Sabtu, 4 April 2020

RESIPI PUDING KARAMEL PANDAN :: GUNA BLENDER

Sedapnya makan ni waktu petang yang lapang.


Petang ni ada masa lapang. Cek group memasak. Sekali nampak ada insan ni buat puding karamel tak menjadi.



Alahai, afzan faham sangat feeling tu sebab sampai sekarang kalau nak mencuba resipi baru, mesti cari yang bahan dia sikit dan cara buat dia mudah.



Haa ni bahan-bahan serta cara buat puding karamel:


KARAMEL

***3 sudu besar gula pasir
***5 sudu besar air


Panaskan pan. Masukkan gula. Biarkan gula mencair.

Bila gula mula cair, kacau guna SENDUK KAYU.

Warna akan jadi lagi kelam. Jangan panik.
Masukkan air 5 sudu besar dan teruskan kacau bagi
semua gula cair & tak berketul.


Tuangkan dalam loyang. Kukuskan pengukus
sampai air mendidih.



PUDING

**3 biji telur
**1/2 cawan susu cair
**1/2 cawan susu pekat
**1 sudu teh pewarna hijau
**1 sudu teh esen pandan


Masukkan semua dalam blender.
Tekan button ON. 


Kisar semua sebati. Tak perlu sampai kembang. Senangkan.


Ready untuk tuang dalam loyang.
Jangan risau, adunan ni tak bercampur dengan karamel.


**nak cun, sila tapis adunan semasa tuang dalam loyang.


Ni rupa sebelum tutup periuk kukus. Pastikan penutup dah balut dengan kain untuk elak wap menitik.


**biarkan selama 30-40 minit. Api sedang je. Tak perlu api kuat.


**macam biasa, nak tahu dah masak ke belum, guna la lidi. Cucuk kat tengah, pastikan takde adunan yang lekat.


**biarkan puding tu sejuk dulu. Kemudian baru telangkup kan dia.


**nak lebih sedap, simpan dulu puding tu dalam peti. Pergh sejuk tekak weh dia lalu masa telan tu hehe.



Ni la dessert paling sesuai bagi orang yang baru nak berjinak dengan dapur.


Selamat mencuba. Dah buat, share kongsila pengalaman korang ❤

Tiada ulasan:

Catat Ulasan