Sabtu, 11 April 2020

RESIPI BISKUT SUSU 3 BAHAN SAHAJA

Musim MCO #StayAtHome ni, habis semua resipi keluar. Tapi yang mudah-mudah je la. Baru laku semua pakat nak buat.



Mr.Kekandaku pun tak berkecuali. Mencemar duli uli doh buat biskut susu. Bosan lettew ke sana ke sini nampak dinding aje.


Sedap. Lepas habis bakar, ini je yang tinggal. 


Bahan-bahan serta cara nak buat:



200g tepung jagung (kira-kira setengah peket)
200g susu pekat
1 sudu besar membukit marjerin
**option : Pewarna makanan



1. Masukkan susu pekat ke dalam tepung. Uli sampai jadi doh & sebati. 


2. Kemudian masukkan marjerin. Kalau doh lembik, boleh ejas tambah sikit2 tepung. Jangan panik. Bubuh sikit-sikit, tak efek keras lembik cookies.


**ni option: Kalau nak buat 2 warna, boleh bahagi 2 doh tu. Satu doh, letak warna kesukaan & uli bagi sebati.


Pakai sudu je uli. Penuh kasih sayang wokeh.
Uli atas riba tu.



3. Ready untuk buat bentuk. Kalau ada acuan semperit, picit je. Tapi kalau macam kami yang serba nak cepat, buat bulat-bulat then penyet dengan garfu.


Lagi 1 sebab ada assistant cilik yang sangat
rajin nak tolong. Time ni Mr.Kekanda
jadi ketua chef ler.



4. Dah penuh atas plate yang sedia oles marjerin, bakar dalam oven suhu 130° selama 15 minit.


Beginilah kejadian bila dah siap bakar.
Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan