Isnin, 8 Mei 2017

Resepi Pulut Kukus Berkilat Cantik

Sekarang memang trend dah kan celebrate birthday dengan makanan kurang manis. Mungkin semua dah makin timbul kesedaran termasuk la hakak ni.





Sempena birthday sendiri hahaha maka hakak dengan rajinnya buat homemade pulut kuning beserta rendang dan telur rebus je kali ni. Tu pun licin. Sejemput & seketul hakak pun pulun makan.


Siap telefon bagitau opah & wan la makan pulut. Nasib la anak-anak suka makanan jenis macam ni.


Tapi lepas tu hakak still topup multivitamin & fish oil untuk dorang. At least ada protection untuk kesihatan mereka. Sekarang ni banyak sangat penyakit tengah menular.


Moga terlindung la anak-anak kita dari sebarang penyakit bahaya. Aamiiinnn


Bahan-bahan

1/2 kg beras pulut
2 inci kunyit (tumbuk lumat)
1/2 sk garam
1 sb minyak masak

Caranya

Setelah beras pulut dibasuh bersih, rendamkan beras selama 1-2 jam dengan air biasa.

Toskan beras. Gaulkan dengan kunyit & garam sehingga rata.

Masukkan beras ke dalam periuk kukus yang telah dipanaskan. Biarkan dikukus selama 15-20 minit.

**Angkat beras tu masuk ke dalam bekas. Tak perlu padamkan api dapur kukus lagi. 

Renjiskan air biasa sehingga beras nampak basah. Gaul rata semua.

Masukkan 1 sudu besar minyak dan gaul lagi sebati.

Masukkan kembali beras & kukus selama 15 minit lagi atau sehingga beras lembut.

Jika masih keras, boleh ulang langkah **


Dan siap la pulut yang dikukus cantik berkilat. Boleh makan dengan lauk pauk kegemaran. Nak menghias pun mudah. Pulut boleh tahan 3 hari di luar jika buat banyak.


Hasil nak hias tak habis untuk celebrate in advance birthday abah kami dan
Hari Ibu hehe


Lepas makan nanti boleh telan fish oil ya untuk jaga kolestrol dan jantung kita. Kalau takde tu, meh boleh order dengan afzan.

Invesment untuk kesihatan masa akan datang.





Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 




afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan