Khamis, 16 April 2020

Resipi Ayam Goreng Mamak Style Musim Perintah Kawalan Pergerakan

Kerana #MCO, dengan penuh kerajinan kita buat Ayam Goreng Mamak.


Sepatutnya buat untuk lauk esoknya.
Tapi sebab nak test, kita masak sikit dulu.




1 sebab, stok ayam dah ada.



Sebab kedua, bahan-bahan nak buat dia senang je weh. Semua ada kat dapur. Apa lagi, sambil masak lauk tengahari #Phase3 #1stday #1stweek, kita plan dah menu untuk esok 😆



Resipi ni kalau try, kompem jadi masakan korang. 



Bahan-bahan

3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji telur
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil garam

**kisar semua bahan di atas

3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar potato starch
Daun kari



1. Letak semua bahan di atas dengan ayam yang telah dipotong kecil dalam 1 mangkuk. **kami letak dalam tupperware besar.


2. Gaul sebati. Bagi kaw-kaw punya salut ayam tu.


3. Perap 1 jam. Nak lebih pun boleh. Macam kami dah siap buat perap untuk menu esoknya.


4. Panaskan minyak. Make sure minyak banyak. Boleh tenggelamkan ayam.


5. Goreng balik-balik sehingga masak.


6. Angkat tos minyak. Lepas tu jangan lupa hempok-hempok pisau besar atas ayam wokeh. Alaaa macam mamak selalu buat tu. Baru ayam goreng korang boleh dapat nama Ayam Goreng Mamak Style hehe.



**pesan tepi:: Kalau guna 1 ekor ayam, bahan boleh ganda 2. Ada serbuk cili, boleh add on sekali masa blend.


Selamat Mencuba. Jangan lupa beri sikit kat jiran sebelah. Mana tahu, kalau-kalau dia pun rindu nak lepak mamak huhu. Lepas tu, boleh dah order dari korang kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan