Isnin, 20 April 2020

RESIPI KEK COKLAT MOIST TANPA TELUR | BUAT PASTI JADI

Al kisah nak layan anak solehah yang rajin nak tolong kat dapur. Jadi kita pun godek-godek resipi lama, teringat KEK AIR SEJUK OPAH.


80% hasil tangan anak solehah 6 tahun


Nampak kegigihan beliau ๐Ÿ˜„


Resipi turun temurun emak Afzan. Time raya, masa kami adik beradik masih bersekolah, kek ni wajib ada. Sepupu ziarah rumah, kompem cari kek ni๐Ÿ˜ƒ



Menggunakan bahan mudah & cara juga tak renyah. Tak perlu mixer atau blender pun.



Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu soda bicarbonat
1/2 cawan coklat
1 sudu kecil nescafe
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan minyak masak
1 1/4 air sejuk peti
1 sudu kecil jus limau/lemon/cuka



Caranya


1. Masukkan semua bahan kering. Tepung, gula, baking powder, soda bicarbonat, susu tepung, coklat, nescafe etc..


2. Kacau sebati. Masukkan minyak. Gaul. Diikuti esen vanila, air, serta last sekali jus limau. Pastikan bancuhan takde tepung berketul. 


3. Sediakan loyang. Kami guna loaf 5x9 inci. Kalau nak pakai yang bulat, 7 inci pun ok. Lapik loyang dengan baking paper & dah sapu dengan marjerin @ butter.


4. Tuang bancuhan tadi ke dalam loyang. Bakar pada suhu 150° selama 45 minit. Api atas bawah.


5. Biarkan kek sejuk, baru topping dengan ganache & choc chips.


Part paling ditunggu ๐Ÿ˜‹




Bahan-bahan untuk Ganache


1 cawan susu (susu cair/susu full cream)
250g coklat coin (kami pakai cap Meriah)
1 sudu kecil marjerin


Caranya


Masak secara double boil. 
Susu mendidih baru masukkan coklat coin. Slowkan api. 

Kacau sehingga coklat hancur. Tutup api. Masukkan marjerin. Kacau dan biarkan sejuk.





Nak tengok cara buat step by step, boleh intai sini.



Tips::


1. Pastikan oven telah dipanaskan 10 minit sebelum masak kek.


2. Tuang ganache sewaktu ganache dah sedang suhunya. Dan kek pun dah sejuk.

1 ulasan:

  1. Online Casino 2021 | Get Your Bonus
    All you need to know about the new online casino at the Kani Palace! ์˜จ์นด์ง€๋…ธ ๋จนํŠ€ Welcome to our official online casino website, Kani Palace.

    BalasPadam