomeres ni adalah penutup pada kromosom. "Protective cap" pada kromosom.

Setiap kali kromosom melalui pembahagian, Telomere ini akan melindungi Kromosom daripada kerosakan.

Ia ibarat memegang hujung kromosom di dalam DNA kita.




Cuba tengok tali kasut ni.

Hujung tu kan ada PLASTIK. Haaa macam tu la yang diumpamakan sebagai Telomeres.

Tanpa plastik tu, tali kasut akan berbulu, dan lama-lama akan rosak.

Begitu juga Telomere. Ia membantu mengekalkan fungsi yang betul bagi setiap sel badan kita.





Kenapa TELOMERES ini penting?

Telomeres ni bertindak sebagai "penutup" melindungi DNA & sel daripada kerosakan.

Telomere ni ada kaitan dengan "cellular aging clock" atau "Biological Clock".

Semakin usia kita meningkat, telomere kita semakin memendek.

Ini adalah Hukum Alam yang tidak dapat dielakkan.

Malangnya untuk kita, telomeres kita akan memendek akibat penuaan dan juga serangan radikal bebas.

Seterusnya sel akan rosak dan mati.

Apabila sel mati dan tiada sel baru terbina, maka kita mudah terkena penyakit yang berkaitan dengan penuaan seperti serangan jantung, alzhemeir, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser dan banyak lagi penyakit kronik.


Selain itu, ada juga tanda-tanda yang menunjukkan telomeres kita semakin pendek. Antaranya seperti:
  • jeragat
  • rambut beruban
  • sakit-sakit sendi

Cepat cek badan sendiri. Ada tak tanda-tanda tu. Haish kalaulah kita boleh jaga telomeres ni supaya lambat pendek kan, mesti proses penuaan kita pun lambat terjadi. 

Ada cara ke untuk nak lambatkan pemendekan telomeres ni?





Macam mana nak lambatkan TELOMERES ni? 

Jeng jeng jeng... ada cara sebenarnya untuk melindungi telomeres kita daripada cepat memendek. 

Kita perlulah mengamalkan CARA HIDUP SIHAT, BERSENAM & paling penting DIET MAKAN yang tinggi nutrisi.


"Cliche la jawapan ni Afzan" 


Yes, memang bunyi yang selalu kita dengar tapi terimalah hakikat. 

Badan kita perlukan nutrisi anti-oksidan dalam kuantiti yang secukupnya & baik. 

Sebab kita ni tak lari daripada masalah pencemaran udara, pencemaran air, stress serta pemakanan yang mempunyai bahan pengawet, perasa & pewarna tiruan.


Sebab tu Shaklee datangkan produk premium iaitu VIVIX.

Dalam VIVIX ni mengandungi campuran botanic Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu.




Formula lazat yang kaya dengan resveratrol & polifenol, yang tergolong dari kumpulan fitokimia berasaskan tumbuhan membantu dalam menjaga kesihatan sel kita.

Penuaan sememangnya tidak dapat dielakkan, namun pilihan harian kita dalam menjaga kesihatan mampu untuk memperlahankan proses penuaan dan meningkatkan kemungkinan untuk kita menikmati kehidupan yang panjang, gembira serta lebih sihat.

Terdapat juga Telomere Study.

Kajian Telomere ini dilakukan oleh Dr Elizabeth Blackburn dari Univeristi of California, San Fransisco.

Hasil penemuan ini, beliau memenangi Nobel Prize Award pada tahun 2009 atas research yang beliau lakukan ini.


https://en.wikipedia.org/wiki/Elizabeth_Blackburn


Nak tahu lebih tentang VIVIX?.. Boleh hubungi melalui whatsapp untuk respon segera.




salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782

afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan