Sabtu, 13 Mei 2017

Pulau Pangkor Sangat Best Untuk Percutian Keluarga - Part 3

Sampai je di hotel, kami dah kelaparan hahaha. Walaupun dah alas perut sebelum sampai pulau, tapi tak pekena nasi kan. Dah nama tekak Melayu. Memang berlagu juga perut ni.

Ingat "Welcome Drink" hotel ada sekali makanan. Sekali hanya minuman panas je.

So abang afzan ajak pergi makan kat luar. Takde tempat lain la nak pergi. Mesti kena ke Teluk Nipah cari gerai makan. Ada gerai makan area hotel tu tapi pukul 6 petang ke atas baru buka. Waaaaa tak tahan punya pasal, carilah teksi ke Teluk Nipah juga.



Yeaaa makan sambil hadap air laut tu






Alhamdulillah teksi senang dapat sebab ada pondok teksi kat luar hotel. Macam biasa, harga sekali jalan RM10 ler. 

So kami sampai di Teluk Nipah dengan keadaan gerai semua tengah hangat nak sambut pelanggan. Harga makan kat sini standard la. Kalau ambil makanan laut harus la harga up up kan. Kami jamu makan nasi goreng je semua.



Aktiviti lepas makan


Setel leisure di Teluk Nipah, kami balik hotel. Malam tu tak larat dah nak keluar. Family abang afzan je keluar lagi sebab dorang lapar hahaha. Yela anak-anak mandi laut sakan petang tu kan. So aktiviti kami sambung ke esoknya.



Wan dengan cik kasih 


Check out pukul 10am, bermula la kami round island. Walaupun Pulau Pangkor ni kecil je tapi syok juga pusing hahaha. Ada part macam roller coaster, naik turun bukit, masuk hutan & macam-macam lagi. Wajib kena rasa. Kalau sewa motor lagi adventure la.


Sempat bergambar dengan jubah konvo haha



Ambil untuk kenangan




Sedap sangat kena aircond semulajadi masa naik teksi



Nampak tak dorang kat hujung sana tu?



Ni pakcik teksi bawa kami kat hujung pulau



Dapat pun gambar 1 team walaupun 2 ahli lelap


Ada lagi tempat lain yang kami pergi macam Kilang Satay tu, Teluk Dalam, Taman Fu Ling Kung, Airport Teluk Dalam, Pekan Pangkor... eh banyak la tempat menarik. Memang best kalau betul-betul spend masa untuk hayati Pulau Pangkor ni. Haaa sini juga boleh snorkeling & diving tau. Boleh survey pakej kat agen-agen yang ada.


Setakat bercuti leisure & easy macam kami, boleh la tengok Page Bajet.

Nak tahu apa yang kami buat masa di Pangkor, tengok Part 1, Part 2 & di sini ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan