Selasa, 28 April 2020

KEK MARJERIN a.k.a KEK KAMPUNG :: RESIPI KEK MARBLE MUDAH SUKATAN CAWAN

Kek yang sangat mudah cara buat dia. Dan kos pun murah. Dengan 1 bancuhan, boleh dapat kek & juga cupcake.


Hasil baking Mr.Kekanda




Bahan-bahan

1 cawan marjerin (kami guna Pelangi)
1 cawan gula kastor (kalau guna gula kasar, 3/4 cawan)
4 biji telur
1.5 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat
Pewarna ikut suka



Cara-cara


1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang (jadi putih).


2. Masukkan telur 1 per 1. Sambung pukul.


3. Masukkan esen vanila dan susu pekat. Kacau sebati.


4. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder.


5. Boleh bahagi adunan kepada beberapa bahagian ikut warna. Dan masukkan dalam loyang.


6. Kami guna loyang 7 inci. Lapik dengan baking paper & oles marjerin.


Bakar 40 minit suhu 160 dengan api atas bawah.

Isnin, 20 April 2020

RESIPI KEK COKLAT MOIST TANPA TELUR | BUAT PASTI JADI

Al kisah nak layan anak solehah yang rajin nak tolong kat dapur. Jadi kita pun godek-godek resipi lama, teringat KEK AIR SEJUK OPAH.


80% hasil tangan anak solehah 6 tahun


Nampak kegigihan beliau ๐Ÿ˜„


Resipi turun temurun emak Afzan. Time raya, masa kami adik beradik masih bersekolah, kek ni wajib ada. Sepupu ziarah rumah, kompem cari kek ni๐Ÿ˜ƒ



Menggunakan bahan mudah & cara juga tak renyah. Tak perlu mixer atau blender pun.



Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu soda bicarbonat
1/2 cawan coklat
1 sudu kecil nescafe
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan minyak masak
1 1/4 air sejuk peti
1 sudu kecil jus limau/lemon/cuka



Caranya


1. Masukkan semua bahan kering. Tepung, gula, baking powder, soda bicarbonat, susu tepung, coklat, nescafe etc..


2. Kacau sebati. Masukkan minyak. Gaul. Diikuti esen vanila, air, serta last sekali jus limau. Pastikan bancuhan takde tepung berketul. 


3. Sediakan loyang. Kami guna loaf 5x9 inci. Kalau nak pakai yang bulat, 7 inci pun ok. Lapik loyang dengan baking paper & dah sapu dengan marjerin @ butter.


4. Tuang bancuhan tadi ke dalam loyang. Bakar pada suhu 150° selama 45 minit. Api atas bawah.


5. Biarkan kek sejuk, baru topping dengan ganache & choc chips.


Part paling ditunggu ๐Ÿ˜‹




Bahan-bahan untuk Ganache


1 cawan susu (susu cair/susu full cream)
250g coklat coin (kami pakai cap Meriah)
1 sudu kecil marjerin


Caranya


Masak secara double boil. 
Susu mendidih baru masukkan coklat coin. Slowkan api. 

Kacau sehingga coklat hancur. Tutup api. Masukkan marjerin. Kacau dan biarkan sejuk.





Nak tengok cara buat step by step, boleh intai sini.



Tips::


1. Pastikan oven telah dipanaskan 10 minit sebelum masak kek.


2. Tuang ganache sewaktu ganache dah sedang suhunya. Dan kek pun dah sejuk.

Sabtu, 18 April 2020

RESIPI KUIH PENERAM / DERAM :: SERTA PANTANG LARANGNYA

Kuih ni bahan-bahan dia cukup mudah. Nak buat dia pun mudah. Cuma kena penuh kasih sayang.


Hasil dari 1 paket tepung.


Bahan-bahan


1 paket Tepung Beras Cap Teratai (500g)
1 sudu besar tepung gandum
2 cawan gula merah
1 1/4 air



Cara-caranya


1. Ayak tepung beras & tepung gandum.



2. Masak gula merah dengan sukatan air yang diberi.



3. Masak sehingga air gula mendidih.


Kena naik buih tu 1 kali ganda.


4. Tapiskan air gula ke dalam tepung. 



5. Gaul sebati. Memang masa ni nak angkat sudip pun berat. Jangan risau. Perkara normal tu. Janji tepung tak berketul.



6. Peram semalaman suhu bilik. Kami tutup dengan penutup pengukus je.


Hasil peram semalaman


7. Sediakan plastik, talam untuk lenyek doh. Pastikan plastik dah lumur dengan minyak.


Nampak warna hitam tu?
Tu la acuan kami guna. Lidi untuk buat lubang.


8. Lenyek doh tak tebal, tak nipis. Anggaran 3 cm. Terap guna acuan apa yang ada.



9. Nak goreng : pastikan minyak banyak dan cukup panas. Masukkan satu per satu. 



10. Kuih akan mengembung dalam beberapa saat. Nampak dah timbul dan agak kurang buih, boleh angkat & tos minyak.


Besar ni la lepas masak.




Pantang larang:

1. Masa masak gula merah, pastikan air gula betul-betul mendidih.


2. Masa goreng, minyak kena banyak.


3. Minyak kena cukup panas.


4. Jangan goreng terlalu lama. Kuih akan keras.


5. Lubang kuih kena buat besar. Kalau tak, masa masak dia akan hilang.


6. Sukatan kena tepat. Nak buat 1kg tepung, sukatan gandakan saja.


7. Perap kena lebih 4 jam.


8. Kalau bancuhan korang tak jadi, jangan buang. Boleh buat bengkang๐Ÿ˜„


Tips::


Sukatan kami guna cawan Ikea sebab masa #MCO tak boleh nak keluar. Pakai apa ada jer.


1 cawan = 250 gram



Kut ler ada yang nak cari online ๐Ÿ˜„

Khamis, 16 April 2020

Resipi Ayam Goreng Mamak Style Musim Perintah Kawalan Pergerakan

Kerana #MCO, dengan penuh kerajinan kita buat Ayam Goreng Mamak.


Sepatutnya buat untuk lauk esoknya.
Tapi sebab nak test, kita masak sikit dulu.




1 sebab, stok ayam dah ada.



Sebab kedua, bahan-bahan nak buat dia senang je weh. Semua ada kat dapur. Apa lagi, sambil masak lauk tengahari #Phase3 #1stday #1stweek, kita plan dah menu untuk esok ๐Ÿ˜†



Resipi ni kalau try, kompem jadi masakan korang. 



Bahan-bahan

3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji telur
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil garam

**kisar semua bahan di atas

3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar potato starch
Daun kari



1. Letak semua bahan di atas dengan ayam yang telah dipotong kecil dalam 1 mangkuk. **kami letak dalam tupperware besar.


2. Gaul sebati. Bagi kaw-kaw punya salut ayam tu.


3. Perap 1 jam. Nak lebih pun boleh. Macam kami dah siap buat perap untuk menu esoknya.


4. Panaskan minyak. Make sure minyak banyak. Boleh tenggelamkan ayam.


5. Goreng balik-balik sehingga masak.


6. Angkat tos minyak. Lepas tu jangan lupa hempok-hempok pisau besar atas ayam wokeh. Alaaa macam mamak selalu buat tu. Baru ayam goreng korang boleh dapat nama Ayam Goreng Mamak Style hehe.



**pesan tepi:: Kalau guna 1 ekor ayam, bahan boleh ganda 2. Ada serbuk cili, boleh add on sekali masa blend.


Selamat Mencuba. Jangan lupa beri sikit kat jiran sebelah. Mana tahu, kalau-kalau dia pun rindu nak lepak mamak huhu. Lepas tu, boleh dah order dari korang kan.

Ahad, 12 April 2020

RESIPI ACAR JELATAH TANPA CUKA

Afzan belajar buat jelatah ni dari emak. Masa tu baru sekolah menengah tapi sampai dah ada 2 orang anak, still guna resipi ni.


Musim MCO ni, kita guna apa yang ada je 




Simple tapi sedap sangat. Sama level dengan acar jelatah kenduri. Jemput try wokeh. Resipi ni special sebab tak pakai cuka tau.



Bahan-bahan

1 batang Timun (sagat nipis)
1/2 biji Bawang Merah (hiris halus)
1/2 batang Carrot (sagat nipis)
1 biji nenas madu (potong kasar)
1 biji Cili Besar
Gula
Garam

**nisbah gula:garam - 2:1


Cara dia mudah sangat.
Campurkan semua dalam 1 bekas.
Masukkan  gula & garam ikut sukatan. 
Gaul sebati dan biarkan dalam 30 minit.


Sedia untuk makan. Yummy


Gambar sumber Facebook.
Sesuai dimakan dengan nasi tomato,
nasi hujan panas, nasi biasa pun sedap.

Sabtu, 11 April 2020

RESIPI BISKUT SUSU 3 BAHAN SAHAJA

Musim MCO #StayAtHome ni, habis semua resipi keluar. Tapi yang mudah-mudah je la. Baru laku semua pakat nak buat.



Mr.Kekandaku pun tak berkecuali. Mencemar duli uli doh buat biskut susu. Bosan lettew ke sana ke sini nampak dinding aje.


Sedap. Lepas habis bakar, ini je yang tinggal. 


Bahan-bahan serta cara nak buat:



200g tepung jagung (kira-kira setengah peket)
200g susu pekat
1 sudu besar membukit marjerin
**option : Pewarna makanan



1. Masukkan susu pekat ke dalam tepung. Uli sampai jadi doh & sebati. 


2. Kemudian masukkan marjerin. Kalau doh lembik, boleh ejas tambah sikit2 tepung. Jangan panik. Bubuh sikit-sikit, tak efek keras lembik cookies.


**ni option: Kalau nak buat 2 warna, boleh bahagi 2 doh tu. Satu doh, letak warna kesukaan & uli bagi sebati.


Pakai sudu je uli. Penuh kasih sayang wokeh.
Uli atas riba tu.



3. Ready untuk buat bentuk. Kalau ada acuan semperit, picit je. Tapi kalau macam kami yang serba nak cepat, buat bulat-bulat then penyet dengan garfu.


Lagi 1 sebab ada assistant cilik yang sangat
rajin nak tolong. Time ni Mr.Kekanda
jadi ketua chef ler.



4. Dah penuh atas plate yang sedia oles marjerin, bakar dalam oven suhu 130° selama 15 minit.


Beginilah kejadian bila dah siap bakar.
Selamat mencuba.


Sabtu, 4 April 2020

RESIPI PUDING KARAMEL PANDAN :: GUNA BLENDER

Sedapnya makan ni waktu petang yang lapang.


Petang ni ada masa lapang. Cek group memasak. Sekali nampak ada insan ni buat puding karamel tak menjadi.



Alahai, afzan faham sangat feeling tu sebab sampai sekarang kalau nak mencuba resipi baru, mesti cari yang bahan dia sikit dan cara buat dia mudah.



Haa ni bahan-bahan serta cara buat puding karamel:


KARAMEL

***3 sudu besar gula pasir
***5 sudu besar air


Panaskan pan. Masukkan gula. Biarkan gula mencair.

Bila gula mula cair, kacau guna SENDUK KAYU.

Warna akan jadi lagi kelam. Jangan panik.
Masukkan air 5 sudu besar dan teruskan kacau bagi
semua gula cair & tak berketul.


Tuangkan dalam loyang. Kukuskan pengukus
sampai air mendidih.



PUDING

**3 biji telur
**1/2 cawan susu cair
**1/2 cawan susu pekat
**1 sudu teh pewarna hijau
**1 sudu teh esen pandan


Masukkan semua dalam blender.
Tekan button ON. 


Kisar semua sebati. Tak perlu sampai kembang. Senangkan.


Ready untuk tuang dalam loyang.
Jangan risau, adunan ni tak bercampur dengan karamel.


**nak cun, sila tapis adunan semasa tuang dalam loyang.


Ni rupa sebelum tutup periuk kukus. Pastikan penutup dah balut dengan kain untuk elak wap menitik.


**biarkan selama 30-40 minit. Api sedang je. Tak perlu api kuat.


**macam biasa, nak tahu dah masak ke belum, guna la lidi. Cucuk kat tengah, pastikan takde adunan yang lekat.


**biarkan puding tu sejuk dulu. Kemudian baru telangkup kan dia.


**nak lebih sedap, simpan dulu puding tu dalam peti. Pergh sejuk tekak weh dia lalu masa telan tu hehe.



Ni la dessert paling sesuai bagi orang yang baru nak berjinak dengan dapur.


Selamat mencuba. Dah buat, share kongsila pengalaman korang ❤

Jumaat, 3 April 2020

RESIPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS :: BUAT CONFIRM JADI

Selalu kan bila intai resipi, kadang-kadang takut nak buat sebab risau tak jadi.



Tapi kalau guna resipi yang afzan share ni , dijamin cookies korang lagi sedap dari Famous Amos tau hehe. Janji ikut je steps tu wokeh.






Bahan-bahan serta cara-caranya :



250g buttercup (kami guna cap twin cows)
1 cawan gula (nak cantik pakai brown sugar)

**kacau dengan whisk je. Bagi sebati.



1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
6 sudu besar minyak masak

**kacau lagi bagi serasi pula๐Ÿ˜…



2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat

**bahan-bahan kering ni masukkan sikit demi sikit. Guna spatula jer kaup balik.



2 cawan choc chip

**make sure adunan tadi dah betul-betul bercampur, baru tuang choc chip.




Option (taknak buat pun takpe) : Masukkan juga dengan chocolate coins yang dah potong-potong kecil. Saje nak lawan Famos Amos๐Ÿ˜œ


Afzan guna choc coins cap Meriah tu sebab
ada stock kat dapur. Sedap!!


Tutup adunan. Taknak tutup pun takpe tapi redha jela kalau cookies korang nanti ada bau isi peti huhu. Sejukkan dalam peti 30 minit.



Sementara tu, bolehlah basuh mana yang patut dan panaskan oven. Ready untuk bakar cookies. Oles plate dengan marjerin tau.



Suhu 140°. Bakar selama 15 minit.
Jarakkan antara 1 sama lain sebab cookies akan mengembang.



Suka buat cookies ni sebab tak perlu nak pakai acuan. Main scoop je.



Tapi kejadian selepas tu yang buat kita makin jatuh chenta. Tak dapat famous amos pun takpe.


Pakai sudu saiz baby, dapat dalam 139 ketul.






Dah cuba nanti, share la photo dengan kami tau❤