Ahad, 5 Februari 2017

TIPS MEMBACA SURAH AL KAHFI

Assalamualaikum...

Haaa mesti ada yang ternanti-nanti & tercari-cari tips macam mana nak baca surah Al Kahfi ni. Dah la sangat panjang, ada 110 ayat. Siap 12 muka surat pula tu. 

Afzan dulu pun masa dapat tahu betapa ELOK amalan membaca surah al Kahfi ni pun ada dilema macam kat atas nun hehe. 




Kita rasa nak dapat manfaat tu tapi... ya Allah nak habiskan 1 surah ni terasa "satu keadaan" yang korang pun boleh tafsirkan sendiri kan.

InshaaAllah, moga tips yang afzan kongsi ni boleh buat kita semua dari rajin sikit ke rajin lebih banyak & konsisten amalan kita ya. Dan percaya la... kita mampu habiskan bacaan 1 surah ni dalam 1 hari tau.


TIPS 1
BAHAGIKAN IKUT WAKTU SOLAT

Dalam Islam, permulaan hari kita bermula adalah lepas azan maghrib. So time ni kita boleh spend masa lebih sikit. Ambil 4 muka surat atau lebih, baca selepas solat & sementara tunggu isyak.  Yela, muka surat pertama tu tak penuh 1 muka pun untuk dibaca. Baki 8 lagi muka surat boleh dibahagikan untuk dibaca pada waktu:
  • Isyak
  • Tahajjud
  • Subuh
  • Dhuha
  • Zohor 
  • Asar
Kan mudah tu. Tambah bagi kaum wanita yang bekerja hari Jumaat. Time lunch kan panjang. Boleh ambil lebih muka surat masa tu. Bagi yang bekerja sendiri lagi tiada masalah kan. Untuk yang berada di Kelantan, Terengganu, Kedah & Johor pun sama. Hari Jumaat dah dapat pelepasan.


TIPS 2
IKUT SURAH YASSIN

Kebanyakkan dari kita, surah Yassin mudah sangat untuk dihabiskan bacaan dalam 1 masa sahaja. Pernah ambil tahu tak berapa muka surat surah Yassin dalam al Quran? 

6 muka surat je tau. Dalam kurang 15 minit boleh habis baca, inshaaAllah dengan bacaan dengan tajwid & makhraj yang betul.

So untuk al Kahfi pun kita boleh pecahkan kepada 2 masa bacaan. Senang kan. Tiada lagi alasan "tak sempat nak baca" sebab surah ayat panjang.


TIPS 3 
TAK SEMPAT JUGA NAK HABISKAN 1 SURAH?


Bacalah 10 ayat pertama & 10 ayat terakhir surah al Kahfi ni. Jadikan amalan harian. InshaaAllah bila dah lancar di mulut, senang pula nanti nak lanjutkan bacaan sampai habis 1 surah

Perlu bantuan?..

Jadikan surah al Kahfi ni sebagai halwa telinga. Cari audio, MP3. Pasang la di corong PC ke, laptop ke, handphone ke... mudah kan.

Lepas tu boleh la print 1 surah ni, tampal di dinding yang selalu dihadap tengok. Contoh kat tempat kerja. Mana tau, terhafal ke. Alhamdulillah bila-bila masa boleh baca. Lagi besar faedah untuk diri sendiri selain manfaat yang dapat.



Afzan share 1 video di sini. Untuk tatapan kita semua. 
Kenapa Perlu Kita Amalkan Surah al Kahfi?



kredit to: Abu Khadijah Studios

Tiada ulasan:

Catat Ulasan