Sabtu, 18 Februari 2017

Kisah Inspirasi:: Sakit Tak Semestinya Perlu Putus Asa

Dr. Shaklee Clell Forrest bukan la seorang yang baik kesihatannya semasa mencipta pelbagai resepi supplemen yang kini dimakan oleh kita. 

Kisah beliau sangat menjadi inspirasi. Tidak pernah mengalah dengan keadaan sakit beliau malah sangat positif untuk ikhtiar mencari penawar. Dan paling penting, beliau mencari penawar dari alam semulajadi.





Kisahnya bermula semasa baby Forrest dilahirkan, dia tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya. 


Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yang merawatnya menjangka dia hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.


Bayangkan sehingga ayah dia dah putus asa & seolah-olah tunggu je anaknya meninggal.


Tapi Mak dia, yelah kasih seorang Mak kan... Taknak putus asa. 


Mak dia tukar pemakanan mereka kepada herba-herba yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.


Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat situ mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yg fresh.


Mak dia terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak bergerak-gerak tapi dia sangat positif. 


Hinggalah baby Forrest umur 4 tahun dan dia boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!


Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak-kanak dan remaja yang happy. 


Beliau mendalami ilmu chiropractic dan membuka sebuah pusat rawatan terbabit.


Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.


Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.


Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam untuk tolong orang yang sakit dan tak mampu datang jumpa dia. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.


Disebabkan kerjanya berkaitan dengan tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya. Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yang tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.


Sekali lagi Forrest taknak putus asa. Antara motivasinya sebab dia nak terus berbakti. Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dengan regime pemakanan berasaskan herba & buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak.


Masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herb-Lax.


Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.




Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome untuk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.





Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah-olah macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif, taknak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.


Itulah motivasi pengedar-pengedar Shaklee.. nak berbakti & berkongsi yang terbaik dan dibuktikan oleh sains. Bukan ikut cakap2 orang. Atau sebab nak bonus banyak dan jadi kaya. Semua tu akan datang juga bila kita buat dengan ikhlas dan Allah redha.


Alang2 hidup di dunia, biarlah meninggalkannya dengan pahala yang tak putus-putus.


Kredit: M. Lyna




salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

FB: Afzan Noor
019-5225 782

afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan